Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2008

PSM ingin mufarakah dengan Pakatan Rakyat ?

Baca berita ini dan fikir sendiri... Jika tidak mampu berfikir, hantuklah kepala di dinding sampai pecah..Macam Namrud yang dimasuki nyamuk hingga kalah dan mati dengan kepala pecah dan berdarah...

Haja tuju Pakatan Rakyat tidak jelas" PSM Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Jumaat, 30 Mei 2008

PARTI Sosialis Malaysia (PSM) mengkritik Pakatan Rakyat di kongresnya hari ini, dengan mendakwa pentadbirannya tidak jauh berbeza daripada Barisan Nasional yang menggunakan sistem kuota parti pemerintah dan kaum.

"(Pakatan Rakyat) nama baru disabitkan dengan harapan bahawa apa yang dilakukan berbeza dengan yang lalu.

"Malangnya pentadbiran dan pengagihan kerja berkisar pada kuota parti yang berjaya dan mengikut kuota kaum," kata pengerusi penaja PSM, Dr Mohd Nasir Hashim dalam ucapan dasarnya.

"Tindakan seperti ini tidak berbeza dengan pemerintahan lalu. Maka demi menjaga kuota, kualiti akan dirobohkan."

Beliau, yang juga wakil rakyat Kota Damansara di Selangor yang menang atas tiket PKR, menyifatkan Pakatan mempunyai "hala tuju yang tidak jelas yang berpaut pada sistem yang berunsurkan penindasan dan berlandaskan pada mengejar keuntungan yang maksimum."

"Sistem ini pada dasarnya mendorong pada penggunaan kaum dan agama bagi mengatur dasar pembangunan negara.

"Sifat berjinak pada sistem kapitalis akan memunculkan era pemerintahan yang pada mulanya berbentuk liberal, diikuti dengan era cogan kata dan diakhiri dengan pemerintahan kuku besi," tambahnya di kongres tahunan ke-10 parti di Port Dickson.

Bagaimanapun tidak jelas sasaran kritikannya itu - sama ada merujuk pentadbiran baru dan pengagihan kuasa di Selangor atau empat lagi negeri lain.

Pakatan Rakyat - gabungan PAS, PKR dan DAP yang terbentuk selepas kejayaan besar pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac - menguasai lima negeri, termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Selain Dr Nasir, ahli jawatankuasa PSM Dr Jayakumar Devaraj menang di parlimen Sungai Siput, Perak - juga atas tiket PKR.

Daripada 20 usul yang bakal dibahaskan, satu daripadanya menyentuh masa depan kerjasama PSM dengan Pakatan dan ia dijadual dibentang petang esok.

Usulnya berbunyi, antara lain, sama ada PSM bersedia bertanding atas tiket sendiri atau seperti keadaan sekarang dalam pilihanraya akan datang dan sama ada parti kecil itu - yang belum diluluskan pendaftarannya - sanggup berdepan dengan persaingan tiga penjuru.

Selain itu, empat kertas kerja turut dibentangkan menyentuh, antaranya, krisis makanan dan kerjasama selanjutnya PSM dengan Pakatan Rakyat.

Kertas kerja yang bentangkan setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan penulis Lee Ban Chen mengupas persoalan "sama ada parti itu bersedia membentuk kekuatan ketiga (antara Pakatan dan BN) atau menyokong sistem dua parti."

Jika keputusan kongres memutuskan PSM menyokong sistem dua parti, ia harus mengadakan hubungan positif dengan Pakatan.

Kongres tiga hari yang berakhir Ahad ini disertai 150 pemimpin dan aktivis PSM.

Malaysiakini difahamkan, tiada wakil parti-parti dalam Pakatan hadir di kongres ini walaupun mereka diundang.



---- Macam mana nak perintah negara jika pakatan rakyat tidak sampai setahun dah jadi begini ? saya tidak mahu sokong, anda bagaimana ?

30 Mei 2008

Ezam sudah mula ditembak' bertubi-tubi oleh pendengki !

Apa kerja lah Harakah Daily ini...Selain menggosipkan orang dan membuat cerita agar tidak ada lagi 'kesucian' pada Ezam yang sebelum ini diangkat setinggi langit oleh mereka semua. Apakah 'keburukan' sudah mula dikesan sejak detik pertama menjadi Ahli UMNO kembali atau sudah lama tapi didiamkan.???

Memang seseorang itu akan menempelak kawannya apabila sudah tidak lagi bersama mereka satu dalam satu parti dan tujuan. Maka, rakan baik sekalipun akan 'ditelanjangkan' jika memang diperlukan. Tidak kira sebaik mana sekalipun, pasti ada 'gosip gosip liar akan timbul sejurus 'anda' menukar 'kapal' dalam arena politik ini....

Ezam tidak terkecuali....Dan nampaknya Harakah Daily ini memang 'berhati busuk'...Jika benar Ezam tidak membawa erti, kenapa diungkitkan kembali dan digambarkan beliau sebagai seorang yang 'hina' dan 'murah harga diri'....Sedangkan Islam mengajar kita memberi sangkaan baik kepada sesiapa samada kawan atau lawan...

'Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis' tajuk artikel dalam Harakah Daily yang diterbit semalam..

Baca sendiri bagaimana Ezam sudah menjadi begitu buruk disisi medeka. Dan Ezam akan terus diburukkan sehinggalah Ezam 'bertaubat' dan keluar kembali dari UMNO.

Kerana sekarang ini yang elok dan bagus hanyalah Pakatan Rakyat yang telah berjaya meng'babi'kan Sepang dengan projek RM 100 juta dan menipu rakyat dalam pilihanraya kerana berjanji tidak ditepati. Akhirnya pakat ramai ramai haram Islam Hadhari.. dan Lim Kit Siang dan Karpal Singh tersenyum lebar di bawah ketiak Anwar Ibrahim kerana agenda halus mereka ' menjadi' ....

