Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2009

GAP : Terima Kasih Komen Bernas Anda Tentang Barua Anwar ( Merdeka Center ) - Malaysiakini

Saya menulis dan menyentuh lagi isu Merdeka Center yang beria ia mendedahkan survey mereka bahawa rakyat PERAK 74% mahukan DUN dibubar kali ini selepas menerima komen bernas dari sahabat, dan secara tidak sengaja saya terjumpa ulasan menarik tentang Merdeka Center tersebut yang boleh para sahabat pembaca dan blogger BPN menatapnya..

Ia dipetik dari blog bila sauh dibongkar. Katanya :

Selepas Sultan Perak berkenan melantik MB baru daripada BN, badan itu melakukan kajian dan mendapati 74 peratus mahukan DUN Perak dibubarkan. Peranan istana dalam hal ini dikatakan tidak mencerminkan kehendak rakyat. Mengkaji pendapat rakyat berkaitan titah sultan, bukankah itu derhaka?

Ulasan sebelum ini saya petik dari sebuah blog yang sudah hampir sejuta hitsnya iaitu AnwarDotCom dan ia juga amat jelas menukilkan tentang siapa yang 'pemain wayang kulit' di belakang sebuah organisasi yang bernama MERDEKA CENTER ini. Dan kali ini saya turut membawa sebuah lagi blog yang mempunyai komen menarik dan related dengan topik tersebut.

Yang menariknya ialah kita tidak pernah terfikir bahawa tindakan tersebut juga boleh dikategorikan sebagai menderhaka perkenan Sultan dan ia satu langkah awal ke arah mengajak rakyat kepada menderhaka Raja secara halus dan perlahan lahan akan pergi ke peringkat mengajak mereka membenci Raja sehingga tidak mustahil rakyat akan membuat revolusi untuk mengangkat rakyat biasa menjadi Presiden Of Malaysia seperti mana di Indonesia dan negara lain sekarang ini..

Untuk makluman blog AnwarDotCom atau AIDC ialah sebuah blog yang sangat pro aktif dan aggresif mendedahkan si petualang yang menghuru harakan Malaysia bernama Anwar Ibrahim. Meskipun 'tidak berwajah' namun tidak bermakna ia berunsur fitnah kerana ia disokong oleh link/gambar/video dan juga dokumen berkaitan yang menguatkan lagi penulisan blogger AIDC tersebut.. Kerana jelas Saidina Ali karramallahuwajhah pernah berkata : Lihatlah apa yang dikata bukan SIAPA yang berkata...


Sayangnya yang begitu disanjung tinggi oleh para beliawan dan beliawanis kita laksana seorang pendikar / pendekar itu sebenarnya orang tidak boleh diharap dan sayang seribu kali sayang mereka sebenarnya belum habis lagi membaca kisah sebenar tokoh tersebut yang telah berjaya menaikkan suara pelampau Hindraf dan menaikkan tuntutan fanatik DAP serta meliberalkan PAS yang sudah juga berpecah kepada team ulama dan Erdogan hasil kerja si petualang tersebut..

Saya mengutarakan isu Merdeka Center ini kali kedua memandangkan saya sangat khuatir usaha membawa persepsi salah akan berterusan di Internet ini dan ia tidak akan dibenarkannya oleh saya selagi hayat dikandung badan. Sudah pasti sahabat sahabat BPN juga berpendapat sedemikian. Kerana orang tidak akan mengkaji siapa Merdeka Center kerana mereka senang membaca ia satu kajian yang dibuat secara mengutip sampel dari kelompok tertentu..

Yang paling mengejutkan juga ia turut didedahkan oleh blog berwajah ( pinjam istilah sahabat saya Tuan Nobisha ) iaitu Dr Novandri dari Minda Intelek... Komen beliau sangat mengejutkan dan sahabat boleh ke sana membaca huraian panjang tersebut ( klik sini

Terima Kasih Saudara Minda Intelek atas pendedahan yang pastinya tidak ramai mengetahui secara terperinci isu tersebut jika berdasarkan jumlah komen yang ada di sana...

