
Saya tidak bercadang menyentuh lagi isu polis ini. Kerana saya tidak mahu ia menampakkan saya beria ia membela polis.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Ini kata kickdefella dalam posting terbarunya "Kugan's blood is as red as ours" (tak payah bagi link percuma la orang cenggini):-
Kugan Ananthan is innocent until proven guilty and by the manner of the law in this country, Kugan has died as an innocent man.
O, gitu!
Saya meninggalkan komen sedikit:-
Kugan is innocent until proven guilty unless he was shot during shootout with the police while getting away from the scene of crime orelse he will escape and at large and rape your mother. Just because acriminal is not (yet) sentenced in court doesn’t mean that he is innocent. Recently a statutory rapist was set free due to flaw in prosecution. He is innocent, right? Yeah, until he meets your daughter. Police are doing their jobs and sometimes they make mistakes. But they caught the criminal, that’s a relief to a lot of people especially owners of luxury cars. You always criticise the police for not acting fast enough to catch kidnappers and pickpockets and you want to protect big time car thieves and robbers? Cheh!
Keinginan kickdefella ialah polis hendaklah melayan penjenayah dengan budi bahasa dan sopan santun.
"Apa khabar Encik Kugan. Kami terpaksa menahan encik kerana encik mencuri kereta secara mengugut tuan punya kereta dengan parang/pistol. Sila ikut kami ke balai polis sekarang."
Dan di balai polis, "Encik Kugan silalah beri kenyataan berhemah untuk kegunaan semasa pendakwaan di mahkamah nanti. Kerjasama encik amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih."
Penjenayah tentu akan memberi kerjasama yang baik kepada polis yang berbudi bahasa. Kerana penjenayah adalah dianggap tidak bersalah selagi mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kerana tidak bersalah, tidak perlulah tidur lokap dan digari. Walaupun perogol atau pembunuh, kerana belum dibuktikan bersalah, hendaklah dilepaskan bebas. Itulah impian kickdefella terhadap etika dan tatakerja polis.
Sebelum-sebelum ini kickdefella dan ramai lagi blogger anti-establishment yang dikepalai oleh RPK (benci menyebut namanya pun) mengkritik polis kerana pengecut dan lambat bertindak dalam kes-kes samseng, penculikan dan sebagainya. Kata mereka polis hanya rajin menghalang pembangkang ektremis berdemonstrasi menentang kerajaan.
Serba salah menjadi anggota polis. Ketua-ketua polis pula dianggap bodoh dan rasuah.
Pihak anti-establishment ini, termasuk kepala-kepala pembangkang dan komunis-komunis moden ini, serta penyokong-penyokong mereka yang tolol yang otak berisi kebencian terhadap kerajaan dan jentera-jentera kerajaan yang selama ini melindung mereka dan memberi mereka kebebasan dan pelbagai kemudahan dan kemewahan, tidak pernah akan berpuas hati. Apa saja yang dilakukan oleh polis, SPR, BPR (sekarang SPRM), badan kehakiman dan menteri-menteri semuanya tidak betul jika sekiranya mereka yang terkena. Tetapi apabila mereka yang mendapat manfaat dan keuntungan, semua dipuji. Anwar dihukum - hakim zalim, Anwar dibebaskan - hakim adil. Kalah pilihanraya - SPR tidak telus, menang piliharaya - SPR telus. Wakil Rakyat pembangkang kena tangkap - BPR perangkap, ahli politik pro kerajaan kena tangkap - BPR cekap. ADUN Bota dalam UMNO - jahat, rasuah, penting diri..., ADUN Bota masuk PKR - bijak, kurniaan yang amat besar dari Allah (Nik Aziz kata).
Anak Melayu yang mati dalam kem PLKN ditendang budak India... ibu bapanya reda pemergiannya, walaupun ternyata budak itu bukan penjenayah, dan sememangnya tidak bersalah. Banyak kes anak Melayu yang jahat, ditangkap polis, diintegorasi, kadang-kadang cedera (mungkin mati, wallahua'lam), tapi ibu bapa dan saudara mara tidak membuat kecoh kerana menerima takdir itulah balasan yang harus diterima oleh seorang yang jahat. Memanglah undang-undang ada, mahkamah ada, tetapi kalau seorang bapa menangkap anaknya mencuri, biasanya dibedal anaknya dulu setengah mati. Tak payah masuk lokap, tak payah pergi mahkamah dan tak payah masuk penjara. Kalau boleh insaf, berubahlah jadi baik. Tapi kalau tak insaf, jadi lagi jahat. Kalau orang jahat dibela dan dilindungi, jahatnya akan semakin besar.
Ibu bapa Kugan dan Samy Velu serta 2 timbalan menteri bangsa India itu tidak harus menyesali kematian Kugan, apa cara sekalipun, kalau memang benar dia seorang gengster yang jika dibiarkan hidup dan bebas boleh menyusahkan orang lain. Mungkin Kugan mati semasa tembak-menembak dengan polis atau semasa diserbu di banglo bersama ahli kumpulannya atau di dalam lokap dikerjakan oleh seorang tahanan lain yang sakit mental. Sekiranya Kugan seorang baik seperti Mutusamy dan Logan (kawan-kawan saya) yang tidak minum arak pun, apa lagi hendak mencuri kereta mewah dan merompak, pastinya dia tidak ditahan polis. Penjenayah yang ganas memang telah menempah hidup dan mati dalam keganasan. Dia tidak fikir akan dilayan polis dengan baik. Dia fikir satu hari nanti dia akan kantoi dan dipukul orang, ditembak polis, dipenjara atau dihukum gantung.