Seperti tauke kedai motor yang taja mat rempit hingga ramai patah kaki dan mati tiap hari, mereka hanya tersenyum apabila ramai ditaja dan ghairah untuk berlumba...Ini satu cara ' membunuh diri sendiri' dan menjadikan umat melayu semakin kurang hari demi hari... Akhirnya bangsa kita juga yang 'terkena' dengan mereka....

Diadu domba bergaduh sesama sendiri hingga mereka senyap senyap sudah berjaya memperkenalkan ternakan ' babi' yang paling jijik di kalangan orang Melayu.

Jika kisah orang murtad boleh kembali kepada Islam kerana jijik dengan babi ketika di dalam agama lain, apakah PAS dan PKR tidak ada rasa apa apa dengan babi tetapi 'alergik' dengan Islam hadhari ?

Baca petikan ini "Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinonim dengan perjuangan beliau selama ini? "

Adakah penulis ini buta ? pekak ? bisu ? tuli ? dan apa lagi kalimat yang boleh digambarkan tentang manusia yang kerjanya menulis dan memburukkan orang ini ?

Jika betul betul tiada perubahan kita terimalah. Tetapi perubahan besar sudah berlaku. Institusi BPR, Kehakiman telah melalui reformasi yang besar dan ia menarik perhatian penentang....Krisis 1988 yang hasil kerja Tun Mahathir juga sudah selesai dengan pemberian Ex- Gratia kepada semua yang terkena dan dipecat pada tahun tersebut...

RAMAI sudah sedar dan rela ditohmah kerana kembali kepada parti asal mereka dahulu meskipun tidak ditawar apa apa dalam parti atau kerajaan.

Janganlah kerana sedikit imbuhan dunia anda bertindak menentang apa yang baik dibuat oleh kerajaan. Ia tidak bermoral dan lagi teruk dari 'pelacur' kerana menjadikan maruah manusia mainan pena hingga seluruh dunia membaca tulisan anda !!!

Sedangkan 'pelacur' hanya melibatkan dirinya sahaja dan orang yang melanggan dan memberi imbuhan kepadanya. Tidak sedikitpun menjatuhkan maruah manusia lain dan membiarkannya dibaca tersebar ke seluruh dunia .........

INNA HAZIHI TAZKIRAH / sesungguhnya ini adalah peringatan - Al Quran

WAZAKKIR FAINNAZZIKRA TANFA'UL MUKMININ / berilah peringatan kerana ia bermanfaat kepada orang beriman.. - Al Quran

29 Mei 2008

Ezam membawa ceria selepas duka nestapa !!!

Doa ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan seperjuangan mengiringi
langkah Ezam ke dalam Umno



Ezam seorang sangat konsisten di dalam perjuangan. Sejarah manusia bernama Ezam Mohd Noor ini sangat hebat, kerana dia seorang yang juga hebat. Dari atas turun ke bawah, ke dalam penjara hingga naik kembali ke persada lensa kamera Malaysia...

Ya, semalam satu lagi sejarah sudah tercipta...Seorang yang tegas dan berwibawa telah kembali ke pangkuan UMNO..Membawa seribu harapan bagi orang yang mengharap. Dan membawa seribu beban bagi mereka yang gilakan jawatan atau ingin menjadi ketua yang tiada sebarang 'duri' di jalanan...



Dia lebih cerdik dari mereka mereka yang hanya tahu mengikut ketua yang sudah 'batal' solatnya....Dia tahu membezakan antara individu dan juga parti kerana niat tulusnya itu telah membawa dirinya terpisah dari ikatan taksub dan buta hati hingga tindakan tindakan yang melanggar batas, sanggup dikritiknya dan dilawan sepenuh hati... Itulah yang tiada hari ini.

Ezam berani mufarakah kerana dia ada 'ilmu' dan 'keberanian'....

Yang ada hanya si anak yang mengikut bapa yang sudah bersara dari politik, tetapi masih meracau racau ingin merebut simpati dan perhatian...Apa punca demikian, mungkin doktor dapat memberi petua terbaik situasi tersebut...

TIndakan Ezam ini satu lagi detik baru di dalam 'edisi reformasi' DS Abdullah Hj Ahmad Badawi..Satu anjakan ke depan selepas dikejutkan dengan penyingkiran 'secara tabi'e' bekas Presiden dari UMNO ...


Allah rupanya ingin menggantikan 'dahan reput' dengan ' dahan muda lagi kukuh' agar UMNO akan terus gemilang dan terbilang.

Hishamuddin, Mukhriz, Dr Khir tentu sudah dapat meramalkan nasib mereka dengan kemasukan Ezam ini.

Pak Lah sudah tersenyum lebar selepas mendapat ujian demi ujian dalam menjaga amanah sebagai Perdana Menteri bagi 28 juta rakyat negara ini...

Muka yang duka, ceria kembali !

Moga Allah akan menjaga dan memberi kekuatan kepada Pak Lah agar tabah dan kuat menempuhi segala dugaan dan cabaran dari dalam dan luar....

26 Mei 2008

Pulau Batu Puteh, antara percaya dan tidak


Memang tidak percaya apabila melihat bagaimana dekatnya Pulau Batu Putih dengan negara kita.Nampak sangat bahawa kita lebih berhak ke atas Pulau Batu Puteh yang dipanggil juga Peda Branca..

Namun, selepas berdoa dan solat hajat ( di Johor )sahaja kerana tidak sempat disebarkan aktivit tadi di dalam masjid dan surau surau ke seluruh negara, sepatutnya kita dapat Pulau Batu Putih tersebut.

Namun kita difahamkan isu surat dari Johor kepada Singapura menjadi sebab penolakan di samping tiada usaha dari pihak kita menjaga pulau tersebut selama ini berbanding negara jiran...

Adakah kerana doa kita tidak elok ? atau hati kita sudah teruk hingga tidak diterima masuk ?

Tentu Allah Maha Mengetahui di sebalik cerita dan kisah yang akan berlaku selepas ini di sana. Kita tentu tidak akan mengetahuinya sekarang ini lantaran kedangkalan ilmu kita berbanding ilmu Nya.

