Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mac 2009

Edisi Malam : Apa Pasal Asri Melalak Pasal Nama Allah Membela Nik Aziz ? -Malaysiakini



DR ASRI PERTAHANKAN NIK AZIZ


"Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham." kata Dr Asri.

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.




MAKNANYA JAKIM TIDAK BETUL ? MAKNANYA ASRI SAHAJA YANG BETUL ? 
PELIK BIN AJAIB ASRI NI !!!!! 
ASRI NAK BELA SIAPA SEBENARNYA ? ATAU NAK POPULAR ? ATAU APA ?

16 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM PANGLIMA...
INI DR ASRI AKU ADA MUSYKIL LAH!!
SEKEJAP KATA LAGU NI..SEKEJAP KATA LUGU TU...
NI NAK POPULAR KA APA???
EMMM APA SEKALIPUN PENJELASAN DR ASRI NI AKU TAK SETUJU AKAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH DIGUNAKAN OLEH AGAMA LAIN!!!

Unknown berkata...

Dia ni Wahabi kut?

Panglima Perang Cyber berkata...

Asri jenis yang disukai oleh Sister In Islam.

Asri jenis fahaman yang sering mengutarakan pandangan bercanggah hatta pandangan JAKIM sendiri.

Asri memang begitu dan moga Allah baiki hatinya agar menerima keputusan penggunaan nama Allah hanya kepada orang islam sahaja.

Siapapun termasuk Nik Aziz tidak boleh membenarkan nama Allah kepada agama lain selain Islam.

Tanpa Nama berkata...

Asri memang jenis manusia yang tidak takut dengan manusia. Dia cuma takut kepada Allah. Sebab itu dia bedal keliling. UMNO, PAS dan PKR semuanya pernah dibedalnya kerana tidak menepati perintah Allah. Sebab itu ramai orang UMNO, Pas dan PKR tidak suka dengan Asri.

Harap blogger BPN jangan terikut dan terpengaruh dengan gaya hujah dan ide Asri. Kita perlu takutkan pemimpin UMNO yang memberi peluang ekonomi kepada kita, bukan takutkan Allah yang menyalurkan rezeki kepada kita.

Ingat: jangan jadi seperti Asri yang hanya takutkan Allah, tapi tidak takut kepada manusia: teruslah jadi seperti kita yang hanya takutkan pemimpin dan tidak takut kepada Allah.

rizuan mh berkata...

dalam hal ini, aku suka sekali dengan kenyataan mencabar nik aziz (tuan guru) oleh pengarah JAKIM. kenyataan mencabar tersebut sangat stabil dan sukar digoyah serta ada kredibiliti, malah senang benar nak difahami.

mungkin ulasan Naib Canselor USM, secara ilmiah, boleh menjawab kenyataan Dr. Asri.ada aku copy pastekan kat blog aku..sila lah. bukan nak glemer tp untuk kebaikan bersama. nak jelas lagi, bolehlah terus ke laman web rasmi USM, taip je USM kat google tu pastu pandai-pandai la explore.

Jeepers Creepers berkata...

aku selama ini menyokong dan bersependapat dengannya. tetapi didalam isu penggunaan nama Allah s.w.t aku agak keliru.

pada rasionalnya memang tidak wajar agama lain menggunakan nama Allah s.w.t tetapi Dr Asri memiliki ilmu agama yang tinggi. mungkin pada pandangannya ia dibolehkan.

walaubagaimanapun aku serahkan segala gala pada Allah s.w.t jua. Yang baik datang dariNya dan yang buruk datang dari kelemahan diri kita sendiri.

Dan aku juga sependapat dengan Anon..yang kita tidak perlu takut kepada manusia sebaliknya hanya takut kepada Allah s.w.t sahaja. Ikutlah pendirian Dr Asri yang tidak takut kepada manusia didalam menegakkan kebenaran.

PARPUKARI berkata...

