Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Februari 2009

Edisi Malam : Lagi berkenaan Hakim 'PAS' yang mengadili petisyen Nizar si derhaka-Malaysiakini

Sivakumar Masih Bermimpi, Mohamad Arif Masih Lagi Ahli PAS?


Apakah V.Sivakumar masih lagi bermimpi bahawa Nizar masih berkuasa sebagai MB Perak?

V. Sivakumar (Speaker Dewan Undangan Negeri, Perak, ADUN DAP Tronoh), pada 18 Februari 2009, telah mengambil tindakan mengejutkan dan tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (Menteri Besar) bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. Apakah Sivakumar masih lagi bermimpi bahawa dia masih lagi berada di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak?.

Tindakan Sivakumar ini jelas tidak menghormati keputusan institusi raja melantik Menteri Besar baru di Perak. Tindakan V.Sivakumar juga jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan). V. Sivakumar menggantung MB baru, Nizar menderhaka dan menyaman di mahkamah dan Karpal pula mahu mencabar Sultan Perak. Tindakan mereka terancang?. Belajarlah menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat bukan lagi majoriti di Perak.

Sementara itu, latar belakang pesuruhjaya kehakiman yang akan mendengar petisyen Nizar terhadap kepimpinan baru negeri Perak boleh dipertikaikan. Mohamad Ariff Md Yusuf, hakim tersebut pernah jadi Penasihat Undang-undang PAS dan PKR. Mohamad Ariff dilantik sebagai pesuruhjaya sumpah pada 15 September 2008 mengikut Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan oleh Yang Dipertuan Agong. Mohamad Arif juga pernah menjadi calon PAS pada pilihan raya umum yang ke-11 di DUN Kota Damansara, Selangor. Bagaimanapun Mohamad Ariff kalah kepada Datuk Mohd Mokhtar Dahalan dengan majoriti 8,099 undi.

Mohamad Arif masih lagi ahli PAS? Sila lihat senarai ahli yang ke 59, di sini. 

Mohamad Arif dalam satu kenyataan di muka surat 13, Utusan Malaysia pada 19 Februari 2009 menyatakan bahawa beliau kini bukan ahli mana-mana parti politik (baca di sini). Jika bukan lagi ahli parti politik mengapa nama Mohamad Ariff masih lagi ada selaku Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dilantik bagi sesi 2007-2009?. Sudah tentu wujud pertimbangan berat sebelah bila seorang ahli PAS seperti Mohamad Ariff mendengar petisyen ini daripada Nizar, seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS di Perak. Seharusnya petisyen ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan atau Mohamad Ariff harus menarik diri daripada mendengar petisyen ini. Sudah tentu keputusan berat sebelah boleh dijangkakan jika Mohamad Arif terus diberi tanggungjawab mendengar petisyen ini.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


blog asal : angin perubahan

1 ulasan:

Tai berkata...

harap ini hakim dapat tarik diri.

Cari Blog Ini

Translate