Rakan saya , wreckunit sempat menyelitkan gambar salinan surat yang dikatakan dari Pejabat Setiausaha Negeri Johor ...lihat surat tersebut sendiri...klik gambar untuk zoom in...


Di saat kita ditewaskan oleh keputusan Mahkamah Keadilan Dunia ( ICJ ) tentu kita pun rasa kecewa dan reda dengan keputusan tersebut.

Meskipun dua batu diberi kepada negara, kita tetap merasa kehilangan sesuatu. Lebih lebih rakyat Johor yang menjadi tuan tanah pulau tersebut...

Namun, halangan 22 tahun mendekati perairan tersebut telah terhapus akhirnya. Walaupun kita kehilangan satu pulau kerana sekeping surat yang
menenggelamkan harapan kita memenangi kes tersebut.

Namun pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, turut mahukan kita mengelakkan dari menghampiri Middle Rock yang telah 22 tahun dihalang dari menghampirinya...

Ini kerana kerajaan masih lagi di dalam proses berbincang dengan pihak Singapura berkaitan keputusan tersebut dan implikasinya dari segi undang undang maritim kepada rakyat negara kita...


Jika anda ingin melihat lebih dekat Pulau Batu Puteh tersebut, ini ada foto lengkap yang saya jumpa di blog Muststopthis



Di situ anda akan dapat melihat dua batu yang telah diperolehi negara kita bernama Middle Rock dan juga Pulau Batu Putih yang sepatutnya juga adalah hak warisan kita. Yang dikesalkan ialah sikap sesetengah pihak yang menjadikan isu kekalahan tersebut disebabkan barisan peguam yang mewakili negara sedangkan mereka adalah pasukan yang sama memenangi kes Pulau Sipadan sebelum ini.

Cuba kita tengok laporan berita tentang faedah yang kita perolehi sebenarnya selepas anda meneliti surat tentang Pulau Batu Putih oleh Setiausaha Johor kepada Singapura pada tahun 1953. Tentu ia dibuat ketika tahap teknologi pemetaan tidak secanggih zaman kita sekarang.

Apa kata peguam negara kita hasil penghakiman tersebut ?

Nelayan-nelayan di Johor terutamanya di kawasan Pengerang yang dihalang selama 22 tahun daripada mendekati perairan Middle Rocks, kini bebas menangkap ikan di kawasan tersebut berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini semalam mengekalkan kedaulatan bentuk maritim itu kepada Malaysia.

Lebih daripada itu, Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Putih semata-mata.

Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, biarpun keputusan menyerahkan kedaulatan Batu Putih yang diakui oleh ICJ dari sudut sejarah adalah milik Kesultanan Johor (Malaysia) kepada Singapura dilihat oleh banyak pihak sebagai mendukacitakan tetapi hakikatnya, kedudukan nelayan-nelayan adalah lebih bebas berbanding sebelum ini.

Malah, katanya, Malaysia kini bebas dan mempunyai kuasa untuk melakukan pelbagai kegiatan di Middle Rocks dan perairan sekitarnya termasuk menempatkan kapal tentera laut, menjalankan kajian meteorologi dan mengawal ruang udara di kawasan tersebut - kesemuanya tidak dapat dilakukan sebelum ini.

”Keadaan akan menjadi lebih berfaedah apabila kita dengan penuh yakin dapat mengekalkan kedaulatan ke atas South Ledge berikutan kedudukannya yang begitu hampir dengan Middle Rocks.

”Berdasarkan pengamatan dan kajian terhadap kedudukan South Ledge, Malaysia amat yakin kita akan memperoleh satu lagi bentuk maritim menjadikan aktiviti kita di perairan tersebut lebih luas,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, malam tadi. - Utusan


Jika anda warga bertanggungjawab tentu isu ini tidak menjadikanya isu yang menguntungkan politik anda kerana ia hanya satu keputusan berdasarkan penghakiman dari pihak tidak berkepentingan dan bebas.


Anda baca anda fikirlah betul atau tidak kata kata saya ini.....

Nak tambah, klik komen dan tulis sepuas hati.

E- Refferer - statistik tempat asal datang pengunjung

Saya menjelajah blog blog yang ada di alam siber dan menemui kaedah menjejaki dari mana pengunjung blog datang. Saya mendaftar dan alhamdulillah dapat meletakkannya di blog ini.

Ini memudahkan saya mengenal pasti saluran mereka datang ke blog ini di samping mengetahui berapa banyakkah blog yang telah menglinkan blog saya di blog mereka.

Ia juga menjadikan link link yang ada di ruang e-refferer satu cara mempromosi blog mereka dan kedua dua pihak akan dapat faedah yang besar hasil perkongsian ini.

apa pun, ia meluaskan lagi jaringan dan juga link link yang boleh disambung sendiri oleh blogger lain dengan syarat mereka meletakkan sama link saya di blog mereka.

Jangan lupa mendaftar nama dan blog serta email kepada Yahoo Groups Alif Ba Ta yang baru memiliki 3 member setakat ini.

Menyedihkan ! kerana kita masih leka lagi dengan perkara lain sedangkan kita sudah tiada masa lagi.

24 Mei 2008

Anwar perlu buktikan tuduhan Mukhriz

Kita masih lagi kecoh. Isu Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz masih menguasai rangking berita utama negara...

Setakat ini, UMNO Jerlun yang bermesyuarat selama 3 jam semalam menegaskan akan tetap mempertahankan Pak Lah. Mereka mahu Mukhriz berhenti mengkritik dan menumpukan tugasnya selaku Ahli Parlimen. Namun, mereka seperti tidak sama mulut dan apa yang ada dalam perut kerana memberi sokongan kepada si penderhaka tersebut untuk terus naik ke persada jawatan sebagai Ketua...Sepatutnya Jerlun tidak perlu memberi sokongan kepada individu seperti Mukhriz yang jelas menekan dan mendesak PM agar turun dengan begitu radikal sekali. Pelik, mesyuarat yang sama tapi menghasilkan keputusan berbeza.

