Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Januari 2009

Melayu untuk Melayu






Tajuk : Melayu

 

Melayu itu orang yang bijaksana 
Nakalnya bersulam jenaka 
Budi bahasanya tidak terkira 
Kurang ajarnya tetap santun 
Jika menipu pun masih bersopan 
Bila mengampu bijak beralas tangan. 

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: 
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu 
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, 
Jakun dan Sakai asli Melayu, 
Arab dan Pakistani, semua Melayu 
Mamak dan Malbari serap ke Melayu 
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman 
Begitu luas daerah sempadan 
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya 
Kias kata bidal pusaka 
Akar budi bersulamkan daya 
Gedung akal laut bicara 

Malangnya Melayu itu kuat bersorak 
Terlalu ghairah pesta temasya 
Sedangkan kampung telah tergadai 
Sawah sejalur tinggal sejengkal 
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga 
Tangan masih memegang tali 
Sedang orang mencapai timba. 

Berbuahlah pisang tiga kali 
Melayu itu masih bermimpi 
Walaupun sudah mengenal universiti 
Masih berdagang di rumah sendiri. 

Berkelahi cara Melayu 
Menikam dengan pantun 
Menyanggah dengan senyum 
Marahnya dengan diam 
Merendah bukan menyembah 
Meninggi bukan melonjak. 

Watak Melayu menolak permusuhan 
Setia dan sabar tiada sempadan 
Tapi jika marah tak nampak telinga 
Musuh dicari ke lubang cacing 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing 
Maruah dan agama dihina jangan 
Hebat amuknya tak kenal lawan 

Berdamai cara Melayu indah sekali 
Silaturrahim hati yang murni 
Maaf diungkap senantiasa bersahut 
Tangan diulur sentiasa bersambut 
Luka pun tidak lagi berparut 

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan 
Selagi yang ada sanggup diberikan 
Sehingga tercipta sebuah kiasan: 

“Dagang lalu nasi ditanakkan 
Suami pulang lapar tak makan 
Kera di hutan disusu-susukan 
Anak di pangkuan mati kebuluran” 

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu 
Masihkan tunduk tersipu-sipu? 
Jangan takut melanggar pantang 
Jika pantang menghalang kemajuan; 
Jangan segan menentang larangan 
Jika yakin kepada kebenaran; 
Jangan malu mengucapkan keyakinan 
Jika percaya kepada keadilan 

Jadilah bangsa yang bijaksana 
Memegang tali memegang timba 
Memiliki ekonomi mencipta budaya 
Menjadi tuan di negara Merdeka. 

( Usman Awang)

 

14 ulasan:

GAP KEMBALI berkata...

pang 5
sayang tade sajak untuk melayu munafik..mungkin pang5 boleh 'gurindam' kan ?

Jeepers Creepers berkata...

Mungkin betul apa yang dilabelkan oleh orang british dulu kala. Mereka lihat orang melayu ini malas.

Mereka kata : Orang melayu memasang jaring diwaktu pagi, kemudian pulang kerumah. Apabila petang barulah melihat sama ada jaring itu berisi ikan mahupun tidak. Dan orang melayu juga mudah berpuas hati walaupun hanya mendapat seekor ikan.

Munshi Abdullah dan pendeta Zaba juga berkata demikian. Mereka tidak mahu berusaha menambah rezeki dari secupak kepada segantang. Apa yang dapat hari itu, hanya untuk hari itu sahaja. Untuk hari mendatang, itu hal lain.

Kini apa yang dikatakan itu benar. Orang melayu lebih suka dengan hiburan seperti AF, One in Milion.

Mereka lebih suka menjadi artis dan hidup bersenang lenang dari memikirkan kehidupan yang bakal mendatang. Tidak memikirkan nasib anak cucu yang mungkin tergadai ditangan bangsa lain.

Apatah lagi memikir nasib orang islam dinegara lain. Lihatlah berapa ramai orang melayu yang berebut tempat nak masuk AF. Belum kira lagi ibu bapa yang hantar anak nak jadi bintang kecil.