Saya tidak menyangkakan GAP sudi datang menambah komen artikel saya sebelum ini memandangkan apalah sangat blog saya ini berbanding blog beliau yang sudah sangat popular dan terkenal tersebut. Namun saya dijengukinya juga demi mendedahkan siapakah sebenar barua Anwar ini ( minta malim muda betulkan jika ayat 'dijengukinya' saya salah )

Saya juga membaca komen Pendikar Gunung Kriang yang tidak mendedahkan identitinya yang saya teka sebagai serikandi siber. Barangkali kerana tekaan saya tepat atau dia sudah tersipu sipu malu dengan jangkaan saya tersebut. Tidak mengapalah..

Saya telah membalas komen beliau dan saya salin semua di sini untuk mengisi posting terkini saya sebelum tidur hari ini. 

Harapnya esok saya masih bernyawa untuk terus berjuang dengan sahabat BPN demi menjaga agama bangsa serta negara saya dari dilanyak dan dijadikan 'singapura kedua' oleh mereka yang telah merancang dengan teliti untuk  memisahkan Malaysia kepada dua bahagian iaitu Malaysia Melayu di pantai timur dan Malaysia bangsa lain di pantai barat... 

Saya pasti Cina atau India yang patriotik tidak akan berniat sebegitu rupa kecuali mereka yang sudah berjiwa komunis yang tidak nampak melainkan ingin membuat sesuatu yang akan merugikan kita dan menjayakan agenda mereka memisahkan Malaysia menjadi negara yang tiada sisterm Beraja dan tiada agama rasmi negara ( Islam).

Komen ini bukan saya mereka reka cerita tetapi saudara saudari perlu sedar taktik dan perancangan ini sudah dibuat oleh mereka yang menjadi talibarut negara asing dan mereka ini boleh kita panggil zionis timur yang akan menjadi proksi zionis sebenar demi menjatuhkan ketuanan agama bangsa dan negara Malaysia sebagai negara Islam terkenal di dunia.

kerana mereka pasti tidak akan redha Islam menjadi anutan hidup dan mati kita semua..



Komen GAP saya salin balik di bawah ini :

merdeka center
pengerusinya (ibrahim suffian kalau tak silap) adalah barua kepada kalid jafar, pengamal doktrin liberalisme dalam IKD (inst kajian dasar)..

cara merdeka center mengumpul fakta dan kajian rambang atau poll cukup mudah..

mereka akan menghubungi semua penyokong anwar dan jawapannya sudah tentulah 100% pro anwar.

ada lagi rahasia sulit merdeka center. bila tiba masa aku bongkar.

pang 5 dan rakan2 teruskan henyak merdeka center dan malaysiakini.

ini petualang mendapat dana terus daripada yayasan soros.



Manakala respon saya seperti berikut :


Itula saya suka dengan dengan Pendikar Gunung Kriang.

Kerana begitu open minded dan kita akan tengok siapa yang akan mengubah siapa.

Yang penting ialah kebenaran..dan ia relatif dan subjektif bergantung kepada fakta fakta yang kita ada dan kita yakini dengannya.

Cuma ada golongan yang disesatkan oleh ALLAH atas ILMU..

Dia mengetahui tetapi menolak KEBENARAN dan menjadikannya seperti KEBATILAN.

Tidak lain kerana sekadar ego dan takabur yang diwarisinya dari Iblis.

Ini bukan saya tujukan kepada sesiapa tetapi sekadar peringatan untuk diri saya dan kepada sahabat2 di team bpn juga.

Moga kita akan selalu berkata BENAR dan tidak takabur untuk mengatakan KITA SALAH atau mengatakan KESALAHAN saudara kita meskipun ia pahit untuk ditelan/diterima.