Apapun Jerlun telah 'terlanjur' menyokong pencalonan Mukhriz ke jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mereka nampaknya tidak kisah meskipun Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin mahukan Mukhriz melepaskan jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan keluar dari parti sekiranya beliau terus berprasangka buruk dan berfikiran jumud ke atas kepimpinan UMNO.

Semua masih kacau bilau sekarang ini. Yang menjadi teraju utama ' pentas' masih tidak dijangka adegan mereka seterusnya. Samada Tun Mahathir, Mukhriz, Anwar dan lain lain.

Ketika Anwar Ibrahim masih lagi terkial kial mencari sokongan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen BN tentang tawaran melompat parti yang sudah sampai ke peringkat laporan BPR mengikut berita semalam, Ezam pula dijangka kembali kepada UMNO. Ketika Nazri Aziz dan beberapa pemimpin UMNO yang lain gembira dengan keputusan tersebut, bakal calon Ketua Pemuda yang enggan keluar parti bernama Mukhriz jelas tidak senang dan berprasangka buruk dengan kemasukan semula bekas ahli UMNO itu..

Bagi saya, Mukhriz tidak perlu gusar dengan kemasukan siapa sahaja termasuk dari parti PAS sekalipun...Jika Ketua Pemuda PAS ingin masuk UMNO, Mukhriz tentu tidak akan menentang tindakan parti menerimanya jika benar inginkan UMNO semakin kuat dan mantap. Kecuali ia dirasakan mengganggu peluang yang sudah terbentang setakat ini bagi memenangi pemilihan Ketua Pemuda dengan penafian Hishamuddin Hussein dari terus mempertahankan jawatannya di dalam parti sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Detik Daily, bertajuk sama di atas, memaparkan gesaan agar Anwar menjawab dakwaan Mukhriz yang mengaitkannya dengan Amerika Syarikat dan Yahudi...

Ini kerana cabaran PKR agar Timbalan Perdana Menteri menjawab tuduhan memberi komisyen kepada broker yang terlibat denga pembelian Kementerian Pertahanan dan kes Altantunya sudah dijawab oleh Najib Tun Razak manakala Anwar Ibrahim belum lagi menjawab tuduhan Mukhriz dan membiarkan setiausaha PKR sahaja menjawab bagi dirinya.

Apatah Bang Anwar tidak berani berdepan dengan media massa seperti kebiasaannya sebelum ini ?

Mungkin ilham belum lagi datang nampaknya...Menunggu gerakan sesuai bagi menjadikan pentas 'catur politik' ini akan berakhir dengan Check Mate....

23 Mei 2008

Ezam yang dijangka masuk UMNO VS Mukhriz yang didesak keluar UMNO !!!

Hari ini dan semalam kecoh lagi negara kita Malaysia. Selepas 'warga emas' keluar membawa diri dan anak serta pengikut taksub, parti telah dikejutkan dengan kemungkinan perwira PKR dan orang kanan DSAI akan kembali. Hingga kini, saya belum menemui kenyataan rasmi Ezam di mana mana sumber berita utama samada Utusan, Bharian atau Malaysiakini..

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Fadzi Paharudin dilapor telah mendesak Mukhriz dan rakan rakan agar keluar parti. saya setuju. Ia satu desakan yang perlu dibuat sekarang ini. Mengusir 'sampah' yang mengganggu 'mata' dari melihat dengan selesa.

Sebentar tadi, UMNO Jerlun mengikrarkan sokongan kepada PM ketika membuat sidang media yang turut disertai Mukhriz. Namun Mukhriz memang tidak tahu malu, menegaskan 'langkah sumbangnya' dengan mendesak Pak Lah turun dengan segera untuk mengelakkan kehancuran parti. Ketika baru sahaja mendengar pendirian rasmi UMNO Jerlun yang disampaikan oleh ketuanya.

Jika Ezam akan menjadi semakin bersinar dengan kemasukannya ke UMNO, Mukhriz pula sanggup menumpang bawah ketiak bapanya dalam mencari sesuatu pendirian yang jelas tidak memenuhi semangat parti yang kini memerlukan sokongan padu di dalam menangani masalah yang timbul.

Jika tindakan Tun Mahathir membawa bencana kepada UMNO, sepatutnya Mukhriz berusaha kembali menebus segala kesilapan yang dilakukan bapa beliau.

Apa akan jadi jika terus menerus tindakan Tun Mahathir ini, membaca ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara ??? adakah ada akta sesuai untuk itu ?

Kita tidak ingin sesuatu yang pernah digunakan sebagai senjata akan makan tuan. Namun, jika itu kehendak Allah, adakah kita mampu menghalang ???

21 Mei 2008

Mukhriz tidak setia atau taat pada bapanya ???

siapa Mukhriz ? mungkin itu soalan jika membaca tajuk posting saya sekarang ini. Tetapi jika masih ada yang bertanya soalan sedemikian di tengah kekecohan kes keluar parti oleh Bapa Mukhriz, dan di tengah kemodenan capaian maklumat hari ini, tentu jawapan pertama kita akan bagi ialah, ketuk kepala dia dahulu....

Mukhriz seorang anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling lama setakat ini. Tidak tahulah samada Pak Lah ingin mengatasi rekod Tun dengan mengambil kira agenda pembaharuan yang ingin dijalankan oleh beliau.. Tentu Pak Lah ingin mengambil sunnah Nabi iaitu berdakwah selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Rasul pun perlu masa yang panjang untuk mengubah orang. Dari perpecahan kepada perpaduan, dari haru biru kepada ketenangan, dari kejahilan ke arah ketamadunan ...

Hasilnya 2/3 dunia telah ditawan. Dan di mana sahaja pelusuk dunia, kalimah ALLAH dan MUHAMMAD sudah menawan hati hati yang dulunya percaya pada pagan, bukit, hantu, patung dan sebagainya.

Kisah Mukhriz disorot dengan penuh minat. Sidang media semalam pun ada 100 wartawan menunggu anak Tun ini memberi kenyataannya. Jika semalam sebelum semalam, beliau enggan memberi komen, semalam beliau telah meluahkan keputusannya.