Inilah realiti orang melayu. Dan biasa pasti ada orang melayu yang sangkal dakwaan aku ni. Tapi aku paham orang melayu. Orang melayu ni kaya..kaya dengan alasan.

Panglima Perang Cyber berkata...

Apa jua pun alasan memang kita akan dibentuk mengikut persepsi atau mind set..

Jika dah kata melayu itu layu maka akan jadilah macam tu.

Jika digambarkan melayu itu pahlawan dan sentiasa mencapai kejayaan maka yang positif juga akan ditanam dalam minda kita.

Maaf GAP saya tak pandai bergurindam..

Bersajak dengan karya diciplak bolehlah..hehehe

ada masa saya akan buat..GAP nak balas ke ?

hehehe

Tai berkata...

Wah, artikal bagus.

macammana dengan melayu munafik dan tak kenang budi serta pengkhianat bangsa?

Ikemen berkata...

salam, nice gurindam
sokong YB RAZ GOTHIC.

cume ttg takrif melayu saya musykil.

apakah yang dimaksudkan dgn bangsa melayu?


mohon panglima dapat terangkan secara mendalam.tq,
jazakallah.

bungaraya berkata...

Tun Musa satu ketika pernah menyarankan agar kita kena "kurang ajar" sekali sekala.
Tun Mahathir juga dalam "Malay Dilema" juga kurang setuju dengan kebanyakan sikap layu orang melayu ini. Pendita Zaaba juga pernah menyuarakan kurang enaknya dengan sesetengah sikap orang melayu.
SAYA pula kagum dengan sikap orang melayu. Lemah lembut tidak bererti
LEMBIK dan KURANG TEGANG.
Lihat Hang Tuah. Lihat Hang Jebat,
Lihat Hang Kasturi, Lihat Tun Mahathir, Lihat Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail dan Lihat Maharaja lela. Jangan lihat DSAI, Jangan Lihat Tan Sri Khalid, jangan lihat MB Perak. Kan keboleh melayu memilih mana yang beras mana yang entah?

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Melayu layu ditangan sendiri...pengkhianat bangsa....

petualang bangsa....

penghancurkan bangsa.... Melaka dulu jatuh bukan kerana PORtugis semata-mata...tetapi bangsa sendiri yang berbalah.....

sepatutnya ketuanan Melayu + Islam lebih utama.....ketuanan Melayu tidak ke mana-mana pun

melayu sudah miskin........

melayu sudah hilang tanah.......


melayu sudah tinggal Islam.......

melayu sangat lemah........tetapi sayang...............

melayu mudah lupa..............

lupa bila berkuasa.............

lupa bila berpangkat............

lupa dikelilingi kaki ampu dan puja.........

lupa bila kuasa tergugat.....


lupa menghormati hak bangsa sendiri...........

lupa menghormati hak pengundi............

lupa bila berkereta mewah..........

lupa bila masih berkuasa.........

Melayu tanpa Islam.............


Islam menjaga Melayu............

Melayu tidak mampu menjaga Islam........

Melayu lupa untuk berfikir......

nanti menyusahkan diri.....


nanti kuasa hilang............

melayu lupa untuk merendah diri..........

melayu lupa untuk menghormati hak orang lain..........

kesian....perjuangan orang melayu......tidak ke mana bila....terlalu berkuasa.....takbur dan bongkak....

Tanpa Nama berkata...

Selain daripada dasar, undang-undang, tindakan dan kenyataan pelik-pelik dibuat pemimpin dan kerajaan Umno-BN dalam masa lima tahun kebelakangan ini, paling pelik ialah apabila parti itu menggunakan pendekatan amat kuno sebagai memulakan kempen pilihan raya pertama bagi 2009.



Sebagaimana biasa, Umno-BN akan membuka gelanggang dengan ungkapan lazim 'bahawa pembangkang tidak mempunyai isu'.

