Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 November 2008

YAHOO GROUPS SUDAH SEDIA DIGUNA WAHAI PEJUANG SEMUA !!!

[yahoogroup+bpn.JPG]

SILA TULIS NAMA ID YAHOO ANDA DAN PAPARKAN DI BLOG BAGI URUSAN PEMERIKSAAN KASTAM BAGI MENGELAKKAN BARANG SELUDUP DIBAWA MASUK YAHOOGROUPS KITA...

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK DAFTAR JADI AHLI.

PENGACAU SIDANG BLOGGER PEMBELA NEGARA SUDAH DITEMUI OLEH CHE MOQ

Pagi ni selepas sarapan jam 10.30 kerana sambung tidur selepas Subuh, memandangkan tidur lewat jam 4 selepas berjumpa kawan blogger BPN di kedai mamak di ibukota dan menyambung menulis di blog, saya menerima info dari Che Moq tentang siapa pengacau yang datang sejak Jumaat lepas di sidang kita.

Ketika itu kami sedang berbual dengan sahabat sahabat YeopPerak dan Fazrull di warung kopi maya chatroll kita .

Rupa rupanya pengacau tersebut masih budak lagi dan memang sengaja ingin menguji kewibawaan team BPN sejauh mana dapat mengatasi serangan siber.

Usaha dilakukan bagi mengelakkan pengacau yang menggunakan beberapa nama seperti si Saiful/Malaysian/Telong ini dengan menghitamkan namanya di senarai chatroll kita. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau dan saya sudah mengambil gambar blog untuk rekod kita di sini.



Sila lihat betapa bangganya blogger revolusi rakyat ini yang mungkin tidak kenal solat Jumaat memandangkan provokasi pertama diterima ketika kita solat Jumaat dua hari yang lalu... Perkara ini jelas menerusi waktu dia menghantar mesej serangan pertama dulu iaitu jam 2 petang...

Tidak pelik kerana kebanyakan penyokong PKR adalah mereka yang suka perkataan jilat seperti Carburator Dung yang mungkin tidak kenal sejadah kerana hidup bebas dengan bimbangan Guru mereka Hishamudin Rais.

Atau yang jenis suka kata kata kesat ( signal nak kenal ahli PKR ) di ruang komen di mana mana anda boleh jumpa samada di blog team kita, blogger pembela bangsa agama bangsa yang lain atau di ruang chat lain seperti yang terkenal di Justin TV.

Sila lihat artikel saya sebelum ini tentang pengacau pertama di chatroll kita( klik sini )

Yang jelas penyatuan Blogger telah mendapat reaksi pembangkang walaupun tidak diwar warkan di dalam media seperti team blogger Perak yang disiarkan oleh media massa dan eletronik. Penyatuan ini sangat membimbangkan penentang Ketuanan Melayu a.k.a Islam yang selama ini merasa kuat di alam siber ini memandangkan mereka telah lama meneroka siber sejak tahun Anwar dipecat lagi dari Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.... Dengan laman yang menjadi perhatian ketika itu ialah Mahazalim dan Mahafiraun yang dikendalikan dari luar negara oleh Raja Petra dan Hishamudin Rais...

Kita mengalu alukan pembangkang seperti Cikgu Tomoi yang sudi berbahas dengan elok dan berfakta dengan ahli BPN kita tetapi kita tidak dapat menerima pembangang yang lari dari tajuk dan membuat kacau sehingga menimbulkan perasaan tidak elok sehingga menjadikan mereka lupa diri dan mencerca dengan kata kata kurang sopan. Akhirnya tindakan menyekat masuk adalah langkah terakhir yang terpaksa diambil bagi mengelakkan fokus sidang kita terganggu dan masa kita terbuang begitu sahaja...

Semoga semua ahli BPN akan semakin semangat dengan kejayaan kecil kita ini iaitu menerima serangan penggadai maruah Melayu Islam dari parti PKR...

Fokus kita, lawan setiap yang ingin menghancurkan Islam dan Melayu di tanah air kita tercinta ini !!


Salam Perjuangan.

update : PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEBARAN SEMUA AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

MAKLUMAN PENTING

KEPADA SEMUA AHLI BPN SILA DAFTAR IDENTITI ANDA DI CHATROLL BAGI MENGELAKKAN PENYAMARAN IDENTITI BERLAKU.

ADA ADUAN DARI SUARASELANGOR DAN WARGA BORNEO TENTANG MASALAH DIBAN / DISEKAT DARI MENGIKUTI CHAT.. INI BERIKUTAN LANGKAH SETIUSAHA I BPN IAITU SAUDARA CHE MOQ YANG MENSYARATKAN SETIAP AHLI SIDANG MAYA MENDAFTAR NAMA TERLEBIH DAHULU BAGI MENGELAK KEKELIRUAN PADA MASA AKAN DATANG..





DIHARAP SEBARANG MASALAH SILA RUJUK KEPADA SETIAUSAHA YB CHEMOQ YANG MENGENDALIKAN RUANG CHAT SIDANG MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA.

MAAF DIMOHON KEPADA SAHABAT SAHABAT DI ATAS KESULITAN BERLAKU. SEMOGA KITA DAPAT BERSIDANG SEPERTI BIASA ISNIN NANTI... AHAD HARI CUTI SIDANG PARLIMEN BLOGGER PEMBELA NEGARA MALAYSIA.