TAH AKU PUN SELAMA NI ANGGAP DR ASRI NI OK, PART NI DIA PUN DAH JOIN BRADER NIK AJIS...ADEHHH SENGAL BETUL LA MACAMM NI TUAN PANGLIMA..

DR ASRI CUBA LA KAMU CERITA BETUL2? JANGAN BAGI KAMI FENIN LA DR ASRI...

blogresipi.com berkata...

Salam,
Petikan ulasan Dr Asri:

"Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu"

Saya rasa Dr Asri cuba menerangkan bahawa kita perlu menggunakan pendekatan yang betul supaya orang bukan Islam faham antara larangan menggunakan nama Allah dengan keharusan menggunakan nama Allah untuk tujuan dakwah.

Kompleks juga isu ni. Namun secara umumnya saya menyokong larangan menggunakan kalimah Allah di dalam gereja, di dalam dakwah kristian, di dalam Herald dan lain-lain terbitan yang bertujuan menyesatkan orang Islam.

Panglima Perang Cyber berkata...

Bukan apa sebenarnya. Asri kena faham jika kalimah Allah dibenarkan diguna oleh Herald Tribune dalam majalah mereka maka ia akan menjadi titik permulaan kepada zaman yang gelap untuk umat Islam.

Ia bukan soal akidah kita lemah tetapi ia soal kekeliruan di kalangan orang awam dan tugas ulama ialah untuk menghalang kemudaratan menimpa ummah demi Maslahah Umum dan Mengelak Mudarat.

Kerana usul fekah sendiri menyebut Mengelak Mudarat Lebih Utama dari Mendapat Manfaat.

Lihat link Jakim di sini untuk mengelakkan kekeliruan lebih besar antara kita semua dan perlu diingat ia hasil Muzakarah Ulama Seluruh Malaysia bukan berdasarkan akal atau pendapat orang perseorangan seperti Asri...

Asri menggambarkan dirinya seolah olah takutkan Allah walhal dia sendiri bersikap menyokong pembangkang secara tidak langsung.

Lagi susah dia sudah berjaya mendapatkan penyokong fanatik yang mengganggapkannya sudah maksum dan tidak boleh disanggah lagi. Alahai sayangnya..

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3203

Tanpa Nama berkata...

Salam panglima,

Kita janganlah menghukum Dr Asri dengan kata-kata sebegitu.

Sesungguhnya ilmunya jauh meninggalkan kita. Masakan beliau boleh diangkat menjadi mufti jika ilmunya tidak hebat?

Saya juga ada melakukan research pasal benda ini.

Allah sebenarnya digunakan dalam agama Islam, kristian dan segelintir agama lain.

Benar, Allah itu hanyalah salah satu dari 99 nama Allah.

Apa yang penting sebenarnya adalah pemantapan iktiqad dan akidah umat Islam.

Adakah ciri Allah itu menepati dengan apa yang digunakan dalam agama lain???

Sudah tentu tidak, malah mereka tuhan mereka diberikan nama yang lebih sesuai dengan kitab dan agama mereka.

Maka haknya menggunakan Allah itu adalah lebih berat kepada orang Islam.

Herald Catholic tahu pasal itu, cuma mereka ini mengada2 dan mahu mencabar sistem Mahkamah kita sahaja.

Maka wajiblah kita menunjukkan kepada mereka, kita tidak mudah untuk beralah.

Allahuakbar

EQUILIBRIUM berkata...

memang di malaysia penggunaan nama Allah oleh agama lain mungkin boleh menimbulkan masalah yg lain seperti kekeliruan pada remaja islam yg kurang berilmu.

tapi utk berdebat penggunaan nama Allah secara ilmiah saya cadangkan google ahmad deedat dan baca tulisan2 beliau ttg bible kristian dan Allah. banyak yg boleh kita pelajari.

kalau susah2 kita beli buku2 beliau dan buat bacaan di masa lapang.