Apabila pertandingan menjadi semakin hangat dan sebagaimana yang dapat diduga rakyat Malaysia, Umno-BN akan membangga-banggakan kejayaan masa lalu seolah-olah zaman tidak berubah dan masa berdiri kaku dengan segala apa yang dibuat oleh parti tersebut.

Jika senjata ini dirasakan tidak begitu berkesan untuk menumbangkan lawan, maka akan ada seorang berkuasa dalam parti dan kerajaan yang mengambil peranan selaku 'master of the game'.

Orang ini lazimnya akan meluluskan pelbagai projek dengan serta merta, tanpa kelulusan kabinet dan tanpa kelulusan Parlimen.

Selain itu pelbagai janji dibuat sekiranya pengundi memilih mereka seolah-olah pilihan raya untuk memilih seseorang untuk mewakili rakyat satu tit for tat.

Jika cara ini dirasakan tidak akan membuahkan hasil, masih ada cara lain yang digunakan untuk menang. Walaupun semakin ramai rakyat yang sudah menyedari cara terakhir ini, namun itu adalah cerita lain yang terkeluar dari skop perbincangan.

Nampaknya setelah berpengalaman menyertai 12+1 pilihan raya umum dan berpuluh-puluh pilihan raya kecil, pemikir politik/pilihan raya dan penyusun strategi Umno-BN gagal mencipta resepi baru tentang cara menghadapi pilihan raya dalam era moden.

Adalah pelik apabila kita memikirkan segala cerdik pandai dalam Umno, termasuk para profesor, perancang media dan bahkan perunding PR masih mendewa-dewakan taktik "pembangkang tiada isu, Umno-BN sudah buat itu dan ini untuk rakyat, dan kerajaan meluluskan itu dan ini dengan serta merta dan berjanji untuk buat macam-macam lagi", walaupun ia ibarat barangan yang tarikh penggunaannya sudah lama luput.

Apabila kita menggunakan barang yang sudah basi dan rosak, maka terimalah akibatnya.

Dari serendah-rendah pemimpin

Andai kata Umno-BN menang di Kuala Terengganu 17 Januari lalu, sudah tentu golongan think-tank mereka akan berbangga: "See what I've told you."

Dan sudah tentu para pemimpin Umno-BN dari setinggi-tinggi pemimpin di peringkat Persekutuan sehingga serendah-rendah pemimpin di peringkat negeri akan melafazkan dialog skrip klasik mereka, "Kemenangan BN membuktikan betapa rakyat terus yakin kepada BN ..." atau ayat lain sewaktu dengannya.

Namun selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pemimpin BN akan terus bermimpi bilakah lagi mereka dapat melafazkan dialog serupa itu.

Perkara logik selanjutnya bagi Umno-BN adalah untuk melakukan postmortem - setidak-tidaknya sebagaimana yang dikatakan oleh pemimpin mereka.

Di Bahrain, sehari selepas pilihan raya di Kuala Terengganu, Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN merangkap Presiden Umno yang tidak akanhilang waktu tidurnya lagi kerana memikirkan prestasi Umno-BN di masa mendatang sudahpun memulakan ayat hikmat parti tersebut: "Kita akan menunggu keputusan bedah siasat ekoran kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu."

Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad pula, kelalahan BN bukan berpunca dari Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak: "Sebahagian daripada sebab kekalahan ini ialah kerana pengundi tidak suka kepada calon ... Pengundi terpaksa membuat pilihan antara calon BN serta PAS dan akhirnya memilih PAS walaupun tidak suka kepada parti pembangkang itu tetapi terpaksa membuat pilihan."

Namun faktor calon ini awal-awal lagi disangkal oleh Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sekiranya inilah antara ciri-ciri bedah-siasat yang bakal dibuat parti tersebut (jika ia benar-benar dibuat walaupun umum dan mungkin ahli Umno sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang melakukan segala analisis dan bedah siasat ini), maka hal itu bukanlah sesuatu yang baru.