JIKA ANDA KELAPANGAN DIPERSILAKAN DATANG BERTEMU DI RUANG CHAT BILA BILA MASA UNTUK BERTUKAR INFO DAN MAKLUMAT BERKENAAN NEGARA KITA SEKARANG INI DENGAN AHLI FORUM YANG HADIR DAN BERDAFTAR SAHAJA..

ADALAH LEBIH BAIK DON'T TALK TO STRANGER YANG MENYAMAR KERANA DIKHUATIRI MEREKA DATANG DENGAN TUJUAN MEMECAHBELAHKAN KUMPULAN KITA IAITU BLOGGER PEMBELA NEGARA YANG SUDAH MULA MENJADI PERHATIAN DUNIA SIBER..

DIMINTA SETIAP AHLI MENULIS EMAIL MASING MASING DI RUANG PALING ATAS DAN SENANG DILIHAT DI BLOG MEREKA.

INI BAGI MENGELAKKAN INDIVIDU MENGAKU DARI BLOG TERTENTU TETAPI SEBENARNYA BERNIAT JAHAT DAN INGIN MEROSAKKAN PERSAUDARAAN AHLI AHLI BPN DI RUANG CHATROLL KITA ATAU KETIKA SIDANG MENGGUNAKAN YAHOO MESSENGER.

PERHATIAN DAN KESABARAN SERTA KERJASAMA DARI SEMUA YANG TERLIBAT DARI AWAL SEHINGGA SEKARANG INI DI DALAM MENJAYAKAN BPN SANGAT DIHARGAI DAN DIDOAKAN DIKURNIAAN ALLAH SERIBU KEBAIKAN DAN CAHAYA IMAN DALAM HIDUP MEREKA.

JUGA DIDOAKAN SEBARANG ANASIR JAHAT DAN NEGATIF YANG INGIN MEROSAKKAN BPN INI BAGI MENGHALANG PERPADUAN BLOGGERS PERIHATIN TERHADAP NASIB AGAMA DAN BANGSANYA AGAR DIHALANG OLEH ALLAH TAALA DENGAN BERKAT :

KAF HA YA AIN SHOD / HA MIM AIN SIN QOF.

MOGA MEREKA AKAN DIGAGALKAN DALAM PERANCANGAN MEREKA DAN TIPUDAYANYA SEHINGGA MEREKA TIDAK LAGI MENDAPAT BAHAGIAN DARI DOA ORANG ORANG SOLEH...

MARI KITA NAIKKAN SEMANGAT KE ARAH MENYATUKAN UMAT BERSAMA SAMA DENGAN SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH INSYA ALLAH..

JASA TUAN PUAN AHLI BPN SEKELIAN MEMERAH KERINGAT DAN OTAK BAGI MEMBERI SUMBANGAN IDEA DAN SEMANGAT KE ARAH MEMPERTAHANAN NEGARA ISLAM MALAYSIA AKAN MENJADI SEJARAH INDAH DAN BERMAKNA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD YANG MENOLAK PERMUSUHAN DAN PERTELINGKAHAN SESAMA SAUDARA SEAGAMA APATAH LAGI SEBANGSA DAN SAMA WARGANEGARA MALAYSIA.

MESKIPUN ADA DI KALANGAN KITA YANG TIDAK DIKENALI ATAU TIDAK MAHU DIKENALI ATAU MAHU MENDAPAT PUJIAN DI ATAS APA YANG MEREKA LAKUKAN SEKARANG INI..

DIINGATKAN JUGA BPN TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN CUBAAN MENJADIKAN IA SEBAGAI ALAT MENCAPAI CITA CITA POLITIK MANA MANA PIHAK DALAM ATAU LUAR MANA MANA PARTI SAMADA UMNO PKR PAS YANG BERTENTANGAN DENGAN MATLAMAT ASAL BPN BAGI MENJADI SUARA YANG KUAT DAN BEBAS UNTUK MENJAGA AGAMA BANGSA DAN NEGARA MERENTASI SEMPADAN PARTI DAN NEGERI.



SEKIAN, WASSALAM.


YANG BENAR,



PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com

JAM 3.47 PAGI
AHAD 30 NOVEMBER 2008


SILA SALIN MAKLUMAN INI DAN SEBARKAN DI BLOG MASING MASING

28 November 2008

Minit Mesyuarat terkini dan Laman yang ada siarkan berita BPN di blog mereka



klik gambar untuk lihat sokongan dari UMNO Pasir Gudang

di bawah Menteri Datuk Seri Khaled Nordin.

Kita semakin ramai dan akan menjadi semakin kuat Insya Allah...

Jumpa malam ni nanti tuan puan...

Jam 9 malam untuk perbahasan.

Salam dari Panglima Perang Cyber




NOTA : MINIT MESYUARAT PALING SAHIH DI BAWAH..
SILA COPY SAHABAT SEMUA UNTUK REKOD.

Malaysian : nama gelaran pengacau pertama datang di chatroll kita


Selepas solat tadi ada seorang manusia bergelar Malaysian datang menyambung tulisannya ketika kita semua sedang solat Jumaat.

Dia tidak sedar barangkali tulisannya itu ada waktu dan tak akan menipu..

Menariknya dia pertikaikan BPN kita dan bertanya mandat dari mana.

Bagi saya Malaysian tidak dikenali ini samada dua :

Kafir

Munafik sebab tak solat hari Jumaat.


