Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Disember 2008

Update : Selamat Tahun Baru dan soalan Kenapa PAS diam ketika blog hina Nabi kita tersebar di seluruh dunia ?

PAS membuat demonstrasi semalam ketika mana negara mengalami tsunami akidah akibat perbuatan blogger tidak bermaruah menghina agama dan Nabi kita s.a.w.

PAS dilihat pasif ketika isu melibatkan agama bersifat nasional dan sangat bernafsu jika melibatkan isu isu antarabangsa.. Seperti di Palestin, Israel...

PAS juga menyalahkan UMNO bagi apa sahaja isu dan terbaru blog hina Nabi juga dikaitkan dengan konspirasi kerajaan.

PAS memang benar benar tidak komited terhadap apa yang ingin dilakukan termasuk sanggup membiarkan 20-30 tahun lagi isu Hudud sedangkan ia juga punca kekafiran UMNO seperti fatwa ulama PAS !!

Lihat blogger brokenthecode yang mengulasnya di sini

http://brokenthecode.blogspot.com/2008/12/nik-aziz-hukum-hudud-akan-dilaksanakan.html


Isu blog hina agama ini juga semakin menarik apabila ia sudah menjadi isu politik. Begitu cepat orang sudah mula dipasang dengan persepsi Kerajaan BN mereka reka isu ini demi kepentingan mereka...

Tengok bagaimana mereka mengatakan isu blog hina agama ini satu konspirasi kerajaan bawah ini !!

http://malaydilemma.com/politik-semasa/blog-hina-nabi-muhammad-satu-konspirasi/


Dan turut disiarkan di sini :

http://www.sabahdaily.com/2008/12/blog-hina-nabi-muhammad-satu-konspirasi/


Sedangkan jelas siasatan Polis mendapati ia dibina dari luar negara lihat sini "

http://www.utusan.com.my/utusan/

Dipercayi Malaydilemma adalah laman Pro Pembangkang khasnya PAS kerana mendapat tempat di Tranung Kite Online seperti mana gambar yang saya print di sini :



Ia juga berdasarkan artikel yang jelas memutar belitkan kata kata Pak Lah
yang anda boleh baca dan lihat sendiri di sini :

http://malaydilemma.com/isu-semasa/hudud-itu-sudah-lapuk/



PAS diam dan akan terus diam... Memilih waktu untuk berkata kata dan tidak mengira kepentingan agama dalam menentukan tutur katanya..

Lihat Komen menarik dari Tamin Sari di blog Empayar Malaya yang menarik hati saya.
Salam...

Pas sekarang sudah terkena penyakit " Virus Keliru ". Keliru dengan ungkapan dan fakwa sendiri. Semasa Pakatan Rakyat dilancarkan ( tidak boleh disebut ditubuhkan kerana belum didaftarkan ), Husam Musa mengatakan yang tiada agenda Negara Islam dalam Pakatan Rakyat. Islam hanyalah idealisma Pas. Bila tiada agenda Negara Islam dalam PR, masih mahu menlaksanakan HUKUM HUDUD jika berjaya memerintah.

Samada sedar atau tidak beliau bercakap semasa Pas adalah didalam Pakatan Rakyat. Maka terpaksalah melutut memohon kebenaran daripada " big brother " mereka DAP apabila terlepas cakap. Seolah-olah mereka lebih takut DAP dari Allah? Sekarang Husam Musa lesu tak berkata apa-apa dan masih keliru dengan diri sendiri. Sudahlah keliru ditambah pula dengan kenyataan " ulama2 Pas " berkenaan HUDUD dan ini membuatkan bukan Husam sahaja keliru malah barangkali sebilangan besar penyokong Pas juga keliru. Sebab itu mereka sudah tidak hiraukan lagi isu blog menghina rasulullah s.a.w.

Mungkin juga mereka sedang sibuk mencari calon yang sesuai untuk bertanding di K.Terengganu sehingga tidak menghiraukan musuh-musuh Islam yang sebenarnya. Mungkin bagi Pas perkara yang remeh temeh seperti ini tidak perlu diambil kira kerana yang penting adalah untuk menang di PRK k.Terengganu. Musuh-musuh Islam bersedia disekeliling, tetapi mereka leka berpolitik. Inilah yang dikatakan menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik.


Yang penting adalah untuk mendapatkan kuasa.
Yang dikejar dikuatiri tidak tercapai, yang di kendong pula berciciran..Kekeliruan Pas bertambah parah apabila Nik Aziz dan Ustaz Hadi memberikan pendapat mereka masing-masing disebabkan desakan dari DAP.

Tok Guru Nik Aziz kata : HUDUD ini benda besar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Ustaz Abdul Hadi pula pernah berkata : Undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

Yang mana satu betul ? hanya mereka berdua sahaja yang lebih mengetahui... ? Pas keliru...kesucian ugama diabaikan?? Perebutan Kuasa diutamakan?? dan akhir sekali menyalahkan kerajaan jika HUDUD mereka tidak terlaksana??

wallahuallam...

Salam perjuangan..



Setakat ini kita sudah berjaya mengwar warkan isu blog hina nabi iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/ hingga terpaksa ditutup..

Sekarang kita juga diberitahu oleh sahabat sahabat BPN kita tentang blog yang dianggap sesat seperti di list bawah ini.