Salam dan selamat malam...



kepada GAP : Anda benar benar tahu siapa dia sebenar dan terima kasih kesudian GAP singgah menambah lagi penjelasan tersebut..

Kita akan jumpa..Tunggu saya akan call anda terdekat dan tak lama lagi..

Blogger pertama saya pernah jumpa setakat ini ialah Cheguman Waadat dan GAP blogger kedua Insya ALLAH..

Kedua dua anda adalah penyokong kuat kepada team BPN dan ALLAH MAHA MENGETAHUI siapa anda dan moga ia menjadi simpanan berharga kita di akhirat atas perjuangan kita melawan zionis dan konco konconya ini..

ALLAHU AKBAR !!!
terima kasih...


Fakta menarik juga saya terima dari sahabat Cheguman Waadat tentang penggunaan pakatan rakyat oleh pembangkang :


Blogger Demang Lebar Daun said...

PKR, PAS, dan DAP tidak berhak dan tidak layak menggunakan istilah Pakatan Rakyat.

Sebab:
1) Rakyat hanya merujuk pada orang Melayu di negeri beraja manakala untuk yang lain-lain lebih sesuai dipanggil warganegara sahaja..

2) Majoriti orang Melayu (rakyat) Perak memilih UMNO dalam PRU12. Lihat fakta kerusi UMNO(27), PAS(6), dan PKR(3). Selebihnya ialah orang cina yang menolak MCA/MIC dengan memilik DAP atau PKR (bukan Melayu @ bukan rakyat).


Itu sahaja untuk malam ini dan terima kasih kesudian anda semua datang membaca tulisan dari hati sanubari saya..



Demi bangsa agama dan negara kita MALAYSIA..




Siapa free boleh baca gosip adun selangor nak lompat di sini

12 ulasan:

Tai berkata...

Encik, teruskan perjuangan kita. Sinar cahaya menunggu.

Amz CamPro berkata...

fuhh! maklumat yang cukup kuat utk dihujahkan...bangga aku mnjadi sahabat kalian semua...teruskan prjuangan..

Amz CamPro berkata...

jgn lupa layari blog aku amzcampro.blogspot dan tgk video ciptaan aku dan adik aku khas untk anwar (mabuk reformasi) dan damai yang hilang yg diketuai oleh mat anwar!

Unknown berkata...

Salam panglima,

Terima kasih kerana sekali lagi mempromosikan blog kerdil saya dlm blog panglima.

Ketika melihat tajuk artikel sdr yg memuatkan tajuk"...barua.." itu, tiba-tiba saya teringat kpd Dr Rais Yatim. Dr Rais pasti menangis kerana selepas 4 tahun menjalankan kempen "budi bahasa budaya kita", tapi rupanya kempen itu gagal dalam rumahnya sendiri (UMNO). Rupanya masih ramai blogger pro-UMNO seperti sdr yg tiada budi bahasa dalam mengatur bicara. Dr Rais pasti sedih kerana ada orang yg mengaku Melayu tetapi menggunakan bahasa jalanan itu (barua)dalam tulisannya.

Bagi saya penggunan perkataan 'barua' itu tidak wajar digunakan oleh org Melayu yg dikatakan tinggi pekertinya itu. Sebab itu saya tidak bersetuju apabila ada penyokong PR yg pernah memanggil Najib itu 'barua Amerika' hanya kerana Najib pernah memberi ucapan di Amerika yg memuji-muji negara penjajah itu di atas ketegasannya menghapuska gerakan Islam. Saya juga tidak setuju bila ada penyokong PR yg memanggil Dr Mahathir 'barua Yahudi' hanya kerana beliau pernah menyogok USD 1.2 juta kepada seorang pelobi Yahudi utk menemui Presiden Bush dahulu. Mungkin polisi Najib dan Mahathir nampak pro-Amerika dan pro-zionis, tapi bagi saya negarawan spt mereka tidak layak dihina sebagai 'barua' hanya kerana mereka pro-Amerika dan pro-Yahudi.

