Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 September 2008

Tindakan patut dikenakan terhadap Akhbar Sin Chew kerana memainkan isu perkauman !


Kenyataan disalah lapor - PM

TASEK GELUGOR 6 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah melahirkan rasa kesal yang amat sangat ekoran kenyataannya yang menjadi kontroversi selepas sebuah akhbar tersalah lapor mengenainya walaupun bagi beliau ia satu fakta sejarah.

Menurut Perdana Menteri, Ahmad turut menyatakan beliau bukan membangkitkan isu perkauman malah memberi sokongan kepada calon bukan dari UMNO yang bertanding di kawasan itu sejak mengambil alih jawatan Ketua Bahagian.

''Saya telah minta beliau menerangkan kenyataannya itu pada mesyuarat hari ini dan ini adalah kali pertama Badan Perhubungan UMNO negeri mendengar kes berkenaan.

''Dia telah menyatakan bahawa dia bukan perkauman dan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad telah menyokong calon BN yang bertanding di kawasan itu yang bukan daripada UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di bangunan UMNO di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ketua-ketua UMNO bahagian termasuk Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.

Dua hari lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Ahmad tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Mengenai mesyuarat hari ini, Abdullah memberitahu, selain isu berkaitan Ahmad, turut disentuh ialah keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang laporan post mortem akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO Pusat untuk diteliti dan dihalusi.

''Laporan post mortem itu telah disediakan dan akan dihalusi," katanya.

Mengenai pemilihan UMNO peringkat cawangan di Pulau Pinang, beliau berkata, semuanya berjalan lancar dan tidak ada masalah yang timbul mengenainya.- Utusan Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1. Akhbar Sin Chew pernah dikenakan tindakan semasa Ops Lalang 1987 yang menyaksikan ramai tokoh politik pembangkang ditangkap masa itu..

2. Isu putar belit laporan ini hampir meruntuhkan hubungan baik UMNO dengan MCA dan GERAKAN dan meningkatkan kebencian terhadap BN khasnya UMNO.

3. Jika dibiarkan ia akan berulang. Dan terus diulang untuk memburukkan kerajaan BN.

4. Tidak patut sesiapa sahaja samada Melayu, Cina atau India memainkan isu mengeruhkan hubungan antara kaum dan menghasut.

5. Kita patut mengukuhkan perpaduan bukan menghancurkan keamanan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta atau memikirkan kesannya kepada negara dan bangsa kita..


3 ulasan:

Mr Joker berkata...

Panglima Perang Cyber - isu tu dah lama dimainkan (Isu Azan: BOHONG!!! - Teresa Kok) tapi baru dinafikan oleh Teresa... beritanya dalam Sinar Harian Hari ni (sept. 08,2008) muka surat 2.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

jom ke website abe MIE, andaikata haiwan dalam zoo boleh kata dan cakap macam kita cakap, mereka TERKEJUT BERUK MAK YEH kerana Pakatan hendak bela Islam dan menegakkan Perlembagaan.

Nota- Beruk Mak Yeh tak pernah makan pisang hari ini besok makan sambal daging pada esok. Pakatan lain, semalam makan BABI- hari ini makan katak, besok makan apa pula.

Panglima Perang Cyber berkata...

Tq..topeng perak.

Penjelasan anda sangat berguna.

Jadi blogger pun ada terlepas juga berita mcm tu.

Namun, kenapa akhbar perdana tidak siarkan ?

mungkin saya terlepas pandang ?

Cari Blog Ini

Translate