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih kepada respon respon di atas.

bagi saya, tindakan membela kenyataan nik aziz tu yang bukan suara ijmak ulama ulama kita bukan satu tindakan yang bijak, walau dengan apa jua niatnya sekalipun.

Ini sangat mengelirukan dan tidak memberi kebaikan terhadap usaha kerajaan membuat larangan penggunaan nama Allah kepada penerbitan Herald Tribun.

Dipohon semua dapat memahami mesej yang saya sampaikan, apatah lagi ia sudah pun diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan..

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

"Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.

"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan.

Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,

"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya".

40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.

3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Krisitian sekarang bukannya macam Kristian Arab zaman Nabi SAW dulu, kalau yg dulu memanglah asalnya pakai kalimah Allah tetapi tu pun terhad kepada kristian Arab sahaja. Kristian Rom dan lainnya tak guna pun.

Yg kristian sekrg ini memang asalnya tak guna kalimah Allah, banyak ajaran sekrg jenis dari Rom punya. Kalau kita ikuti perdebatan dgn pendebat2 Islam dgn kristian zaman ni, kita tengok pendebat2 Kristian tak mengaku Allah itu nama asal bagi Tuhan. Kenapa pula dalam konteks di Malaysia ni mereka tiba2 nak guna nama Allah pula.

Kita tak bagi dia guna nama Allah sebab bila mereka buat ayat dalam surat khabar mereka tak kata Allah adalah Tuhan yang satu, tapi mereka kata Allah adalah Tuhan bapa dan anaknya ialah Jesus. Dalam sesetengah mazhab kristian kuno, Mariam adalah isteri kepada Allah. Tergamakkah kita memberi kebenaran sebegitu rupa hanya kerana rasa meluat terhadap UMNO?

Kalau dah boleh guna nama Allah, apa pula sekiranya tiba2 ada pula pandangan baru dari mujaddid kristian yang mengatakan kalau Nabi Isa boleh dijelmakan menjadi dalam bentuk patung, bapanya pun bolehlah juga. Mesti kita ingat kristian ni senang berevolusi. Ianya tak menjadi kesalahan pun dalam agama mereka, contohnya dalam filem Bruce Al-mighty.

Kalau macam tu, direkanya pula patung Allah dalam gereja. Nama patung tu sebenarnya siapa yang berikan? Kalau bukan pihak autoriti yg berikan?

Tanpa Nama berkata...

SALAM PANGLIMA,
MEMANG TAK DAPAT DI NAFIKAN, DIAORANG NI SEMUER BERTOPENGKAN AGAMA, BELAJAR JER TINGGI2 TAPI OTAK KAT LUTUT. ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH NAMPAK REMEH TAPI IMPLIKASI DIA AMAT BESAR, MOGA2 PEMFITNAH DAJJAL AL-JUBURI TU CEPAT2 LA KOREK LUBANG KAMBUS SENDIRI DEMI KEAMANAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA NIE
AMIN88X

anakPas berkata...

Aku cadangkan semua orang tak kira agama boleh gunakan kalimah allah untuk tuhan mereka..tetapi Allah kita tulisan nya "ALLAH" bagaimana kalu kita minta kristian tu tulis tuhan dia "ALLLAH (3L) atau lebih...sebutan sama penulisan berlainan. Begitu juga dalam jawi allah kita disebut bertajuid...tetapi tuhan mereka di tulis dengan "lam" tiga atau lebih...habis cerita...dan tak keliru. kalu Herald nak tulis tuhan dia mesti guna lebih dari 2L.
Dr. asri ni memang gitu...aku pernah ikut ceramah dia di Ipog dan ada juga soal jawab..kaedah dia lebih kepada Ego dan kondem orang lain...sama juga macam kawan dia Mufti Perlis tu...suka tunjuk ulamak dan orang lain tak pandai dia saja yang pandai...
juga nak tanya dr. asri..dah berapa puluh orang yang telah diislamkannya???..dengan cara dakwahnya???

Cari Blog Ini

Translate