Mungkin sebahagian kita telah semakin tidak memahami betapa kayanya Bahasa Melayu yg semakin dipinggirkan oleh kerajaan BN ini. Tapi ketidak fahaman kita terhadap Bhasa Melayu bukan jawapan utk kita menggunakan perkataan tepi jalan, sedang kita ada banyak pilihan perkataan lain bagi menggantikan perkataan 'barua', misalnya 'tali barut', 'bersekongkol' dll. Mengapa panglima gentar menggunakan perkataan yg lebih bersopan bagi membuktikan jatidiri seorang Melayu?

Mengenai kajian Merdeka Centre, setakat ini adakah kajian pendapat umum lain mengenai pandangan rakyat Perak terhadap insiden rampasan kuasa pd 6 Februari lepas? Jika tidak adakajian lain, itulah saja sumber rujukan kita utk mengetahui pandangan rakyat Perak mengenai isu tersebut.

Setakat ini setahu saya hanya ada satu kajian sahaja selain dari kajian Merdeka Centre mengenai isu itu yg dibuat oleh penganalisis politik dan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah. Kajian Prof Madya tersebut ke atas responden yg terdiri dari penduduk Perak mendapati 97% daripada mereka yang ditemu bual bersetuju DUN Perak wajar dibubarkan dan tidak bersetuju peralihan kuasa tidak beretika seperti yang telah berlaku pd 6 Oktober itu. Jika panglima ingin menyatakan Prof Madya itu tali barut Anwar dan Universiti Malaya selaku universiti tertua Malaysia adalah institusi Yahudi, silakan.Apa yg penting, setakat ini tiada kajian lain mengenai pandangan rakyat Perak mengenai isu itu, dan itulah dua kajian sahaja yg ada yang boleh kita jadikan rujukan setakat ini!

Saya juga tidak bersetuju dgn pandangan Demang Lebar Daun bahawa kebanyakan orang Melayu menyokong UMNO pada PRU ke-12 dahulu hanya berdasarkn kerusi yang dimenangi. Ini kerana setiap kerusi yg dimenangi oleh mana-mana parti mempunyi kombinasi pengundi dari pelbagai kaum dan kita tidak boleh katakan hanya org Melayu sahaja yg mengundi UMNO, hanya org Cina sahaja yg mengundi MCA dan hanya org India saja yg mengundi MIC. Jika pola pengundian adalah seperti itu, sejak dahulu MIC tidak akan menang satu kerusi pun, kerana di Malaysia ini tiada satu kerusi pun org India menjadi majoritinya!

Sebenarnya, kerusi yg dimenangi dalam pilihanraya tidak pernah menggambarkan peratusan suara rakyat yang mengundi. Dalam PRU ke-12 dahulu BN menang 140 krusi Parlimen atau dari segi peratusan ialah 63.1%, manakala PR menang 82 kerusi atau dari segi peratusan 36.9%. Namun dari segi undi popular rakyat, BN mendapat 50.7% undi, manakala PR 49.3% undi. Di sini bermakna, setiap 50 orang yang berkata 'ya' untuk BN, ada 49 orang lagi yg berkata 'tidak' utk BN.

Seperti kata panglima dlm artikel panglima di atas: lihatlah apa yg dikata, bukan SIAPA yg berkata. Justru lihatlah apa fakta yg digarap oleh Merdeka Center dan Universiti Malaya; dan bukan siapa di belakang institusi-instutusi itu!!

Panglima Perang Cyber berkata...

Tq atas komen.Nanti saya akan jawab later..sekarang ada hal penting (kematian)yang nak diselesaikan dahulu hari ini..