Bedah-siasat untuk siapa

Tidak mustahil hasil bedah siasat itu kelak akan senada dengan berita akhbar Berita Harian yang mengatakan peluang BN untuk menang di Kuala Terengganu cerah. Maka tidak hairanlah sekiranya Umno-BN sentiasa tidak dapat menggunakan hasil bedah-siasat yang dibuat itu untuk memperbetulkan prestasinya.

Selepas prestasi buruk Umno-BN dalam pilihan raya umum Mac lalu, antara rumusan bedah-siasat awal ialah bahawa pemimpin dan calon Umno-BN sombong terhadap rakyat. Jika pemimpin BN mengambil rumusan ini secara serius, sudah tentu mereka tidak akan memilih calon yang mana mudah dilakukan character assasination kepadanya.

Akhirnya, apapun analisis dan rumusan bedah-siasatnya, sesuatu adalah pasti - bahawa rakyat Malaysia sebenarnya sudah menolak Umno-BN dan melihat PAS dan gabungan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif yang lebih segar.

Zaman sudah berubah. PAS hari ini tidak sama seperti PAS yang dilihat oleh rakyat pada satu ketika dulu. Begitu juga dengan DAP yang tidak lagi dilihat oleh orang Melayu sebagai sebuah parti yang chauvinistic.

Disebabkan hanyut dengan kuasa dan kemenangan masa lalu, pemimpin Umno-BN semakin hilang genggaman dan sentuhan dengan realiti politik masa kini.

Apa yang berlaku di Kuala Terengganu adalah ibarat Teori Domino untuk parti tersebut. Satu demi satu jubinnya tumbang. Yang lain hanya menanti saatnya.

Sudah sampai masanya Umno-BN menyimpan sahaja gula-gulanya ke dalam balang sejarah......

Tanpa Nama berkata...

SAJAK UNTUK UMNO:
Cinta dunia telah memusnahkan UMNO,
Apa sahaja dibuat kerana dunia,
Kerana Tuhan dan Akhirat jarang terjadi,
Kahwin kerana dunia,
Belajar pun kerana dunia,
Bekerja pun kerana dunia,
Berkawan pun kerana dunia,
Berkongsi berniaga pun kerana dunia,
Berjuang pun kerana dunia,
Belajar agama pun kerana dunia,
Dunia benar-benar menjadi cita-cita hidup UMNO,

Bukan Akhirat dan Tuhan lagi.
Suami isteri mudah berkelahi,
Berkawan tidak sejati,
Berjuang dalam satu jemaah selalu pecah ukhwah,
Berlaku dalam perniagaan khianat-mengkhianati,
Niat belajar kerana makan gaji,
Guru mengajar kerana duit dan periuk nasi atau sesuap nasi,
Akhirnya manusia perlu-memerlukan satu sama lain tidak indah lagi,

Tidak memerlukan tidak boleh,
UMNO tidak boleh hidup sendiri,
Tapi bila bertemu curiga-mencurigai,
Kerana UMNO prejudis sesama sendiri,
Sebab satu sama lain merasakan "bila aku nak kena tipu",
"Bila aku nak dikhianati",
"Bila aku nak dianiaya oleh partner sendiri".
Jadi didalam pergaulan kasih sayang sudah tidak diambil kira lagi,
Jadi UMNO hidup didalam kebimbangan setiap hari,

Hidup UMNO kerana dunia, bukan kerana Tuhan dan Akhirat lagi,
Akhirnya matlamat UMNO itu menyusahkan sesama sendiri,
Dan semua golongan dan peringkat manusia
hidupnya sudah tidak ada ceria lagi,
Kerana UMNO sesama UMNO sudah curiga-mencurigai,

Dalam hidup suami isteri itu pun sudah tidak ada bahagia dan ceria,
Masing-masing satu sama lain juga sudah tidak selari,
Kerana itu tuntutan fitrah dan tuntutan biologi,
Tapi dalam menunaikan tuntutan fitrah itu curiga sesama sendiri,
Itulah hakikat hidup manusia di dalam UMNO ini,
Keindahan hidup musnah sama sekali,
Itulah neraka dunia sebelum Neraka yang hakiki,
Selagi UMNO tidak mengubah sikap,
Kehidupan itulah menjerat diri.