Apabila saya nyalakan butang kecemasan, team BPN terus datang ke blog chatroll.. Sekejap sahaja sudah menjadi 36 orang online.

Di situ saya dapat lihat, penyatuan hati hati team BPN ini dan saya syukur kerana apabila sudah ada pengacau, ia bermakna matlamat kita sudah menepati sasaran dan mereka refleks kembali hasil mesyuarat kita yang belum pun seminggu usianya.

Inilah yang Islam dan Malaysia mahukan...

Jangan risau saudara, kita akan bersua juga.. Dan saya pasti perjuangan kita menentang sesiapa sahaja cuba menggugat agama bangsa dan negara pasti diberkati Allah...

Cubaan tersebut dari identiti bergelar MALAYSIAN saya ucapkan terima kasih.. Saya harapkan kita butakan mata sahaja jika mereka datang lagi.

Bayangkan orang bercita cita ingin menaikkan kemarahan kita, tiba tiba tidak dilayan!!! tentu pedih sekali provoasi tak menjadi.

Ok sahabat semua, kita tunggu siapa lagi nak buat provokasi di sini...


Salam Jumaat...

UPDATE : LAPORAN SIDANG BPN BIL 8/2008 PADA 27/11/2008

SIDANG MAYA BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 8/2008


Tarikh : 27 November 2008

Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm

Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara

Kehadiran : 31 online

1. PanglimaCyber
2. Che Moq
3. Ahlang
4. Fazrulls
5. Selendang_delima85
6. Dr Nov
7. Chegu Man
8. Bro Jinggo
9. Zealforce
10. Mizi24
11. Perjuang Bangsa
12.Abg Tuah
13.Warga
14. Apai_nye
15. Summadaksabah
16. Taipingmali
17. Sang Tawal
18. Slumber

13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..



BIL AGENDA

1. Ucapan Speaker

1.1 Ucapan ringkas dari Panglima Perang Cyber Selaku Speaker Dewan

1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri

1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui

2. Perlantikan AJK

2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula.

2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:

i. Penasihat – Dr Novandri ( belum rasmi kerana masih menunggu jawapan )
ii. Speaker – Panglima Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Desprado
vii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie ( Kelab UMNO Mesir )
x. Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mali
v. Selangor- Melayu Sepang
vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii. Negeri Sembilan –
viii. Melaka-
ix. Johor- Jebat
x. Pahang-
xi. Terengganu-
xii. Kelantan-
xiii. Sabah- Sumandak
xiv. Sarawak- Apai Ngelai

TINDAKAN : Semua Ahli

2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.

2.3 Manakala jawatan yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang..


3. Membuat Peraturan Forum

3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.

3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.

3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.



3.4 Cadangan

3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka. Cadangan diterima.


TINDAKAN : Semua Ahli

4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan

4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui sebagai hari Perbahasan.
4.3 Hari Selasa,Khamis dan Sabtu sebagai Hari untuk membincangkan soal Organisasi BPN
4.4 Semua Ahli bersetuju


TINDAKAN :Semua Ahli

5. Logo

5.1 Membincangkan logo Forum BPN.

5.2 Cadangan Ahli:-

i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di
atas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan sedikit saiz logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi malam esok 28.11.2008

TINDAKAN :Semua Ahli

6.Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam


TINDAKAN :Semua Ahli


Disediakan oleh,

Selendang Delima
Setiausaha 2 Bloggers Pembela Negara.


Disemak oleh,

Panglima Cyber
Speaker Blogger Pembela Negara


Dikemaskini semula,

Bro Jinggo ( http://brojinggo.blogspot.com/ )
Exco Wilayah Persekutuan


P/S :- MINIT MESYUARAT INI YANG PALING SAHIH DAN BETUL.

HARAP MAAF ATAS KESILAPAN TIDAK DISENGAJAKAN UNTUK MINIT MESYUARAT INI...

27 November 2008

BERITA BAIK DAN BERITA BURUK


Mana satu anda mahu dengar ?

Berita baik ialah di ruang atas artikel ini ada chatroll...Ruang chat yang akan menyelesaikan masalah terdc dan terkeluar dari forum.

Bagaimana mahu add chatroll ini di blog ?

sila tekan url ini http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara untuk copy script di ruang kotak tulisannya EMBED ..

Selepas tu add gadget html di blog dan paste kod tadi di sana dan save.....

Menariknya ruang chat ini boleh ditukar jadi pop out untuk size chat yang lebih besar.

Cadangannya kita cuba gunakan ruang ini malam ni untuk perbincangan sesama kita. Bila bila masa... tanpa perlu dijemput...

Ini juga akan menggamit sesiapa sahaja datang dan berbahas tentang apa jua isu negara kita sepanjang masa...

Jika Che Moq datang, minta dia listkan perbincangan dan saya akan terima apa sahaja keputusan...

Harap kawan kawan dapat rekodkan juga semua butiran di dalam tulisan untuk rekod peribadi masing masing.

Saya minta maaf kerana ada hal tidak dapat dielakkan malam ini....



Berita buruk pula ialah logo kita mengandungi jata negara tidak dapat diguna sebagai logo rasmi kita. Ini kerana kita perlu mendapatkan keizinan atau akan disaman kerana menggunaannya..

Desperado barangkali akan menggunakan 'hikmat' beliau untu mengubah buat kali ketiga logo kita dan mungin ada idea boleh letakkan di ruang komen bawah sini untuk perhatian Desperado Blogger Pilihan Anda.