Kenapa Mukhriz perlukan waktu, jika sudah dirancang tentu tidak perlu fikir panjang lagi..Nampaknya Tun telah 'konar baring' seperti Sang Kelembai tempoh hari...Tun tidak terjangka akan menyebut keluar UMNO pada 19 Mei lalu. Dan lagi tidak disangka ialah Ahli PAS yang menjadi punca 'harakiri' Tun dari parti.

Sayang seribu kali sayang...

( muzik ) Sayang semuanya sudah terlambat. Tak guna dikenangkan kembali...

Tiba tiba lagu itu melintas di hati saya...

Ya sudah terlambat...Tun sudah mengeluarkan dirinya sendiri...Dan semua tidak akan menjangka Tun akan membunuh keahliannya sendiri dan juga isteri...

Tun mungkin kecewa. Dikatakan Pak Lah tidak pandai memerintah. Sedangkan Pak Lah mewarisi pegawai dan penasihat dari zaman Tun...Tentu mereka sudah faham bagaimana perlu dibuat jika ada kesilapan dalam pemerintahan Pak Lah...

Hari itu ada 70 dalil Pak Lah tidak boleh jadi PM- oleh Ahli Kedah dan dalam blog Tun dah ada 40 dalil Pak Lah tidak layak jadi PM...

Pada pendapat saya, ada persamaan dalam bentuk penulisan kedua dua penulisan tersebut. Mungkin ia dari minda yang sama ???

Andalah yang memberi nilainya.

Jom beri komen anda, saya menunggu respon dari kawan kawan...

17 Mei 2008

Mohd Sayuti Othman @ Tinta Merah - satu penilaian peribadi

Bahasanya halus. Sehalus kulit ibu yang disanjungnya. Imej di kepala blog tertera gambar manusia berbakat dalam penulisan dan puitis dalam meluahkan kata kata, dan dibayangi gambar keris tanda ketuanan Melayu dan bendera Malaysia, tanda yang bagi saya amat besar dan perlu di-zoom-kan dengan lebih dekat gambar tersebut...

Banyak perkara yang mengejutkan saya dapat dibaca dari tulisan beliau yang asli, tanpa perlu dicedok dari mana mana 'kolah' berita kerana beliau sendiri gemar mencari berita di 'lubuknya' sendirian. Kegigihan beliau samada dibayar atau tidak adalah satu cara yang saya hargai sebagai tanda sejati seorang penulis melayu Islam yang sudah ditemui di zaman ini.

Kata orang, hati dibentuk oleh dosa pahala. Jika bersih ia kerana dari kejernihan hati yang bebas dari dosa. Dan begitulah sebaliknya...

Tulisan beliau nampaknya begitu tinggi adab susilanya dan inilah tulisan contoh bagi blogger blogger di alam siber jika ingin terus memberi ulasan dan menarik perhatian pembaca hingga akan menjadi pengikut setia tulisannya..

Apa yang ada pada MSO ialah beliau sangat jujur berbicara. Kes 'orang baju petak merah' tentu tidak sukar difahami dan beliau sendiri sangat marah namun disejukkan oleh idolanya Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.... Jika tidak, tentu teruk dibelasah 'si baju petak merah' jika tidak kerana pujukan sang Guru yang telah menaruh harapan tinggi pada si baju petak merah sebagai penggantinya di Kelantan selepas ini...

Isu pengganti MB di Kelantan sangat hebat dibicara. Sebagai teman rapat dengan Nik Aziz, bahan yang diutarakan di sini amat menarik perhatian saya sebagai penulis baru yang ingin menjadikan penulisan sebagai medan dakwah dan jihad ke jalan Allah !

Apa yang disimpulkan di sini, MSO ada potensi menjadi pengkritik dan penyokong kerajaan secara bijaksana. Beliau masih ada kefahaman yang tinggi tentang semangat cintakan tanah air dan semangat berpolitik yang dibenarkan oleh agama ....Jika tidak, masakah ada gambar keris dan bendera Malaysia di kepala media blognya?

Seruan saya dari saudara seagama kepada MSO,

Tuan kritiklah kerana Allah dan sokonglah sesiapa sahaja kerana Allah.. Kerana PAS dan UMNO tidak maksum dan tentu mana mana kebaikan perlu dipertimbangkan untuk diberi nilai positif. Begitu juga kelemahan perlu dinasihat dengan saksama dan tidak mengguris rasa sesiapa... Ia menampakkan kepada khalayak bahawa kita sendiri adalah seorang yang mencontohi sifat Adil Nabi Muhammad s.a.w yang menerima apa sahaja konsep hidup zaman jahiliyyah yang baik dan disesuaikan pula dengan ajaran Islam yang baru menemui audiennya ketika itu...

Jika ada parti bernama Islam sekalipun membuat tindakan merugikan Islam dan negara Malaysia , saudaralah orang pertama yang kena mempertahankan agama jika benar kasihkan Islam sebagai pegangan hidup dan sumber ketenangan diri ... Jika tidak, anda sendiri menjadi punca kepada keruntuhan jati diri Islam di dalam perlembagaan yang telah diwarisi sejak zaman awal kemerdekaan dan didokong bersama oleh semua parti Perikatan sebelum ditukar kepada Barisan Nasional...

Satu Pakatan yang dibina atas parti bercampur kaum dan agama ! namun Islam tetap berjaya dinobatkan sebagai agama rasmi negara Malaysia....

Moga anda dijadikan Hassan bin Tsabit kedua di zaman ini yang akan menggunakan ketinggian akal dan hujah dalam menolak semua fahaman menjadikan mana mana agama sebagai sama rata dan tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa seperti Pluralisme ...

Moga harapan ini didengar Allah dan dimakbulkan oleh Nya .....

Yahoo Groups Blogger Alif Ba Ta telah bermula hari ini !