Tai berkata...

Wahai Panglima, Sajak untuk PR pula sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Sajak untuk PAS

Cinta PAS bukan untuk yang fana kononnya,
Mungkinkah ia untuk Kopi Janda?
Ataupun ia untuk Minyak Maharaja?

Belum apa-apa suara Parti Islam
Ia sudah menjadi kelam
Mulut pembacanya sudah dipalam
Kalau kritik sikit katanya melawan Islam

Haji Hadi kata nama calon dalam poket
Erdogan PAS mula berpeluh melekit-lekit
Rupanya nama tiada, sekadar sedapkan hati yang sakit
Geng Fraksi UMNO yang dipilih namanya Wahid
Tak sangka Tuan Guru pun bohongnya tinggi membukit

UMNO dikatakan jual negara
Tapi PAS baru setahun jagung sudah pecah rekod dunia
Tanah diberi kepada cina
Milik mereka selama-lama
Tak pernah dibuat oleh UMNO kita
Lepas ni depa nak gadai apa?

Hukum hudud mahu dilaksana
Baru disergah Singh,menggigil pula
Didepan tuan guru lim guan eng menolaknya
Dalam markaz PAS kuala Ibai disebut-sebutnya

Mendengar itu tuan guru menggaru-garu
30 tahun pun sanggup tunggu
Mungkin masa itu tuan guru mereput dulu
Yang hendak mengadap,anak buah yang termanggu-manggu

Parti itu namanya PAS
Tapi ramai yang menjadi agas
Kerana ingat jaminan syurga yang Tuan guru sendiri tak lepas
Di dunia hilang,di akhirat melepas

Panglima Perang Cyber berkata...

hahahahahaha...

hahahahahahahahahaha....


tepat sekali sajak tuan hamba special editon dari Maharaja Zhou...

seorang yang puitis juga rupanya.

syukran.

Kita tunggu dan hamba nak pastekan sajak Maharaja di ruang utama blog hamba ini...

siapa mahu tambah ?

Tai berkata...

Wah! Hebat, hebat.

Maharaja Zhou has left a new comment on the post "
Melayu untuk Melayu":

Sajak untuk PAS

Cinta PAS bukan untuk yang fana kononnya,
Mungkinkah ia untuk Kopi Janda?
Ataupun ia untuk Minyak Maharaja?

Belum apa-apa suara Parti Islam
Ia sudah menjadi kelam
Mulut pembacanya sudah dipalam
Kalau kritik sikit katanya melawan Islam

Haji Hadi kata nama calon dalam poket
Erdogan PAS mula berpeluh melekit-lekit
Rupanya nama tiada, sekadar sedapkan hati yang sakit
Geng Fraksi UMNO yang dipilih namanya Wahid
Tak sangka Tuan Guru pun bohongnya tinggi membukit

UMNO dikatakan jual negara
Tapi PAS baru setahun jagung sudah pecah rekod dunia
Tanah diberi kepada cina
Milik mereka selama-lama
Tak pernah dibuat oleh UMNO kita
Lepas ni depa nak gadai apa?

Hukum hudud mahu dilaksana
Baru disergah Singh,menggigil pula
Didepan tuan guru lim guan eng menolaknya
Dalam markaz PAS kuala Ibai disebut-sebutnya

Mendengar itu tuan guru menggaru-garu
30 tahun pun sanggup tunggu
Mungkin masa itu tuan guru mereput dulu
Yang hendak mengadap,anak buah yang termanggu-manggu

Parti itu namanya PAS
Tapi ramai yang menjadi agas
Kerana ingat jaminan syurga yang Tuan guru sendiri tak lepas
Di dunia hilang,di akhirat melepas

Cheguman berkata...

