Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2009

Komen Blogger PAS ahli BPN : tamparan hebat untuk BNM

Sambil2 ambo 'kelebet' atau semak komen dari pelawat, tiba-tiba muncul satu komen seperti di bawah.

 
 

Untuk penerangan yang boleh menghapuskan kekusutan, BPN ialah Blogger Pembela Negara. Ia terdiri dari pelbagai parti politik.

Ambo sendiri dari Parti PAS (Parti Islam Se-Malaysia), ahli PAS seumur hidup. Antara jentera kanan PAS peti undi dan ada (sipi2) jawatan dalam PAS Tumpat, Kelantan.

Ambo akan menyokong BPN jika BPN mengusulkan sesuatu isu, contoh Baikot Israel & USA, Isu Teresa kok, Isu Agama, mahu penggunaan nama Allah dalam bible, dsb. Disini ambo akan bersama mereka (BPN).

Jika BPN mengusulkan hal2 kepartian dalam BN, ambo akan mendiamkan diri.. dan ambo harap agar Ketua BPN (Panglima Perang Saiber) gunakan BPN sebaik-baiknya, untuk perjuangan Agama, Bangsa & Negara sahaja.

------
"
Rakyat Bota dan mula meluat, PM mereka nk jadi menteri"

Maksudnya disini, sama seperti Anwar yang nk jadi PM. Termimpi2 dan tak jadi. Bila masa pulak dia 'di angkat'?. tak tau la pulak kot2 ada sogokan. (
psss.. join PKR, nanti aku angkat ko jadi menteri di kemudian hari; kata anwar).

Fahamilah betul2 apa yang tersirat. (nk) Nak jadi sama seperti bercita2.

----

Bagi ambo, PAS memang patut berjuang sendirian. Kita boleh berjaya, contohnya di Kuala Terengganu. Memang kita 'tendang' kumpulan2 edargon dari KT, kita tak perlukan mereka, lebih2 lagi Kepala Temberang Anwar Ibrahim.

Bagi penyokong PAS, kenyataan siapa yang anda sokong?

1. Ustaz Mat Sabu (abe Mat - PAS) : 
Mengatakan Anwar sebagai Al-Juburi, ketika berceramah di Kubang Kerian, tahun 1998, (juga) "Jika batang kelapa di pakaikan skirt, batang kelapa itupun akan di Anu-nya".

2. Anwar Ibrahim (dalang PKR) : "
Itu semua konspirasi & fitnah ke atas saya!!".

(Saya menyokong abe Mat sebab dia Panglima PAS, anwar tu hanyalah mahu merosakkan PAS)

-----
Semoga perjuangan BPN berjaya.

wassalam.

Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hati para pemimpinku, agar mereka berubah & keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Amin..

Artikel ini salinan dari http://mimpi916.blogspot.com


Komen saya :

Siapa nak sokong benda korupsi ? 

Siapa nak sokong politik wang dalam parti ?

Siapa nak sokong pemimpin tolak Islam sebagai agama rasmi ? 

Siapa nak sokong kezaliman dan ketidak adilan di negara ini ?

Siapa nak sokong halal guna nama Allah untuk pengundi agama Kristian ? 

Siapa nak sokong BABI diternak ? 

Siapa nak sokong Camry jadi ganti Proton ?


Siapa tak sokong maknanya dia akan bersama BPN... 

Siapa tak sokong maknanya dia masih sedar beza antara negara dan parti.

Negara ialah hak kita semua. Parti ialah milik sebilangan rakyat Malaysia.. 

Hancur negara semua akan hancur dan bangun negara akan bangunlah semua ahli parti apapun namanya di Malaysia.

BPN nak jaga negara ini dari digadai.

BPN tidak kira siapa akan lawan jika ia menggadaikan nasib agama bangsa dan negara kita.

Sudah jelas BPN bukan alat UMNO atau PAS atau PKR atau DAP.

BPN blogger bersemangat juang membela negara memerangi petualang yang mencari sedikit untung berniaga politik sehingga tergadai nasib agama bangsa dan negara di tangan mereka.

Ada logo UMNO di blog BPN ??

Jika tahu tak apa......


9 ulasan:

Tai berkata...

Daripada Pas kerjasama dengan Dap dan PKR, baik kerjasama dengan Umno.

Jeepers Creepers berkata...

Hidup BPN !! Hidup Panglima Perang !!Hidup BPN !! Hidup Panglima Perang !!
Hidup BPN !! Hidup Panglima Perang !!

Unknown berkata...

Salam ziarah balas buat Penglima.

Saya masih tidak faham, kenapa PAS boleh berpeluk dengan DAP tetapi tidak boleh dengan UMNO. Kenapa UMNO boleh bercengkerama dengan MCA tetapi tidak dengan PAS.

Apa lebihnya istimewanya di kaca mata PAS dan apakah kelebihan MCA di kaca mata UMNO?

Walau pun UMNO kata PAS cacat, dan PAS kata UMNO cacat itu adalah dari idologinya tetapi cacatkah Melayunya?

sumandak bayu berkata...

Salam Pang5,

sejarah parti di Malaysia dah tertulis PAS ni pecahan dari parti UMNO gak jadi dari berjuang dengan DAP dan PKR yang memang tak sebulu... tak serumpun.. tak sehaluan baik g ngan UMNO tetap mempunyai matlamat yang hampir sama... tak gitu Tok Guru...

Permusuhan semasa kita umat Islam tak ada faedahnya baik kita bermaaf-maafan sedangkan Allah pun maafkan umatnya.....nikan lagi kita manusia yang kedil.

rezqeen hill berkata...

PAS ni pk dorg bole 'kencing' PR tp dorg lupe yg dorg tu dh secara tak lgsg jd bhn uji kaji PR.

Tanpa Nama berkata...

PERPECAHAN MELAYU MENGUNTUNGKAN BUKAN MELAYU DAN BUKAN MUSLIM.

TAKKAN BENDA NI PUN SUSAH NAK FIKIR?

Cheguman berkata...

Saya amat berharap agar ada seseorang yang boleh menyakinkan rakyat sekarang:
1) Benarkah tidak ada unsur rasuah dalam isu lompat melompat parti ini?
2) Pemimpin UMNO yang melompat itu: adakah dulu dia jahat dan sekarang dah bertaubat? Atau dulu dia jahat dan sekarang lagi jahat?

toksetiu berkata...

semoga PAS sedar ,perjuangannya banyak tersasar.jauh menyimpang..kita akan bongkar satu persatu

from toksetiu.blogspot.com

Razif AR Al-Marbawi berkata...

Saya amat yakin,

ada di kalangan ahli-ahli PAS yang seperti saudara kita ini sangatlah mengharapkan agar pemimpin tertinggi mereka diberi petunjuk oleh ALLAH SWT agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

ahli-ahli PAS Sejati (gelaran yang saya berikan) masih berpegang kepada polisi perjuangan asal dan tidak mahu melihat Islam di Malaysia diperkotak-katik dan dihina.

dan satu pula harapan saya, agar PAS Sejati ini boleh bekerjasama dengan UMNO Sejati untuk sama-sama mempertahankan ISLAM di bumi bertuah ini!

Cari Blog Ini

Translate