Alhamdulillah saya sudah melancarkan Yahoogroups Blogger Alif Ba Ta yang akan menjadi warisan keamanan dan kemerdekaan Malaysia.

ia ditubuhkan dengan hasrat ingin menyekat sebarang persepsi negatif kepada kerajaan yang telah memerintah negara dari awal kemerdekaan hingga saat nafas kita dihirup sekarang, melalui jaringan kukuh blogger sukarela berjuang demi negara melalui mata pena.

Perbuatan menggunakan blog memburukkan negara dan pemimpinnya tidak dapat diterima dan tentu kita akan menggunakan cara yang sama bagi menguruskan propaganda buruk pembangkang tersebut.

Anda jika merasa dari kalangan yang berjiwa merdeka dan insaf kepada nikmat kemerdekaan yang susah diperolehi, marilah bersama sama kami menjadi satu pasukan hebat di dalam menentang sebarang bentuk ancaman merebut kuasa secara tidak sah dan bertujuan merendahkan agama....

Anda perlulah membuat sedaya mungkin melalui ruang media baru blog ini bagi mengikis persepsi negatif sesetengah pihak berkepentingan dan ghairah merebut jawatan dan kekayaan....

Itupun jika anda sayangkan agama yang telah diletakkan setinggi tinggi tempat di dalam perlembagaan negara kita sejak saat pertama Merdeka...

Hantarkan email ke mana mana alamat di bawah untuk subsribe, unsubsrice dan post message...


- Gunakan Email yang tertera di Blog anda untuk pengesahan bahawa anda pemilik blog tersebut. Pastikan email anda di dalam blog mudah dilihat untuk proses semakan moderator...

- Gunakan email untuk 'subsribe' di atas bagi mendaftarkan diri ke Yahoo Group ini..

- Nyatakan nama blog anda di dalam email pendaftaran kepada Moderator Yahoo Group ini.

Ayuh ! kita gerakkan usaha pertama ini secara sukarela dan jadikan ia satu jihad kita melawan pihak yang ingin menjatuhkan Islam dari terus menjadi pilihan pertama kepada semua bangsa dan agama...

Marilah kita merasa tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia dengan merenungkan lagu warisan demi keutuhan Alif - Agama, Ba- Bangsa dan Ta - Tanah Air kita !

Semoga usaha ini diredhai Allah Taala hendaknya...amin.

JPM buat laporan polis !

Selepas selesai makan roti canai dan teh tarik di kedai Mamak depan rumah, saya terus ke kedai mendapatkan naskhah akhbar bagi mendapatkan berita terkini yang berlaku di negara semalam. Berita online memang sudah menjadi makanan ruji saya tiap hari.Namun, akhbar konvesional tersebut tetap menjadi pilihan kedua selepas berita online yang mudah dicapai melalui internet.

Dunia makin canggih..Berita di hujung jari anda sahaja...Apatah lagi perkhidmatan sms alert untuk berita terbaru samada dari bernama, utusan bahkan harakahdaily pun turut ada kemudahan siaran berita terkini tersebut. Terpulang kepada kita sahaja yang ingin mencari atau tidak sumber berita pantas dan sahih di atas. Termasuk sanggup membayar lebih sedikit untuk terus terkehadapan dalam menerima apa jua maklumat dan berita.

Di dalam mengejar berita ada juga pihak yang membelakangkan etika hingga mendedahkan rahsia. Kesanggupan menerima sedikit habuan barangkali menjadi keutamaan lebih dari nilai rahsia yang disimpan amanahnya oleh mereka yang bertanggungjawab. Sedangkan Allah menyuruh kita mencontohi nabi Muhammad s.a.w yang sangat amanah sehingga digelar Al Amin sebelum dibangkitkan lagi hinggalah ke saat terakhir kematiannya.

Apabila diberi sesuatu rahsia, kita hendaklah amanah dan menyimpan sepenuhnya rahsia tersebut. Amanah sangat besar dan dosa pengkhianat juga sangat dikutuk Allah...

Namun di kalangan pegawai Jabatan Perdana Menteri, jabatan yang berhubung terus kepada Perdana Menteri turut dihuni oleh mereka yang tidak amanah, menandakan kepada kita kerosakan akhlak dan moral di kalangan pegawai JPM sendiri. Ia mencerminkan kegagalan modal insan dan integriti yang diharapkan oleh Perdana Menteri melalui beberapa pelan tindakan yang dilancarkan sebelum ini.

Mungkin proses penghayatan program di atas belum mencapai matlamatnya, boleh jadi juga. Ia boleh dianggap pasukan yang tidak sehati sejiwa dengan pucuk pimpinannya. Walhal di dalam memberi wala' ( taat setia ) kepada ulil amri ( pemerintah ) kita kena mengikut semua tindakan dan arahan tanpa ada soal jawab selagi di dalam batas syariat. Tidak ubah seperti makmum yang wajib mengikut Imamnya atau dia kena mufarakah ( bercerai dari mengikut imam ) jika tidak setuju atau setia kepada imamnya ketika itu.

Memang sudah lama kita dengar perihal kepala sama hitam tetapi hati lain lain. Kepala sama di satu bahagian tetapi perbuatan ke arah memberi input untuk kemenangan pembangkang. Ingat lagi surat Tun Mahathir yang didedahkan kepada media baru blog, ditulis dari JPM dengan bangganya sedangkan ia tidak disahkan lagi hingga kini ketulenan surat dan juga isi pendedahan tersebut. Namun, ia telah mencemarkan nama Tun Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri kita ketika itu.


Maknanya, sesiapa yang tidak menyokong Perdana Menteri sebagai Imam di ' Masjid Malaysia' hendaklah dia keluar dan bersolat di belakang imam lain di masjid yang lain. Kerana perbuatan mengingkari dan mengkhianati Imam sekarang sedangkan masih bersolat di belakangnya, sama sahaja dikira ingin mengkhianati Islam yang dibawa oleh Imam yang dipilih makmumnya sekarang ini. Dia patut dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang dari kerja.