Demang tidak melihat sesuatu yang negatif di sini; baik sajak Usman Awang yang dititip Panglima mahupun komen-komen para pengunjungnya. Cuma yang terlihat di sini adalah keresahan terhadap nasib ummah yang semakin keliru.

Kekeliruan: itulah yang sedang berlangsung sejak akhir-akhir ini. Tepat sebagaimana amaran Rasulullah betapa ummat Islam akan terpecah-pecah di akhir zaman. Masing-masing mempertahankan bahkan memperdagangkan fahaman sendiri-sendiri. Tidak cukup dengan itu masing-masing mengumpul teman dan menghimpun pengikut bagi membentuk kumpulan sendiri. Masing-masing dengan angkuh mendakwa bahawa kamilah yang benar! Kalian semua SALAH!

Bagi Demang kalian memang hebat. Mujurnya kalian sentiasa ingat Allah. Justeru kalian rasa semakin hebat kerana merasa lebih dekat dengan Allah berbanding orang lain.

Allah sentiasa menyayangi kita. Biarpun kita begitu keliru namun Allah tidak menegur kita dengan balanya. Malah diperlihatkan contoh-contoh jauh di timur tengah untuk kita berfikir. Adakah kita sanggup membuang ego memikirkannya dengan berlapang dada? Atau masih ghairah melontarkan tuduhan dan kesalahan pada ‘musuh’ masing-masing? Tidak habis-habis mengungkit dan mengaib? Adakah saya ini musuh anda? Adakah anda musuh saya? Jawablah dengan tulus dan rasakan beningnya aliran keinsafan.

Yang lebih keliru adalah rakyat. Yang lebih resahpun rakyat. ‘RAKYAT’ menjadi buah catur para pemimpin politik tidak kira hijau atau biru, kuning atau merah. Rakyat tidak tahu apa-apa tetapi dipaksa menjadi pengikut dan penyokong. Akhirnya yang menderita sudah tentulah rakyat!

Yang bernama RAKYAT sebenarnya hanya mengimpikan satu perkara: BAHAGIA di dunia dan akhirat. Rakyat biasa tidak kemaruk dengan kemewahan. Rakyat biasa tidak ghairah dengan kekayaan. Rakyat biasa hanya pengguna sederhana. Jikapun mereka menjadi tentera, mereka hanya inginkan upahnya, bukan menjadi tentera untuk membunuh orang. Hanya pemimpin politik yang ketagihan hak dan nyawa orang.

Namun pemimpin politik tampil membawa pelbagai gagasan. “Anda perlu jadi ini... Anda perlu jadi itu... Anda perlukan ini.. Anda perlukan itu... maka, mari ikut saya”.

Maka berseterulah rakyat tanpa memahami benar-benar kenapa mereka perlu berseteru.

Maka erti syukurpun semakin dipencilkan. Manusia rakyat biasa ditukarkan menjadi manusia luar biasa. Keinginan sudah dianjakkan jauh ke hadapan. Keperluan dan kemewahan bercampur baur tidak dikenali lagi. Semua berlumba untuk mencapai kejayaan tanpa batasan. Setiap masa lokasi pintu gol dianjak lagi ke depan dan manusia digesa untuk memerah keringat terakhir bagi mencapainya. Akhirnya semua terdampar keletihan!

Demang sekadar berkongsi perasaan. Singgah bukan untuk berkenalan tetapi menjengah jika ada sesiapa yang sedia seiring jalan dalam perjuangan.

Di hadapan, jalan semakin berliku. Mungkin kita tidak akan mampu mengubahnya walau sedikitpun. Namun kita perlu melakukan sesuatu yang BETUL.

Bersatulah, tanpa warna dan jenama.


(Artikal yang mungkin lebih wajar disiarkan dalam blog waadat ini Demang titipkan secara ekslusif dalam blog Panglima sebagai tanda persahabatan).

Cari Blog Ini

Translate