1. http://sufitauhidwahdat.blogspot.com/
2. http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

Jika ada lagi laman sesat dan atheis yang menghina Islam harap dapat siarkan di komen komen bawah ini....

Salam Tahun Baru Masihi 2009 !!! dan juga Tahun Baru Hijri 1430 !!!

P/S : mesej di bawah salinan dari mesej all contact di YM saya... Harap manfaatkan.

siapa ada hp boleh ikuti sidang maya di mana sahaja dengan mendaftar GPRS dan mendownload http://e-buddy.com.pastikan aplikasi JAVA ada dalam telefon anda.Kadar hanya 10 kb 10 sen / 1sen/1kb. sahaja.Tukar kpd simkad jenis 3G utk akses lebih laju.Boleh juga gunakan simkad broadband utk dipasang di telefon jika sukar menggunakan laptop. selamat mencuba!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akak besar tengah tengok kat belakang. Itu pasal dier diam. Husam pun mengalah... ape cete...

So baik buat bodoh...

Alah... dah bodoh pun dia org nih

Unknown berkata...

Salam,

Kita serang PAS habis-habisan..

tak habis2 cuba menyesatkan orang Melayu.

Semoga kita semua terselamat dari omongan mereka.

wallahualam

sumandak bayu berkata...

salam pang5

inilah bukti bahawa perjuangan PAS dah lari dari landasan... kalo masih ada lagi rakyat Malaysia kata undi PAS dapat masuk Syurga pikirlah 2 kali lagi sebab bab Islam kena hina nape pula dorang diam.

Tak PAHAM btoi MAN dengan kepimpinan PAS ni.....

Tai berkata...

pas masih nak menyalahkan orang lain. Apakah kerajaan BN yang berusaha menjalankan syariat islam ingin berkonspirasi dengan blog penghinaan agama islam? Pas nampaknya masih belum sedar balasan yang ditimpakan oleh tuhan kepada mereka.

Panglima Perang Cyber berkata...

tulah tugas kita..

Menyedarkan dengan penuh kasih sayang, rakyat yang terpedaya dengan fahaman mereka.

Apakah yang lebih besar lg selain alim ulama yang menggunakan agama untuk dunia ???

ingat nabi pesan Dajal sebelum Dajal.

Moga ramai akan sedar sebelum semakin hanyut di dalam kesesatan mencari jalan pulang...

Ayuh kita teruskan usaha tanpa penat atau inginkan nama...


Salam.

LEKIR berkata...

Assalamualaikum Panglima,

Macamana pasal Calvary Convention Centre?

Betulkah pusat kristian terbesar di Asia Tenggara yang dalam pembinaan di Selangor?

Kalau betul ia adalah konsep PLURALISME dalam Pkr dan PR.

Minta Panglima pertimbangkan untuk jadikan isu ini isu besar(bukan sebab utk pilihanraya KT) sekiranya benar

Tanpa Nama berkata...

Kalau dikatakan cuba menyesatkan melayu tu kira oklah, jangan sampai menyesatkan Islam, itu punah namanya. Azab oii....

Panglima Perang Cyber berkata...

tq LEKIR...

jika benar isu gereja tersebut pasti kita kena desak ia dihentikan...

Jika benar maka jelas undi PAS sama dengan undi PKR dan DAP.

Jika benar maka undi PAS = undi gereja


PAS sudah rela apa saja asal diundi !!!

Amz CamPro berkata...

aku respek jugak perjuangan PAS dulu tapi sejak kewujuda PKR laknatullah yg same2 sekongkol dengan DAP,aku rase BN jauh lebih baik dan islamik..sekurang2nya BN masih diketuai melayu dan islam diselitkan dlm senyap2 spt dlm ekonomi sehingga org bkn islam mengakuinya...ganyang mereka DAP dan PKR! PAS kamu sudah sesat dan menyimpang!

Islam Tanpa Sempadan berkata...

hehe..standard la tu.. nk angkat muka pun tak brani dgn DAP tu, sbb tu hudud tangguh dulu..

ntah la, sibuk nagn pilihan raya ni, tgh memikir cmne nk cari modal nk tipu pengundi lg, tu pasal lupe kat palestin nuuu..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

malayDilemma.com adalah satu laman yang dibuka kepada semua pihak tanpa mengira bangsa, agama, mahupun parti politik.

Sesiapa sahaja boleh mendaftar dan mengutarakan pendapat mereka dengan bebas.

Berkenaan dengan artikel "Blog Hina Nabi Muhammad: Satu Konspirasi?", ianya adalah persoalan yang cuba ditimbulkan. Pihak malayDilemma.com sendiri dengan jelas di dalam artikel tersebut menyatakan bahawa kita tidak berhak menuduh sesiapa selagi ianya belum ditentukan.

Sekiranya pihak "Penembak Tepat" mempunyai pandangan tersendiri berkenaan sebarang isu, pihak "Penembak Tepat" sendiri amat dialu-alukan untuk mengutarakan pandangan tersebut dengan bebas melalui malayDilemma.com.

Sekian, terima kasih. :)

Tanpa Nama berkata...

Lepas Adibah Ahmad, keluar lah pula blog Adibah Ahmed! Aduhai...

Short Talk

Jom flag!

Cari Blog Ini

Translate