Kickdefella dan RPK dan sitolol-sitolol yang lain yang memperjuangkan prinsip innocent until proven guilty tentu tidak suka mendengar kes-kes penjenayah yang dilepaskan kerana tidak cukup bukti. Apakah hati anda berkata penjenayah-penjenayah ini benar-benar tidak bersalah? Walaupun polis telah melakukan kesilapan kerana keterlaluan dalam proses interogasi, jika benarlah dengan bukti penyiasatan yang cukup bahawa simati itu benar-benar penjenayah yang bahaya dan menyusahkan orang awam semasa hidupnya, redakan saja "hukuman" itu berjalan sebelum diadili di mahkamah. Malaysia tidak ada Batman untuk penjahat yang licik yang boleh terlepas tindakan undang-undang.
Sajak untuk PAS
Cinta PAS bukan untuk yang fana kononnya,
Mungkinkah ia untuk Kopi Janda?
Ataupun ia untuk Minyak Maharaja?
Belum apa-apa suara Parti Islam
Ia sudah menjadi kelam
Mulut pembacanya sudah dipalam
Kalau kritik sikit katanya melawan Islam
Haji Hadi kata nama calon dalam poket
Erdogan PAS mula berpeluh melekit-lekit
Rupanya nama tiada, sekadar sedapkan hati yang sakit
Geng Fraksi UMNO yang dipilih namanya Wahid
Tak sangka Tuan Guru pun bohongnya tinggi membukit
UMNO dikatakan jual negara
Tapi PAS baru setahun jagung sudah pecah rekod dunia
Tanah diberi kepada cina
Milik mereka selama-lama
Tak pernah dibuat oleh UMNO kita
Lepas ni depa nak gadai apa?
Hukum hudud mahu dilaksana
Baru disergah Singh,menggigil pula
Didepan tuan guru lim guan eng menolaknya
Dalam markaz PAS kuala Ibai disebut-sebutnya
Mendengar itu tuan guru menggaru-garu
30 tahun pun sanggup tunggu
Mungkin masa itu tuan guru mereput dulu
Yang hendak mengadap,anak buah yang termanggu-manggu
Parti itu namanya PAS
Tapi ramai yang menjadi agas
Kerana ingat jaminan syurga yang Tuan guru sendiri tak lepas
Di dunia hilang,di akhirat melepas
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiga termasuk dua pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.
Ketiga-tiga mereka dituduh memberi suapan wang tunai bagi mendapatkan undi pada pemilihan tersebut.
Di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM400 kepada dua ahli parti itu bagi pemilihan ketua dan timbalan ketua UMNO bahagian Raub pada September tahun lalu.
Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO bahagian itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid yang juga adik iparnya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam, 13 September 2008.
Wang itu dikatakan sebagai dorongan agar Noranizah mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai Ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.
Junaidi turut didakwa merasuah Adnan Samad sebanyak RM200 atas tujuan yang sama di hotel berkenaan.
Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.
Di Ipoh, seorang kontraktor yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Beruas, Azman Noh, 42, juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang ahli UMNO pada pemilihan Bahagian Beruas, Oktober tahun lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi RM300 kepada Davad @ Daud Parman di sebuah rumah beralamat No. 10A, Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar pada pukul 12 malam, 11 Oktober 2008.
Azman dituduh memberikan wang itu sebagai dorongan kepada Daud supaya mengundinya untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Beruas dan Azhar Ahmad bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beruas pada pemilihan yang berlangsung 12 Oktober 2008.
Azman yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 oleh seorang penjamin dan kesnya akan dibicarakan dari 1 hingga 3 Jun depan.
Sementara di Melaka, Ketua UMNO cawangan Panchor, Alor Gajah, Johari Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana dituduh memberi rasuah sebanyak RM200 kepada salah seorang perwakilan parti itu.
Johari, 46, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Alor Gajah didakwa memberi suapan wang tunai RM200 kepada Nadiah Roslan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, kira-kira pukul 12 tengah hari, 1 November lalu.
Tertuduh didakwa melakukan per buatan itu sebagai dorongan kepada Nadiah untuk mengundi calon ketua bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Kadir Daud.
Johari juga mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan mulai 18 Mei ini.
KOMEN SAYA :
Unsur tidak sihat memang wujud walau tindakan tegas dibuat. Namun jika dibiarkan pasti barah ini akan menjalar ke seluruh tubuh badan dan tidak mustahil jika didiamkan, satu tubuh akan menemui 'ajal'
Mendaki hieraki politik melalui lorong 'gelap' dan 'curam' seperti ini bukan kaedah orang Islam yang beriman.
Ia satu tindakan bagi memenuhi kehendak syahwat dan juga mencari nama serta glamour sahaja..
Yang benar benar berkhidmat pasti tidak memerlukan sokongan berasaskan wang kerana ia tidak diajar oleh agama Islam atau mana mana agama sekalipun.
Biar malu tetapi yang penting hayati sabda Nabi :
Jika anakku fatimah binti muhammad mencuri, pasti aku akan potong tangannya....
Keadilan tidak mengira sesiapa dan wajar sekali parti UMNO dibersihkan dari unsur tidak sihat ini dengan segera..
Syabas dan tahniah kepada SPRM dan moga jangan ada lagi yang terlepas tak kira sekecil kecil hingga ke sebesar besar yang menggadai nasib kita dengan perbuatan rasuah wang mereka.