Apapun komen anda tentu dapat dibaca dan saya juga telah menjalankan tugas saya menerangkan apa yang saya tahu.

salam.

taipingmali berkata...

bagi saya pandangan Dr Abu Hasan tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana dia sendiri pro pakatan. kalau dibuat survey melalui internet juga tak boleh pakai 100% kerana pihak yang pro pakatan lebih banyak mengusai dunia IT.

Pakatan berjaya mengusai pemikiran rakyat daripada media kerajaan.

Rakyat juga sudah jemu dgn penyampaian media pro kerajaan dan secara tanpa sedar mereka akan menyokong pembangkang dalam PRU. Segala jasa kerajaan sudah tak menjadi soal kerana mereka mendakwa kalau pembangkang menjadi kerajaan mereka pun akan melaksanakan tanggung jawab kepada masyarakat seperti mana kerajaan yang ada.

Isu yang mudah mendapat tempat ialah isu rasuah. kerajaan dilihat sebagai kerajaan yang mengamalkan rasuah dan merompak harta rakyat.

pembangkang juga sebenarnya juga perompak kerana berjaya merompak pemikiran rakyat sehingga rakyat atau civil society ini untuk menyokong mereka.

Apache berkata...

Abu hasan tu memang penyokong kuat anwar ibrahim. memang la kajian dia sokong anwar..aku pun boleh pakai sebut jek..buat sampling sendiri...cakap pun berbelit abu hasan nih..pening aku mendengarnya

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kajian tentang pendapat ramai mengenai samada perlu bubar DUN di Perak tak boleh dijadikan sebagai asas. Methodologinya memang boleh dipertikaikan dan hasilnya juga boleh dipertikaikan jugak. Bagi saya, buang masa buat kajian sedemikian. Unless mereka "diupah".
Bagi saya, tak ada sebab mengapa DUN Perak perlu dibubar. Jumlah sokongan kepada BN adalah sama dgn Jumlah sokongan kpd PR semasa PR membentuk Kerajaan. 2 orang PKR dan 1 orang DAP yg keluar parti (bukan melompat parti pun) dah menyokong BN, maka tertubuhlah kerajaan BN dgn kelebihan 3 kerusi. Saya tak nampak apa yg salahnya disitu. Benda so obvious. Jgn diikutkan sgt orang yg berfikiran singkat ni (Si Nizar). Senang2 aje nak bubarkan DUN. Cari jalan singkatlah tu. Sepatutnya dia buat sidang Khas DUN masa kecoh dulu tu dan buat undian di DUN. Bukannya jumpa Sultan Perak nak bubar DUN. Dia ingat Sultan Perak Bodoh ke? kalau memang dah sah ada 31 orang ADUn yg sokong BN, apa yg nak buat pilihanraya lagi. Jgn salahkan orang mereka yg keluar parti disebabkan oleh BN atau UMNO. Tanya diri sendiri . Kenapa mereka keluar? Sebab dah tak percaya dgn kepimpinan PR lah..
kalau dah tak ada majoriti, step down lah...Bila ni berlaku, BN dan UMNO yg disalahkan. Mereka pun (2 PKR + 1 DAP) nak berhijrah kepada yg baik. Sebab tu dia keluar parti.
Tentang sokongan orang Melayu kepada UMNO, memang di Perak mungkin berkurang sikit masa PRU 12 dulu tetapi sekarang ni aku dapat rasakan seperti ada gelombang dan perubahan besar. Macam gelombang biru yg menjatuhkan kerajaan PAS dulu di Trengganu.
Apa-apa pun, kita sebagai orang Islam..terimalah ketentuan Allah. PR tumbang sebab ketentuan Allah bukan sebab BN atau UMNO.

semutapi berkata...

Sasha2020,

Saya setuju dgn pendapat kamu - kajian pendapat umum tak penting di negara ini, kerana kerajaan yg berkuasa tidak akan ikut suara ramai yg tak berkuasa ini. Buatlah kajian apapun, tak guna dan hanya buang masa saja, kerana akhirnya kerajaan tak akan dengar rintihan rakyat.