Odieneology juga ada hantar logo rekaan beliau. Nanti sama sama kita pilih lagi esok hari pada hari terbaik dari sekelian hari...

Saya ingatkan hari ini logo kita akan diputuskan....... :)

Salam sahabat2 dan jumpa lagi !!!

PILIHANRAYA LOGO BLOGGER PEMBELA NEGARA

Logo 1


Logo 2


Logo 3


Logo 4


Logo 5

Logo 6

Logo 7




Pertama sekali saya mohon maaf kerana tidak menyedari email sudah dihantar sebenarnya oleh Desperado Ketua Biro Multimedia Blogger Pembela Negara sejak pagi semalam lagi. Waktu 8.46 pagi memberi mesej bahawa beliau berusaha keras menyediakan logo seperti yang dikehendaki oleh ahli ahli meskipun tanpa ada ganjaran diberikan atas usahanya yang sangat mulia ini.

Cadangan supaya keris diubah 180 darjah, diletakkan nama Allah Muhammad dan diterangkan lagi 'keseriusan' warna telah diterima oleh Des dan dilaksanakan beliau di dalam logo logo yang akan kita pilih di atas...

Sekarang, kita akan adakan pilihanraya maya untuk undian logo mana yang anda sebagai ahli BPN suka... Jika ada cadangan lain kita akan pertimbangkan( namun setakat ini logo Des saja yang ada )

Sila tulis nama dan blog anda dan nyatakan logo mana yang dipilih berdasarkan nombor yang saya letakkan di setiap logo di ruang komen.

Hanya ahli BPN sahaja diterima undiannya dan yang lain boleh mengundi tanpa dikira sebagai penentu keputusan pemilihan logo rasmi Blogger Pembela Negara ini..

Ada satu logo ditulis BPL.. Tetapi ia diletakkan juga dalam senarai bagi memberi peluang ahli menilainya. Jika dipilih, barangkali Des dapat mengubah sedikit kesilapan tidak disengajaan itu...


Thanks a lot Bro Desperado ( http://pilihan-anda.blogspot.com ) sebagai Ketua Biro Multimedia kita..

Marilah mari Mari Mengundi !!!

UPDATE : LAPORAN SIDANG 7/2008 BPN PADA 26/11/ 2008






Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan
Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia


Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.

Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.



Laporan disediakan oleh,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com



Kehadiran : Klik gambar di atas sekali untuk melihat kehadiran ahli...

26 November 2008

UPDATE : LAPORAN SIDANG 5/2008 BPN 24 NOVEMBER 2008

LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA KALI 5/2008

bertarikh 24 NOVEMBER 2008 HARI SELASA.


Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN )semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama.

Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.


Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber


Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :


1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.


Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.


2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.


3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..


4.
Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.


5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.


Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…


6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..


7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..


8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..


9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/


10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.


Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.


Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...



Sekian.


Laporan disediakan oleh


Panglima Perang Cyber

Http://penembak-tepat.blogspot.com


Siap pada Jam 3.54 pagi Hari Rabu 25 Nov 2008

25 November 2008

Logo Bloggers Pembela Negara hasil grafik Desperado blogger Pilihan Anda



Ribuan terima kasih kepada Saudara Desperado Blogger pilihan anda
( http://pilihan-anda.blogspot.com ) atas kesudian meluangkan masa mereka cipta logo untuk team BPN kita semua.

Pagi pagi lagi beliau telah menghantar logo di atas kepada saya namun saya sibuk sedikit hari ini dan tidak sempat memasukkannya lebih awal dari sepatutnya.

Kesungguhan Desperado sangat saya hargai...


Selain itu, sesiapa mempunyai logo cadangan yang lain boleh send email kepada saya atau send file melalui Yahoo Messenger...

Jika tiada maka inilah logo yang akan menjadi logo kita selepas ia dipilih nanti sebulat suara.



Sementara tu saya tertarik usaha keras Abang Tuah ( Hang Tuah Moden ) yang mengajak rakan menyertai team ini...

Lihat sedikit gambar saya 'tangkap' dari blog beliau http://abangtuah.blogspot.com/.

Kesungguhan Abang Tuah moga diikuti oleh rakan rakan kita..

Sekian.



RESOLUSI BPN 5/2008 24/11/2008


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara
24/11/2008

_______________________________________________________________


tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya.

Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia.

Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.

Syabas kepada semua....

24 November 2008

Team Blogger Pembela Negara yang sudah buat list ahli dan menyiar resolusi

Setakat ini beberapa blogger sudah membuat list bertajuk : BLOGGER PEMBELA NEGARA di blog masing masing. Meskipun ada juga yang belum memasukkan senarai baru terkini yang boleh dilihat di blog ini..barangkali kerana kesibukan komitmen kerja atau ke luar negara.

Kesungguhan mereka SANGAT MENGHARUKAN SAYA memandangkan usaha menyatukan blogger ini tidak akan berjaya jika saya hanya bertepuk sebelah tangan semata mata..

Meskipun begitu beberapa blog yang lain yang sedia ada dalam list, belum sempat berbuat demikian. Harapnya kita dapat memahami kesibukan mereka atau mungkin juga pandangan dari 'body language' mereka terhadap usaha yang saya cuba capai ini.

Kerana pandangan sinis sesetengah pihak mengaitkan saya dengan sesetengah pihak adalah punca mengapa mereka barangkali tidak selesa untuk memberi sokongan barangkali kepada gerakan baru bernama Blogger Pembela Negara ini..

