Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Januari 2009

SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR - MOGA DISIAR OLEH SAHABAT BPN DI BLOG MASING2 !

 
Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....

Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...


Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau penulis ini sokong Kj, jgn letakkan kesalahan kekalahan ini pada orang lain.

Anyway, pengundi BN, pengundi PR dah muak dengan Paklah, Kj dan sekutunya. Muak! Cuma Hadi Awang saja mahu Paklah terus menjadi PM.

Takkah pelik tu namanya?

Tanpa Nama berkata...

wahai pang-lima, mahathir bertindak sebab paklah tu dah hampir gadaikan negara..bankrupt kan negara.. bukan suke2.. budak2 pun buleh pk la..

Tanpa Nama berkata...

Panglima, saya pun ada siarkan juga di sini..

http://kerispusakamelayu.wordpress.com/2009/01/19/tun-mahathir-harus-buang-ego/

pengirim email tu memang tidak mahu bagitahu nama dia.

tapi tak pe..yg penting kita kena bersatu.

atau kita akan jadi mcm palestin di gaza yg berpecah belah...

tu la israel tak takut dengan mereka.

Panglima Perang Cyber berkata...

maayahakubn : yang penting bagaimana cara kita nak damaikan antara mereka berdua ?

mari kita fikir sama sama..

berhenti bertelingkah atau kita akan kalah dalam 'gelanggang' sendiri !

Sangtawal Sakranta berkata...

salam p5,

semoga Allah swt membuka pintu hati Tun dan Paklah supaya dapat membuang yang keruh dan ambil yang jernih demi agama,bangsa dan negara.

saya mengkagumi pemikiran Tun,tapi dalam hal ini(keluar umno),saya tidak bersetuju dengan Tun dan saya juga tidak mampu membaca percaturan politik Tun.Apa yang pasti Tun mempunyai alasan yang kukuh kenapa dia berbuat demikian.

Buatlah surat macam mana pun,itulah Dr mahathir yang saya kenali,dia tetap tegas dengan pendiriannya.Dia pemimpin yang ada prinsip dan cukup berkarisma serta berwawasan.Prestasi UMNO semakin teruk seperti apa yang dijangka oleh beliau.

Mungkin apa yang dia mahu,tidak diendahkan oleh paklah dan ahli umno,malah ada yang berkata beliau adalah duri dalam daging dan sudah nyanyuk dan mudah lupa.Tapi harus diingat,beliau mempunyai percaturan politik dan strategi yang sukar diramal lawan dan sentuhannya selalu menghasilkan kesan yang menakjubkan.

apapun kita tidak boleh persalahkan paklah 100% dalam hal ini.Paklah ada idea dan wawasannya sendiri.

Yang pasti,apa yang tun mahu dan apa yang paklah mahu ada dalam pita rakaman ditangan TUN,bila Tun tahu tidak perlu ada orang ketiga semasa perbincangan 4 biji mata pada hari itu dengan paklah,tun mengambil langkah bijak untuk merakam suara waktu itu.

bila tiba masanya,Tun akan bersuara dan pita rakaman itu pasti akan dapat kita dengar bersama,pasti waktu itu kebenaran akan berpihak kepadanya.begitulah selalunya insan yang bernama Dr mahathir ini akan mengalahkan lawannya!tahap kesabarannya terlalu tinggi.

saya juga berharap selepas tersebarnya surat ini,ada juga usaha di pihak paklah untuk berusaha kearah perdamaian ini...
semoga melayu-islam terus bangkit akhirnya.

wassalam.

Moshe berkata...

Saya nak juga tahu apa reason yg buat Pak Lah batalkan projek2 yg berdaya maju dan menuju wawasan 2020 yg dirancangkan oleh TDM tu seperti landasan elektrik berkembar dan jambatan bengkok ? Common la..rakyat bukan budak sekolah,orang boleh fikir dgn rasional.

Ada manusia ibarat musang berbulu ayam dlm UMNO, dan manusia ini adalah petualang UMNO dan bangsa melayu, UMNO musnah kerana mereka.
Saya sangat bersetuju dgn Tun Mahathir, dgn segala tindak-tanduknya kerana beliau seorang genius, berpandangan jauh, susah untuk membaca fikirannya tapi percayalah hasilnya sangat cemerlang.

Panglima Perang Cyber berkata...

kepada Sang Tawal dan Moshe :

kita usahakan agar perpaduan akan kembali terjalin antara mereka.

bukan demi projek syarikat saya atau keuntungan anda berdua tetapi masa depan anak cucu kita.

Itulah usaha BPN dan tidak salah kita mendoakan perpaduan terjalin selepas kekalahan berturut turut parti yang kita sokong selama ini.

Mungkin Pak Lah akan memulakannya atau Tun M terlebih dahulu, saya menanti sahaja.

Mungkin Mac waktu bermula saat Tun M kembali ke dalam UMNO ?

Wallahu A'lam.


berjuang demi bangsa agama dan negara...

Cari Blog Ini

Translate