Harapnya lebih ramai pengkhianat dan pengintip akan dikutip dan dibuang keluar dari JPM yang menjadi tonggak utama nadi pemerintahan Malaysia. Jika dahulu mana mana pengintip akan dibunuh dan dihapuskan seluruh keluarganya, namun kita tidak lagi begitu kejam seperti zaman feudal dulu..Semakin lama dibiarkan golongan ini, semakin ramai yang akan bermaharajalela mendedahkan apa sahaja yang boleh memberi keuntungan kepada pengkhianat agama bangsa dan negara kita.

- ingat lagi bahawa Munafik pun bersolat di belakang Nabi

16 Mei 2008

Melayu sudah mula pertikai Raja dan Rukun Negara di Blog Amin Iskandar !

Hari ini selepas selesai solat Jumaat saya mengambil peluang mengumpul dan manyusun semua link yang telah ada sebelum ini. Tujuannya, ingin memastikan tiada blog pro atau anti kerajaan tertinggal dalam senarai yang akan saya gunakan dalam siri penjelajahan baru saya tiap hari dari blog ke blog.

Jelajah Harian tersebut bagi melihat sendiri dari sudut kaca mata blogger yang aktif memberi pendapat dan membina persepsi di kalangan pembaca, hingga mereka menjadi buruan pengguna internet bagi mendapatkan berita hangat samada benar atau tidak. Saya rasa dengan sedikit kemampuan yang diberikan Tuhan, saya berazam memberikan pandangan terbaik yang saya mampu untuk diberi nilai oleh pembaca di dalam menjadi seorang warga Malaysia yang adil dan saksama.

Isu Karpal hari ini telah masuk ke edisi serius kelmarin hingga akhbar telah melaporkan bom petrol sudah menembusi tingkap pejabar DAP Perak. Ia berkebetulan dengan berita PEKIDA Gombak yang telah menggesa Karpal mohon ampun. Mereka juga telah membuat laporan polis terhadap tindakan Karpal tersebut.

Dan Karpal yang membuat penegasan tidak akan memohon maaf walaupun mendapat 2000 laporan polis sekalipun, mungkin membuat sesetengah pihak di Perak, naik marah. Sudahlah membuat isu dan tidak mahu mengalah, dia nampaknya memang betul betul mahu melihat sejauh mana reaksi rakyat Malaysia tentang isu menderhaka kepada Raja. Apatah lagi selepas mendapat sokongan dari bangsa Melayu dalam pilihanraya lalu, tentu dia ingin melihat sejauh mana kesetiaan Melayu kepada Raja mereka sekarang ini.. Walaupun dalam politik ini, kadang kadang ada yang mereka reka dan menimbulkan isu bagi menegangkan suasana.

Di dalam keadaan Malaysia yang sangat dicemburui dan 'ditakuti' sekarang ini, harus kita sedar bahawa agen Yahudi sudah mula masuk samada melalui alam fizikal atau alam maya. Perancangan Yahudi zionis sudah memasuki fasa terakhair kerana kemunculan Imam Mahdi sudah tidak lama lagi pada perkiraan mereka. Bahkan kajian orientalis sendiri mendapati sebelah timur menjadi medan kebangkitan Islam kerana kedudukannya yang strategik di dunia nusantara. Malaysia nampaknya menjadi sasaran kerana terkedepan di dalam aspek pembangunan rohani dan jasmani berbanding jiran jirannya.

Jika kita membelek Al Quran, tentu kita akan teringat kisah Firaun.. Firaun yang bimbang kehebatan dan keagungan empayarnya musnah, telah bertindak membunuh setiap bayi lelaki yang lahir. Ia tidak lain kerana takut perosak kepada kerajaan beliau akan lahir tanpa sempat dihalangnya terlebih dahulu. Namun Allah mengajar kita bahawa kuasaNya sangat hebat, sehingga bayi lelaki yang dicari-cari telah lahir dan membesar di depan matanya sendiri.

Begitu juga Imam Mahdi yang dicari oleh semua samada umat Islam atau Musuh Islam, kedatangan beliau akan memusnahkan kerajaan rahsia zionis dengan bantuan Nabi Isa a.s, yang mana yahudilah yang telah melakukan kerosakan yang tidak sedikit di atas muka bumi ini. Penglibatan mereka di dalam mencatur dunia tentu akan diingati kita hingga ramai yang menjadi mangsa samda umat Islam atau lain lain agama. Patutlah yahudi di zaman Rasulullah s.a.w telah diusir lantaran khianat kepada kerajaan Islam Madinah hingga telah dicatatkan di dalam sejarah kisah pengkhianatan mereka itu.

Apa yang ingin saya katakan di sini sikit sahaja, ada propaganda yahudi sudah masuk ke dalam otak antara sesama kita. Tak percaya, buka dan baca komen mereka yang sudah mula membela Karpal Singh dan membenarkan tindakan Karpal tersebut !!!

klik di sini

15 Mei 2008

PEKIDA sudah mula kata kata di Gombak

Pertubuhan 3 line atau PEKIDA sudah berkata kata dengan lantang setelah melihat isu Karpal belum reda. Melihatkan Mufti Perak juga turut mencelah, sudah tentu ia menandakan isu ini memang sudah memasuki fasa serius dah akhirnya kita mendengar berita pejabat DAP telah dilontar bom api pagi tadi di Perak.

Kita tidak kisah sesiapa ingin berkata kata tetapi jika sudah melampau dan tetap angkuh seperti Karpal, maka kita tahu dia memang ingin mencari nahas. Menggunakan kepandaian menginterpretasi undang undang hingga berani memberi kenyataan mengkritik Yang dipertuan Agong dan Sultan Perak...

Beliau memang ingin main api dengan isu yang memang tidak disukai disentuh olehnya oleh orang Melayu. Adakah Karpal ingin 13 Mei berulang semula ?

Kelmarin baharu sahaja kita melintasi sambutan 39 tahun detik hitam demokrasi di Malaysia di mana pembunuhan telah berlaku antara suku kaum disebabkan perasaan tidak puas hati. Dan pembangkang sekali lagi cuba main dengan api dengan menimbulkan isu laporan polis meminta agar 13 Mei dibuka kepada umum seperti laporan akhbar hari ini .