Saya tidak menyalahkan mereka kerana di sana barangkali mereka memerlukan sedikit masa melihat perjalanan kita ke arah mana dan setakat mana kejayaan dan kesan yang akan dan telah kita cuba hasilkan.

Namun tentu tidak sama orang yang berjuang dari saat awal ia diasaskan dengan orang yang hanya berpeluk tubuh melihat

Namun, dengan resolusi sidang maya semalam, ia ibarat langkah pertama ke arah menaikkan 'volume' suara suara blogger yang perihatin terhadap nasib negara dan ahli negaranya sehingga mereka berpakat dalam berbahas dan berbincang tentang isu isu yang dicadangkan oleh ahli sidang sendiri.

Jika disatukan dengan lebih ramai lagi, tidak mustahil suara kita akan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang sukakan keamanan dan kestabilan berterusan di dalam negara demi anak cucu kita yang akan terus hidup di dunia Malaysia ini selepas kematian kita.

Termasuk sidang semalam yang dicadang oleh Blogger Sumandak Bayu, dari negeri Sabah berkenaan isu harga barang terlalu mahal di sana..

Sesiapa yang belum mengikuti sidang harian ini yang bermula jam 9 setiap hari, anda diajak dengan penuh dada terbuka tidak kira dari apa jua parti dan fahaman politik anda sekalipun.

Namun, jika kita tidak bersedia menerima pendapat orang dan bersikap profesional, saya nasihatkan anda tidak perlulah datang dan membuat kacau di dewan parlimen bloggers ini.

kerana syarat masuk mudah dan syarat ditendang keluar dewan juga mudah.

Semudah ABC.....




Senarai blog yang telah siarkan Resolusi tersebut setakat jam 11 am hari ini 24.11.2008
  1. http://perakbangkit.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
  2. http://pilihan-anda.blogspot.com/2008/11/2008-resolusi-sidang-parlimen-blogger.html
  3. http://sejarahmelayu.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
  4. http://sedinginsalju.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
  5. http://sumandakbayu.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-blogger-23-november.html
  6. http://meetuncleshah.blogspot.com/2008/11/resolusi-sidang-parlimen-blogger-23.html
  7. http://waadat.blogspot.com/2008/11/resolusi-bloggers-pembela-negara.html




SENARAI BLOGGER YANG SUDAH BINA LIST TEAM BLOGGER PEMBELA NEGARA

1. http://perakbangkit.blogspot.com/

2. http://sumandakbayu.blogspot.com/

3. http://perigijernih.blogspot.com/

4. http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/

5. http://waadat.blogspot.com

6. http://pkrpasdap.blogspot.com/

7. http://medan-info-kita.blogspot.com/


p/s : Jika ada tercicir sila isi kotak komen yer...tq


23 November 2008

UPDATE : RESOLUSI SIDANG BPN 4/2008 PADA 23/11/2008

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya KALI KE III pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.

2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.

3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh :

CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )


p/s : cadangan lain sila isi kotak komen di bawah !!!

Penulis Blog perlu ada kod etika ( Menteri Dalam Negeri )



Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

''Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

''Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari," katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

''Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara," katanya.

Blogger Penyapu Lidi yang baru faham Erti Blogger Pembela Negara




Mulanya saya dapati ada komen tidak menarik dan lebih kepada salah anggap di blog penyapu lidi ( gambar atas ).

Namun selepas itu saya dapati dia memahami menerusi penerangan di ruang komen yang saya letak. Dan juga di blog saya sendiri.


Selepas itu beliau datang menghubungi saya melalui YM dan nampaknya beliau antara neutral people walaupun mengaku 80% mengkritik kerajaan.



Apa yang menariknya beliau sanggup menarik balik kata katanya tentang usaha BPN dan menyiarkannya kembali di blog beliau di atas.

Saya doakan dia akan sertai team kami ini sampai bila2...

22 November 2008

Bukti Sokongan Padu Blogger Negara Kita kepada Parlimen Blogger Pembela Negara




Di atas, di tengah dan di bawah adalah antara sokongan bertulis dalan simpanan YM saya yang saya paparkan dalam bentuk imej ( klik untuk lebih jelas ) bagi dilihat oleh kawan kawan dan pembaca sekelian.

Sokongan perlu kerana ia menaikkan lagi usaha kita, dan menyemarakkan lagi semangat yang sudah sedia ada...



Meskipun ada kata2 sinis yang ingin melemahkan usaha saya ini, seperti tuduhan pro kepada team tertentu dalam UMNO, saya dengan ini ingin menafikan SEKERAS KERASNYA.

Seperti kata Cheguman Waadat, 

                               kita perlu jadi satu suara yg tersendiri.
                               berbeza dlm bebrapa hal ttapi (tetapi ) 
                               bersatu dlm perkara pokoh ( pokok )

Sila hadir sendiri lihat apa fokus perbincangan bloggers dan nilaikan sendiri sama ada blogger pro mana mana pihak ada membuat promosi team mereka.




Saya sendiri sering mengingatkan jangan sentuh sedikitpun sebarang perkataan seperti  'berani berubah' atau 'setiakawan' kerana fokus perlu ditetapkan ke arah Pakatan Rakyat.

Jika tidak, kita akan kalah / mati dalam 'rumah' sendiri sedangkan musuh sedang bertepuk tangan di luar melihat telatah 'bodoh sombong' kita....

Dengan melaga lagakan antara team dalam UMNO tentu Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan tambahan dari rakyat dan itulah barangkali maksud anonymous yang beri komen andaian liar di blog saya.



Che Moq ( S/U Sidang ) juga ada memberitahu saya tentang usaha seperti ini oleh Pakatan Rakyat ( lihat sini )  bermula hari ini 22 Nov dan saya bersyukur kerana usaha kami lebih awal dijalankan iaitu pada 20 November ( iklan dan promosi start 18 Nov )

Sokongan di bawah  antara puluhan sokongan yang saya terima, tetapi diharap blogger yang tidak disiarkan sokongan mereka,  tidak bermakna mereka tidak menyokong.



Senarai list dalam team Blogger Pembela Negara adalah senarai mereka yang menyertai sidang sesi 1 dan 2 sebelum ini...

Terima Kasih atas sokongan anda dan kita kena BERJEMAAH untuk menyatukan ummah...



Perkembangan terkini Sidang Maya Blogger Pembela Negara kali ke II



Semalam hari kedua Sidang Maya Parlimen Blogger yang sudah disepakati nama Team ini dengan Blogger Pembela Negara ( cadangan Cheguman Waadat )

Sidang pertama dibuat pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan sidang kedua semalam jam 9 hingga 12 malam... memandangkan saya ada urusan, maka sidang diteruskan oleh S/U Parlimen blogger Utusan Che Moq...

Satu keseronokan luar biasa apabila kita dapat bersua dengan para blogger yang komited mempertahankan negara dan juga bersedia menemui rakan rakan yang lain ( walaupun hampir kejang tangan ) melayan semua rakan rakan blogger yang mencecah 4 jam keseluruhan satu sesi sidang.

Seronok juga apabila bloggers seperti Minda Intelek, PerakBangkit, PasPkrDap, SejarahMelayu, GAP, Waadat ( sekadar beberapa nama ) hadir dan sudi bertukar fikiran serta info dengan rakan rakan yang lain. Satu suasana harmoni dan sangat mesra.


Bahkan ramai dari luar turut datang memerhatikan sidang maya ini yang melibatkan blogger dari negeri seperti Selangor, Melaka, Perak ( sbg contoh )...

Ikatan ini sangat penting sebenarnya kerana ia membantu ke arah menggalakkan lagi perang siber melawan fikrah melampau dan tidak bersyukur sesetengah blogger yang telah menabur saham dalam membentuk persepsi masyarakat awam bawahan. Atau yang melempar batu sembunyi tangan sehingga fitnah berleluasa dalam pemikiran minda orang melayu Islam...atau rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sedangkan kita juga tidak boleh berdiam diri terhadap keputusan yang dirasa tidak sesuai dibuat kerajaan.

namun, menyumpah seranah dan menghambur kejian dan kata nista tidak akan menyelesaikan masalah. 

Lebih baik perbahasan antara bloggers dilakukan dan resolusi dibuat bagi menghantar signal kepada kerajaan tentang pendirian bloggers terhadap apa jua isu.

Seperti isu Majlis Peguam yang menghina Islam, Tulisan Jawi dipinggirkan dan dihalang dari dipakai, Isu mualaf keluar Islam, politik wang, dan lain lain lagi.

jadi, persatuan blogger yang bernamakan Blogger Pembela Negara ini; diharapkan akan berterusan dan kekal.

Insya blogger PASPKRDAP iaitu abe mie terjah ( bekas wartawan ) akan mengusahakan akhbar mingguan ( 2 x seminggu ) Blogger yang pasti memuatkan pandangan positif dan negatif blogger dan diharap ia suara kita dalam menyumbang kepada pembangunan negara agar tetap di atas landasan !!!

Jom kepada saudar/i yang belum menyertainya, kita jumpa lagi malam ini jam 9 malam....


Di bawah salinan komen terkini saya untuk Blogger2 seperti Kadir Jasin, MSO, BigDotCom, Roslan SMS, Penarik Beca dll

Selamat bersidang YB YB sekelian ....


Salam Perpaduan Ummah ! ada kawan2 suruh saya ajak tuan blog untuk dtg join perbahasan bloggers pro BN vs pro PR.. inisiatif ini saya usahakan untuk mengumpul bloggers yg berani dan sedar realiti politik sekarang. Add email saya, untuk kt beramah mesra dan bertukar fikiran dengan team kami ttg politik negara kita. Kita mengkritik tidak bermakna kita bergaduh, bersetuju tidak bermakna semuanya kita angguk memberi restu. Kita mahu bloggers menjadi pihak mempertahankan yang benar dan menolak yang salah. Dengan hikmah dan mauizah hasanah.. Berani berkata benar dan nasihat dengan hikmah seperti tauladan keluarga Rasulullah, itulah yg kita mahu dalam mengumpul bloggers utk sesi sidang alam maya ini.. Lagi banyak bloggers pro dan kontra bertemu sesama sendiri lagi bagus, untuk menajamkan lagi skill perbahasan dan pengetahun serta kefahaman kita terhadap sesuatu isu. harap tuan blog sudi datang dan sy tahu tuan memang orang yang berani @ 'ada telur' untuk bertukar fikiran dgn sesiapa sahaja.. setakat ini blogger dari AnwarDotCom, Minda Intelek, Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan Anda, PerigiJernih, saudagarsenja, Sarfams, paspkrdap,utusanchemoq,abagtuah, pokotua, malim muda sudah menyertai sidang maya bloggers ini.. Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll... Sila add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com demi untuk agama,bangsa & negara kita !! Waktu Rasmi : 9 pm Waktu lain : bila2 masa bloggers online dan free untuk sidang. sekian. http://penembak-tepat.blogspot.com

21 November 2008

Laporan Konferensi Pertama Team Blogger Malaysia




Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen.

Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah.

Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.

Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-

  1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
  2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
  3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
  4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
  5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
  6. Cheguman = waadat.blogspot.com
  7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
  8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
  9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)

Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
  1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
  2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya.

Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.

Siapa yang layak untuk menyertai?
  1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
  2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
  3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
  4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)

Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
  1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
  2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
  3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
  4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
  5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
  6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-

Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com

Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam

Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai

Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )


18 November 2008

Seruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia !


Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.

Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.

Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.

Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.

Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti.

Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Objektif utama :

1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara 
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini..


Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.

Email : panglimaperangcyber@yahoo.com

Tekan gambar di bawah untuk download Yahoo Messenger..





Tentu kita akan semakin kuat apabila sudah sehati sepakat muafakat sesama kita.Insya Allah !


13 November 2008

Nizar MB Perak buat hal lagi dengan Utusan Malaysia !

Tentu Utusan Melayu (nama asal Utusan Malaysia ) akan dikritik lagi ekoran penyiaran berita tentang tindakan MB Perak yang saya tengok sangat lemah menjaga emosinya.

Beliau tidak bolehlah disalahkan sepenuhnya kerana saya tahu kekurangan pengalaman menjadi ketua Kerajaan Negeri mengekang prestasi cemerlang beliau selama lebih kurang 8 bulan menjawat jawatan Menteri Besar.

Namun itu bukan alasan kerana Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan perlantikannya...

Jika beginilah rupa calon terbaik PR untuk jawatan MB Perak, rasanya kita patut soal kembali adakah cukup atau tidak pemimpin berkelayakan mengisi ruang kosong Parti Pakatan Rakyat ?

Jika tidak kita sebenarnya menunggu kehancuran jika amanah dan urusan diserahkan kepada bukan ahlinya..

Kesian juga kepada Pakatan Rakyat kerana ramai penyokong mereka telah termakan dakyah bahawa Utusan itu talibarut Umno. Sedangkan Utusan pernah dibaca oleh kita dalam sejarah menegakkan prinsip hingga ramai penulis telah ditangkap oleh kerajaan BN sendiri...

walaupun semakin marah dengan kelantangan Utusan Melayu yang sangat kritikal dengan nama Pakatan Rakyat. MB Nizar tidak patut memberi contoh tidak baik kepada lain terutama ahli bawahan PAS.

Namun selepas sekian lama MB Nizar semakin gagal emosinya. Jika berterusan saya khuatir akan ada orang perlu dihantar ke Tanjung Rambutan.

Memang patut kerana Pakatan Rakyat bercita cita besar ingin menggantikan Barisan Nasional dan tentunya segala aspek dalam dan luaran mereka perlu dianalisa serta didedahkan kepada rakyat.

Penulisan berfakta Utusan tentu tidak sama dengan Malaysia Today yang sekadar menggunakan akauan sumpah bernilai RM4 untuk menyokong dakwaan palsu mereka.


Lihat komen pro PR di TKO ( Tranung Kite Online ) tentang membincangkan isu ini... Memang hangat sehingga telah melebihi 10 'page' di sana....




Namun ada juga komen forummer di TKO yang mendakwa Utusan patut diterajang serta dihalau..



Lihat gambar ini di atas atau pergi sendiri ke sana dengan klik di sini.


Saya katakan palsu kerana sehingga kini tidak ada lagi bukti kukuh hingga kini tuduhan palsu mereka yang ingin menjatuhkan sesiapa sahaja pemimpin dari Barisan Nasional selaku saingan tunggal pakatan yang telah terbukti menjaga negara kita dari sejak awal merdeka.

Mujurlah satu persatu sokongan diberikan kepada Utusan Melayu termasuk juga kenyataan hari ini di dalam berita Utusan tentang sokongan padu Majlis Veteran Umno Kelantan ( lihat sini )

Lagi sokongan yang telah diterima ialah dari Umno Sabah, Puteri Umno Kedah, Pemuda UMNO Malaysia sendiri.


Bagi yang tidak sempat membaca berita tersebut, macam ni sebenarnya :


IPOH 12 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.



Surat itu disampaikan oleh wakil firma guaman Shafee & Co. menuntut Menteri Besar menarik balik tuduhannya bahawa Mohd. Tajol Rosli terlibat dalam konspirasi politik membabitkan penangkapan dua Exco kerajaan negeri ini oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..".

Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib.

''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu," katanya.

Mohd. Najib bagaimanapun enggan menyerahkan kad tersebut tetapi bersedia memadamkan gambar yang diambilnya itu di depan Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu meminta kamera untuk memastikan gambar- gambar tersebut telah dipadamkan.

Selepas membuat pemeriksaan, beliau menyerahkan kamera itu kepada Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Tidak lama selepas itu, barulah kamera berkenaan diserahkan semula kepada Mohd. Najib.

Mohammad Nizar kemudian bertanya lagi kepada jurugambar itu ''Siapa beri keizinan ambil gambar ini? Awak dari mana?"