Saya juga berpendapat pilihan raya tak penting di negara ini. Mengapa buat pilihanraya jika akhirnya suara rakyat tidak didengari? Kerajaan hanya mendengar suara wakil rakyat, bukan suara rakyat. Jadi apa gunanya pilihanraya? Pilihnraya untuk memilih wakil ke Parlimen dan DUN hanya membazir waktu dan membazir wang rakyat saja, kerana akhirnya akan ada wakil rakyat yg mengkhianati suara rakyat. Oleh itu, sepatutnya alternatif lain dicari bagi menggantikan sistem pilihanraya di negara ini.

Memandangkan isu lompat telah diterima umum pemimpin-pemimpin kita, tidak kira BN atau PR (jangan lupa projek 16 September PR), maka saya cadangkan kita adakan 'pertandingamn lompat-lompat' bagi memilih wakil rakyat mulai pilihanraya umum ke-13 nanti. Siapa calon yang berupaya lompat paling tinggi, dialah wakil rakyat untuk kawasan itu. Dengan itu kita pastikan orang sihat saja jadi wakil rakyat. Supaya tidak nampak seperti ada diskriminasi sex dalam pemilihan jaguh pertandingan lompat-lompat ini, maka di kawasan pilihanraya di mana wanita majoriti, hanya wanita yg dibenarkan bertanding di situ. Manakala di kawasan pilihanraya di mana lelaki majoriti, hanya lelaki yang dibenarkan bertanding. Adil, bukan?

Sasha2020 dan rakan-rakan BPN pasti setuju dgn cadangan saya!

EQUILIBRIUM berkata...

masih lagi dlam mimpi melayu amno muahahahaha

memang amno menang kerusi terbanyak di perak. tiada siapa nafikan itu. tapi undi yg amno terima adalah undi beend muahahahaha

cuba lihat dlm konteks malaysia. kalau bukan kerana bantuan komponen beend mungkin amno sudah terkulai layu muahahahaha

kalau bukan kerana bantuan undi bumiputera sabah sarawak teman tak tahu le apa nasib amno mac lepas. last teman cek bumiputera sabah serawak tak termasuk dlm definasi melayu muahahahahha

EQUILIBRIUM berkata...

pasal merdeka centre ni teman memang setuju 100%. depa ni memang haprak dan bias kat nuar muahahahaha sbb tu le nuar masih tak sedar diri

pada teman merdeka centre ni taraf dia sama je dgn utusan meloya dan tv3suku muahahahahahha

mana tak samanya sbb masing2 syok sendiri. buat keja ikut cakap tuan. sbb tu le amno makin tenggelam dlm arus kemabukan.

kerana hari2 disuapkan dgn muntah dari utusan meloya dan tv3suku muahahhahahha

Mata Hati Jiwa berkata...

Salam sdr Panglima..
Saya tertarik dengan komen pendikar gunung keriang yang mana menganggap team BPN suka menggunakan bahasa yang kurang sopan.. perkara ini agak menghairankan sya kerana rata2 komentar di blog "Pakatan Rakyat" segala macam perkataan buruk dan busuk digunakan.. Walau bagaimanapun sya berterima kasih atas teguran pendikar..

Tetapi fitnah yang cuba disampaikan secara halus oleh pendikar juga harus diambil kira.. dimanakah kesedaran sivik pendikar ketika berbuat demikan..fitnah yang sya maksudkan ialah:

Mungkin polisi Najib dan Mahathir nampak pro-Amerika dan pro-zionis, tapi bagi saya negarawan spt mereka tidak layak dihina sebagai 'barua' hanya kerana mereka pro-Amerika dan pro-Yahudi.

Adakah ini satu fakta???
sedarlah perbuatan pendikar juga satu yang tidak wajar dilakukan sebagi seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran..

Lihatlah dengan mata, hati dan jiwa anda sebelum berkata-kata..

Cari Blog Ini

Translate