Apakah isu Karpal digunakan bagi menutup janji janji manis PR pada PRU 12 yang lepas ?

Nampaknya Pakatan Rakyat sudah cemas. Sudahlah isu Karpal belum reda, hari ini pendedahan berani sudah dimulakan MP BN berhubung kegiatan merasuah mereka bagi memberi sokongan kepada PR atas alasan dianaktiri oleh kerajaan. Laporan muka depan akhbar hari ini memuatkan kenyataan 3 Ahli Parlimen ditawar habuan tinggi cukup 3 generasi jika berpaling tadah, memang mengejutkan kita.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak, Nancy Shukri pada 23 Mac lalu juga turut mengakui dihubungi orang dikenali dari Sabah yang mengajaknya menyertai pakatan pembangkang atas alasan kedua-dua negeri itu tidak diberi tempat sewajarnya dalam Kabinet baru.

Ia mengesahkan politik wang ( baca : rasuah ) agar mengkhianati parti dan rakyat bagi membolehkan in waiting leader Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Pakatan Rakyat, dapat menjadi Perdana Menteri baru Malaysia..Walaupun sebelum ini mengatakan bahawa beliau tidak mahu menawarkan imbuhan wang kepada mana mana MP BN yang sanggup menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Semua tahu siapa memulakan politik wang dalam UMNO dan semua tahu siapa yang disingkirkan dari menjadi PM menggantikan Tun Mahathir...

Sepatutnya orang yang 'gila jawatan' perlu ditolak dari pemikiran anda jika anda hayati hadis nabi yang mengatakan jawatan satu amanah yang tidak boleh diminta bahkan perlu diberi dan didesak oleh rakyat jelata.

Semoga sesiapa yang menjadi rakan baik zionis tidak akan lebih dari menjadi 'anjing menyalak bukit' yang hanya layak dipanggil anjing dan dibiarkan menyalak hingga penat.

14 Mei 2008

Seruan Jihad Perang Alam Siber sudah berkumandang !

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia berkata dengan baik atau diam "

Perkataan yang baik hasil dari hati yang baik. Dan perkataan yang keji hasil dari hati yang buruk - mafhum Al Quran.

Firman Allah : Dan berjihadlah ke jalan Allah dengan sebenar benar jihad !

Jihad hari ini ialah membersihkan nama islam dari terus dicemari oleh Munafik dari Umat Islam sendiri atau Musuh Islam yang ingin meruntuhkan Islam dan ajarannya.

Selain membersihkan diri dengan zikir selawat baca al quran bersedekah dan sebagainya, kita juga perlu membersihkan dengan mata pedang pena kita agar kesucian Islam akan terbela.

Ada antara mereka digelar Kafir Harbi ( iaitu yang jelas memusuhi Islam ) dan ada Kafir Zimmi ( yang tidak memusuhi Islam ).

Mereka yang dikategorikan Harbi mesti diperangi jika mengikut asal hukum Islam. Manakala kafir zimmi seperti orang Islam yang lain, haram disakiti atau dianiayainya.

Antara cara berkesan menghentikan fitnah dan tohmahan liar ini melalui penyusunan strategi menjalinkan link link sesama penyokong kebenaran di bawah naungan lambang Sang Saka Bangsa.

Maka, sesiapa yang bersedia 'berjihad' sewajarnya merasa terpanggil mencurahkan tenaga, harta, masa dan kepandaiannya ke arah menjadi benteng hadapan pertahanan negara melalui senjata pena mereka, meskipun jauh dari negara secara geografinya.

Marilah wahai warga Malaysia Melayu Islam berpaksikan Alif Ba Ta warisan nenek moyang kita semua, menjalinkan usaha murni ini dengan menubuhkan Kelab Blogger Penyokong Kebenaran Sedunia dengan meletakkan jejak anda di ruang komen sahabat sahabat kita di mana sahaja mereka berada.

Dengan itu anda akan menjadi sebahagian kumpulan jaringan blogger hingga anda akan menjadi tumpuan ramai mencari bahan bahan jawapan isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Di tepi ini sebahagian link blogger peringkat 'otai' dan 'beginner' yang sudah bersedia 'bertempur' di alam maya.

Semoga anda di kalangan mereka yang sudah pasti ada jawapan jika ditanya, apakah sumbangan yang kamu berikan kepada Allah dan wasilahnya Rasulullah dan Pemegang Amanah sekelian rakyatnya iaitu Ulil Amri ( Pemerintah )...

Sekian,

Panglima Perang Cyber !

Pusat Dunia,
Baitullah Al Haram, Bumi.

09 Mei 2008

Isu : Mahkamah benar keluar Islam ; Murtad

Mahkamah Tinggi Syariah kelmarin telah membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). ( berita lanjut di sini )


Pendapat kita :

- Ini sangat bahaya kerana ia boleh menghilangkan kesucian Islam.

- Murtad sangat keras hukumannya dalam Islam hingga boleh dihukum bunuh.

- Kes Murtad ( keluar Islam ) akan menjadi jadi.

- Islam sangat memberi kebebasan beragama tetapi keluar masuk Islam sangat dilarang.

- Mualaf perlu diingatkan peluang keluar Islam tidak akan diberi jika sudah memeluk Islam..

Mukaddimah Panglima Perang Siber

Isu isu politik akan diceritakan di sini dengan mengikut tarikh dan sumber berita tersebut.

Anda boleh melihat setiap satu isu dengan sumber yang jelas bagi memudahkan urusan menulis berkaitan isu di negara kita.

Ia bertujuan agar blogger blogger pejuang barisan hadapan negara akan mudah mencari bahan bahan tulisan mereka.

Agar fitnah dan tohmahan mereka yang suka memecah belahkan negara agar huru hara, akan gagal di mata pena kita semua.

Ayuh, kita berjuang !!!!

Cari Blog Ini

Translate