Wakil syarikat guaman Shafee & Co. itu kemudiannya diminta menyerahkan surat tuntutan tersebut di pejabat Menteri Besar.

11 November 2008

Apa dah jadi dengan kerajaan Perak, hingga polis desak tutup pusat maksiat ?

Patut la Nizar kata susah nak tutup pusat maksiat di Perak. Mungkin ini kerana kaitannya dengan tekanan kawan kawan dari DAP atau PKR yang heboh buat fatawai baru seks boleh jadi sedekah ?

Sebenarnya dah ada TempurPerak tanya dlm tulisan dia pada 23 April lepas ( kira kira dua bulan lepas menang di Perak ) namun berita terkini dari Malaysiakini hari ini perihal gesaan polis kerajaan Perak agar tutup pusat maksiat ( kira2 8 bulan selepas PRU )dah jelask kita nampak apa yang dah dibuat kerajaan Perak berkenaan isu tersebut.

Takkan geng Pakatan Rakyat termasuk lebai2 yg pakai ketayap tak nampak ?

Jika benar benar banteras rasanya dah hilang habis semua tempat tak elok tu. At least tutup jer yang haram dan tak berlesen.

Tempur Perak tulis macam ni :



PERTANYAAN BUAT MENTERI BESAR PERAK : AHLI PAS

1. DAHULU ORANG PAS KATA UMNO YANG MENYEBABKAN BANYAK PUSAT DISCO DAN PENJUALAN ARAK BERLELUASA DI KG KOH, SITIAWAN, SRI MANJUNG DAN SITIWAN.SEKARANG DAH HAMPIR 2 BULAN MEMERINTAH MENGAPA TIDAK TARIK LAGI LESEN PUSAT DISCO?

2. BAGAIMANA PULA DENGAN KEDAI SAMSU HARAM DI KAWASAN DUN PASIR PANJANG?

3. PUSAT KARAOKE YANG BERTABURAN DI BANDAR BARU MANJUNG RAYA DAN SITIAWAN?

4. PENTERNAKAN BABI DI KG KOH DAN KG SITIAWAN.

5. REMAJA BERPELESERAN DAN MELAKUKAN MAKSIAT DI SEPANJANG PANTAI LUMUT DAN SEKITAR HOTEL MURAHAN DI SITIAWAN.

WAHAI MB PERAK DAN SETIAUSAHA POLITIK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN (CIKGU MISBAHUL MUNIR), ORANG LAIN BOLEH KAMU BOHONG, TAPI ALLAH JANGAN KAMU NAK BOHONG.SEKARANG BUAT LAH.PENDUDUK ISLAM SITIAWAN DAN DI BAWAH DUN PASIR PANJANG MENUNGGU KUASA YANG ADA PADA KAMU WAHAI DATO SERI NIZAR.

blog dia korang klik lah sini


Lagi satu ada kawan aku nama PerakBangkit turut tanya apa kerajaan pakatan rakyat bikin. Pusat maksiat banyak tajaan kafirin tapi peliknya ramai budak dangadis melayu yang dok lepak.

Klik nama PerakBangkit di atas tengok gambar gambar dan komen pedas berapi beliau. Aku nak copy pun tak tergamak gambar botol arak tu...Hang pa tengok la sendiri kat sana.

Komen MB Perak pulak lagi lucu sebab dah macam komen orang UMNO yang mereka kutuk kaw kaw dulu. Rasanya sampai sekarang pun dok kutu jugak.

Baca dan sedialah untuk menekan perut gelak ramai ramai ... Dapat terguling guling lagi bagus. Ni baru betul kata orang tua : ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri hahahaha

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Memang betul dulu dok ceramah rata riti sana sini memang sedap cakap. Tapi bila dah jadi MB baru tahu.

Kalau jadi PM macam mana pulak ? lagi haru biru nak tadbir negara. kecuali diorang guna taktik kotor ugut dan penjara suka hati senanglah kerja. Tapi last sekali rakyat juga akan benci.

Tengok la DAP dah start nak bankrapkan Utusan Malaysia. Saman puluh2 juta. Tu perangai sebelum dapat kuasa. Lepas ni jika kita pilih dan sokong lagi apa nak kata ?

Kenyataan Nizar itu jika korang tak percaya sila klik berita asal yang disiarkan di sini

Aku tengok blogger Alhussyen51 orang kuat PAS Perak pun tak ada komen pasal ni.... malu kot hahahaha

Dia pandai tutup berita tu dan siar berita muluk2 manis2 sedap2 jer...Macam artikel terbaru dia tentang langkah berjimat cermat kerajaan Perak berjaya.

Biasalah ...mana orang PAS berani kritik orang sendiri.. Tapi aku tabik la dengan Roslan SMS yang sentuh isu ni...dia pun sentuh takat bab GRO tu jer. Sentuh jer tak berani kata apa apa.

Nak kritik memang jauh panggang la dari api.

Tu lah orang PAS dan aku rasa susah nak kata apa jika orang kuat mereka pun diam juga pasal orang mereka sendiri dalam bab2 maksiat ni...

Tak dosa ker diam diri tu ? Korang tanyalah pak lebai mereka.....

Mujur bukan Tajol Rosli jadi MB, jika tak sudah lama kena hentam sampai ke dinding. Sebab apa ?

Kerana dia dari parti lawan mereka, itu saja !!!

Cari Blog Ini

Translate