Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Julai 2008

Najib disabitkan dengan Altantunya ; usaha terdesak Anwar ?


Sebelum baca sepenuhnya artikel berita ini; soalan ingin dikemukakan terlebih dahulu :

1. Mana isu adik Anwar ; Rosli Ibrahim yang menjadi penasihat KDEB ? dengan gaji dikhabarkan RM 30 ribu sebulan ? hingga pening dan bercelaru kepala kita kerana dinafikan Rosli dan disahkan Khalid selaku MB..

2. Mana tenggelam isu kepala surat menteri Besar dan juga laporan BPR oleh Ezam? hingga BPR kata ada kes isu tersebut !

3. Mana pergi sumpah Ezam yang mengatakan Anwar bukan muslim yang baik ?

4. Mana isu derma yang masuk akaun PKR ? hingga PAS kecewa amat sangat.

5. Mana isu kenyataan Amerika yang cepat melenting melihat ' ayam tambatan' mereka menggelepar diasak dengan isu Liwat hingga Amerika tidak mahu Anwar dibicarakan ?

6. Mana isu isu lain seperti kaitan Amerika dan Anwar seperti di blog ini ( klik sini ) ?

7. Adakah ini strategi Anwar sendiri ? yang ingin menarik perhatian ke 'sudut' yang lain agar ' sudut' liwatnya didiamkan dan dilupa orang?

8. Mana isu perundingan PAS dan UMNO hingga ' menggentarkan' Anwar yang sangat yakin akan jadi PM september depan.

9. mana isu biadap Karpal dengan Sultan dan Yang dipertuan Agong dan anak Karpal yang bongkak tidak mahu meminta maaf dengan Speaker Dewan Rakyat yang patut diusung naik kapal pulang ke India ?

10. Mana pergi isu pembesaran kuil dan gereja di Selangor?

11. Mana isu DAP biadap dengan Sultan Johor dengan membesarkan ' kepala' dengan enggan bersongkok seperti orang lain?

12. Mana pergi Majlis Peguam proksi PKR @ Pakatan Rakyat yang beria ia menolak Kontrak Sosial ?

13. Mana hilangnya pertelingkahan PAS dan PKR isu konsert sambutan 100 hari Pakatan Rakyat ?

14. Mana pergi pemimpin PAS dan DAP ketika sambutan sambutan dan terbaru majlis ceramah Anwar di Stadium Melawati berkaitan isu liwat ?


Jika anda dah faham bolehlah baca artikel oleh Malaysiakini di bawah :


Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda.

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada 2006, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media tersebut tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan “menguruskan” kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya itu.

Hantar SMS

Balasubramaniam diupah oleh Abdul Razak selama 10 hari untuk berdepan dengan Altantuya yang datang ke Malaysia dua tahun lalu untuk berurusan dengan penganalisis politik itu, seorang kenalan Najib.

Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan “beliau telah bercakap dengan ketua polis negara”.

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa “perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara”.

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya sepanjang tujuh hari siasatan terhadapnya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Laporan polis

Balasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.

Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.

Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama Musa dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut.

Ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya memalsukan bukti dalam kes ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998.

Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate