Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Disember 2008

Kisah Adam Malik yang disiar oleh Utusan - apa pendapat anda?

Salam Sahabat BPN semua !

Memandangkan terdapat kekeliruan berhubung Adam Malik maka ini hasil penemuan saya ini diharap dapat menjernihkan kekaburan artikel sebelum ini..

Diharap semua dapat setting YM untuk dilinkkan kepada handphone anda selepas menutup laptop.

Caranya :

1. Klik Messenger di Yahoo Messenger anda
2. Sign in to mobile
3. Setting
4. Pastikan automatik sign in to mobile jika menutup atau sign out YM ..

Apa apa masalah sila YM saya di email : panglimaperangcyber@yahoo.com

------------------------------------------------------------------------------------------------

Adam Malik ejen CIA?

BARU-baru ini sebuah buku yang diterbitkan di Indonesia bertajuk Membongkar Kegagalan Agensi Perisikan Pusat (CIA) oleh wartawan kanan The New York Times, Tim Weiner mendakwa bekas Naib Presiden Republik Indonesia, Adam Malik pernah menjadi ejen CIA berikutan namanya terdapat di dalam dokumen agensi paling rahsia Amerika Syarikat (AS) itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh keluarganya, walaupun memang terdapat petunjuk wujudnya komunikasi yang kerap di antara Adam dengan pegawai kanan AS.

Sebagai contoh telegram yang dihantar oleh Duta AS di Jakarta, Marshall Green kepada Penolong Setiausaha AS, Bill Bundy ke Washington. Ia dihantar melalui saluran khas bagi penolong setiausaha risikan diplomatik.

Pada 2 Disember 1965, Green menghantar laporan mengenai seorang ahli politik yang dianggap penting bagi misi mereka di Indonesia iaitu Menteri Perdagangan Indonesia, Adam Malik.

Adam berusia 48 tahun pada masa itu merupakan orang di sebalik Kempen Menentang Gerakan 30 September Partai Komunis Indonesia (Kap-Gestapu).

Pergerakan itu dijalankan oleh orang ramai, tetapi dilaksanakan oleh tentera bagi memburu mereka yang disyaki menjadi ahli Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menyaksikan kira-kira 500,000 dibunuh di seluruh republik berkenaan kerana disyaki menjadi ahli parti komunis tersebut.

Dana

Di dalam telegramnya, Green menulis: "Berdasarkan hasil yang diperolehi, Saya berasa program itu telah berjaya".

Adam bukanlah pemimpin Kap-Gestapu, tetapi merupakan orang di belakang tabir mengerakkan pergerakan itu dan dilaporkan turut mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Dalam telegram itu, Green turut menyatakan keputusannya untuk memberi Rp50 juta bagi membiayai pergerakan Kap-Gestapu. Sukar untuk menyatakan nilai yang tepat Rp50 juta pada masa itu.

Pada 11 September 1965, Bank Indonesia menetapkan tukaran asing iaitu Rp30 bersamaan AS$1. Ini bermakna wang sejumlah AS$1.7 juta telah disalurkan kepada Adam.

Bantuan kewangan itu diberikan tanda restu AS yang mengharapkan Adam dapat menjalin hubungan erat dengan pihak tentera tanpa perlu menzahirkan penglibatan AS secara langsung. Dokumen itu diklasifikasikan sebagai bukan lagi rahsia oleh CIA pada 2001.

Weiner menggunakan dokumen itu sebagai bukti penglibatan CIA dalam menghancurkan PKI yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Sukarno sebagai Presiden Republik Indonesia pada 1965.

Weiner juga menemu bual Clyde McAvoy, bekas diplomat di Kedutaan AS di Jakarta pada 1961-1966 yang mendakwa Adam bertemu dengan diplomat berkenaan di tempat rahsia dan selamat. McAvoy mendakwa telah melatih Adam dan merupakan pegawai kanan tertinggi Indonesia yang dilatih oleh badan perisikan itu.

CIA, katanya, dibantu oleh seorang ahli perniagaan yang juga bekas ahli Parti Komunis Jepun yang tinggal di Jakarta.

Kepimpinan

Selepas pengambilan Adam, CIA telah meningkatkan operasinya dan menyaksikan Sukarno digulingkan dan CIA terlibat dalam membentuk kepimpinan baru melibatkan Adam, Sri Sultan Hamengku Buwono IX dan Mejar Jeneral Suharto.

Hubungan Adam dengan Washington terus baik sehingga Suharto berkuasa dan telah melantik Adam sebagai Menteri Luar.

Buku berkenaan diterbitkan tahun lalu, tetapi telah diterbitkan semula di Jakarta bulan ini. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak di Indonesia dan sebuah akhbar tempatan, Republika.

Melalui tinjauan orang ramai didapati 42.3 peratus tidak yakin dengan dakwaan itu, manakala 40.3 peratus yakin, sementara 17.4 peratus lagi ragu-ragu.

Buku itu pula disifatkan oleh Menteri Pertahanan, Juwono Sudarsono sebagai tidak perlu diberi perhatian.

Katanya, hal sedemikian memang menjadi permainan media AS, apatah lagi ia ditulis selepas 30 tahun peristiwa tersebut berlaku.

Pakar sejarah, Anhar Gong-gong pula berpendapat dokumen lain perlu dijadikan sandaran bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut kerana tidak semua laporan CIA adalah tepat.

Menurutnya, Adam memang sering bertentangan pendapat dengan dengan Presiden Sukarno, tetapi tidak bermakna dia mengkhianati negara kerana dia turut terlibat dalam menegakkan kemerdekaan negara.

http://www.utusan.com.my

3 ulasan:

Tai berkata...

Oh inilah artikal yang saya tak berapa dengar semalam.

Cheguman berkata...

Seorang pengkhianat tidak perlu tahu bahawa dia seorang pengkhianat.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

asuah dan salahguna mandat paling dikutuk allah dan agama kita ialah songkongkol dengan talibarut dap...

itulah rasuahnya...beri semua kerana nak jadi mb, nak jadi pm dll....hingga gadai agama dalam kes babi....

tak rasuah kah itu tolol?

pangkahlah umno wan farid

Cari Blog Ini

Translate