Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 September 2008

Ketua Perusuh : Khairy akan ambik alih PETRONAS

Hari demi hari kita didengarkan dengan berbagai berita. Antara berita yang digosipkan dan didapati salah dan palsu seperti :

1. Ketua Polis dikatakan lumpuh seperti laporan SUARA KEADILAN. Sedangkan ia salah dan tidak tepat sama sekali..

Sehingga hari ini permohonan maaf masih belum dikeluarkan setakat yang saya tahu dan KP masih lagi baik anginnya dengan tidak bercadang menyaman orang yang menfitnahnya. Baik dan bertuah polis baik seperti beliau.

Tetapi moralnya ialah rakyat telah dijangkiti sindrom ' mudah percaya ' dengan sumber tidak sahih ini dan kita percaya mereka akan jadi mangsa salah lapor hingga mengganggu ketenteraman mereka seharian.

2. Isu tuduhan Pegawai Khas TPM dikaitkan dengan majlis angkat sumpah 'coffee boy' Anwar yang dilaporkan Suara Keadilan dan juga Siasah. Ia didakwa oleh Ramlang Poringi Imam Wilayah yang menyaksikan majlis tersebut. Bahkan ada blogger menerima email bahawa Ramlang Poringi dibayar antara RM 50 -RM 150 ribu bagi tujuan berceramah tersebut...Dan ia juga gosip dunia politik yang tidak jelas benar atau tidak.

Ia satu contoh di mana berita telah dipalsukan dan malangya seorang yang bertaraf imam sanggup membuat tuduhan liar tersebut. Bahkan sanggup menaiki podium ceramah politik PKR demi 'kebenaran' yang didakwa beliau walhal dinafikan oleh pihak yang difitnah.

Sehingga saat ini saya masih belum mendengar permohonan maaf dari kedua suara pembangkang tersebut dan tentu ia satu lagi gejala 'sukar memohon maaf' yang berleluasa di kalangan pembangkang sedangkan barisan Kabinet Malaysia sangat mudah meminta maaf walaupun kesalahan belum lagi terbukti dan siasatan belum selesai. Contoh kes Datuk Ahmad dengan permohonan maaf TPM bagi meredakan keadaaan.

3. Isu SMS palsu di mana dikhabarkan bahawa beberapa MP BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Ekoran peristiwa tersebut BERNAMA membuat laporan polis dan ia sedang disiasat sekarang ini. Tindakan terdesak tersebut melambangkan usaha berterusan anti kerajaan untuk menimbulkan kekacauan dalam negara sehinggalah mereka berjaya menjadi pemerintah satu hari nanti.

Ia contoh bagaimana sudah hilang kesahihan berita dan cerita dan kita telah berada di zaman sangat gelap. Bahkan tuduhan juga sudah banyak 'gelap' dari 'terang' kerana ramai orang gilakan dunia dan seisinya.

Terkini saya baru temui kisah yang bagi saya satu lagi rekaan terkini pembangkang bagi melemahkan imej kerajaan Pak Lah.

Samada ia benar atau tidak, kebenaran sudah lama pupus seperti Dinousar zaman ini. Kita hanya menjadi mangsa yang menerima berita berita bertaraf 'mauduk' atau rekaan ini. Kebenaran sudah tidak dipedulikan lagi dan ramai sudah berani mereka reka cerita atau menyampaikan tanpa menyelidiki sumbernya terlebih dahulu sehingga fitnah berleluasa kerana ada orang yang menjadi Penambah cerita, Penyebar berita, bukannya mematikan penyebaran fitnah tersebut.

Baca lanjut kisah tersebut di Blog nama glamernya Ketua Perusuh !

Pernah diterbitkan dalam Harakah Daily tulisan blogger tersebut....

Klik sini jika anda berminat !!!!

3 ulasan:

taipingmali berkata...

Zaman Tun Mahathir dulu semua anak Tun dikaitkan dengan monopoli perniagaan di dalam Malaysia. Semua marina di pelabuhan adalah milik Marina Mahathir. Orang pun percaya sebab mana-mana mereka pergi akan jumpa perkataan 'marina'di yath club seluruh negara.

Sekarang zaman KJ pula. Dia dikatakan memaksa MMC/Gamuda supaya dijual kepadanya.Lagi tohmahan ialah setiap RM625 rebat tunai minyak akan masuk akaun KJ sebanyak RM6.25. Lim Kit Siang kata KJ adalah 'penganggur jutawan'

Hari demi hari KJ menjadi sasaran Pembangkang. Bila Najib naik jadi PM , siapa pula nak disabitkan oleh mereka. Sudah nampak CEO CIMB akan menjadi sasaran mereka pula.

ysnizam berkata...

Sebab tu la agaknyer si Hishamuddin tak moh dah jadik ketua umno..
takut nanti biler najib naik..
Dier pulak kener attack..

biaser la..

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

tapi apa kurang anwar? belum naik dah buat itu, ini..

Cari Blog Ini

Translate