Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2008

Husam Musa : tok dalang laporan polis dua bahagian PAS Kelantan terhadap Tajol Rosli ?

Berita KL POS

Dua cawangan Pemuda PAS Kelantan, hari ini masing-masing membuat laporan polis mendakwa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.

Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Kerian, Mohamad Nuri @ Nuri Mat Yaacob dan Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Baharu, Mohd Baharuddin Mohd Noor, masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada kira-kira 2.30 petang.

Mereka diiringi kirakira 15 anggota Pemuda PAS dari kedua-dua cawangan itu.

Tajol Rosli dalam kenyataannya semalam mengajak Pas bergabung membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus memegang jawatan Menteri Besar dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohamad Nuri berkata, mereka membuat laporan itu bagi meminta polis menyiasat tawaran Tajol Rosli itu yang didakwanya berunsur rasuah.

“Ini satu budaya rasuah politik yang perlu dikekang kerana ia boleh menggugat kedudukan mana-mana pihak dan kami berpendirian untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan siasatan lanjut berkenaan tawaran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Tajol Rosli itu sebagai tidak bijak dan tidak menghormati PAS.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang seolah-olah tidak faham dan tidak menghormati PAS sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat.

“PAS menghormati beliau (Tajol Rosli) dengan Barisan Nasional (BN)… kenapa mesti beliau buat begitu (menawarkan jawatan) untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua cawangan Pemuda PAS itu, Salahuddin berkata Pemuda PAS Perak juga akan mengambil langkah yang sama.

“Mereka juga akan buat laporan polis, mungkin petang ini atau esok,” katanya.


Dato' Haji Husam Musa

Komen saya : Husam Musa adalah Ketua PAS Kubang Kerian ( tak percaya ? klik sini ) yang lantang bersuara menerusi Sheih Aziz a.k.a Kickdefella ( gambar bawah ) menentang 'main belakang' PAS dan UMNO. Kickdefella adalah peminat Anwar ( bukan tuduhan liwat Anwar ! ) dengan menyiarkan gambar DSAI yang dirakamnya sendiri di blog beliau ( klik sini ).Beliau juga membela Anwar semasa isu Yahya Shaari di Selangor tempoh hari ( klik lagi )

Anda tahu Maya Karin dibawa ke Kelantan ? Siapa belakangnya ? orang sama iaitu Kickdefella juga ( klik sini atau sini dan tengok bawah lagi )

Gambar bertarikh : 19 04 2008 dari blog Kickdefella sendiri.

Beberapa artikel dikeluarkan khas berkaitan isu pertemuan yang membimbangkan Anwar dan rakan rakan dalam PR hingga terpaksa menggunakan proksi mereka di dalam PAS selepas tidak dapat menentang aura Nik Aziz dan Hj Hadi secara terbuka dan berdepan.


Gambar atas Kickdefella bersama Husam Musa

Kenapa bahagian Kota Bharu turut sama membuat laporan polis ?

hahahaha saya nak gelak dulu kerana tersangat gembira menemui jawapannya di dalam blog beliau sendiri ( klik sini )

Tidak sangka usaha saya mencari persoalan dimudahkan Allah hingga menemui jawapan !!!

Kenapa Husam bencikan perpaduan UMNO PAS ? jawapannya ada di bawah :

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Dubai

Lihatlah betapa gembiranya Husam Musa sebelah Abang Anwar dibawa hingga ke Dubai. Berita lanjut di blog Anwar Blog ( klik sini ). Walaupun belum lagi menjadi MB atau Timbalan MB, namun sudah dibawa menjadi delegasi pelaburan hingga ke negara pro Amerika bernama Dubai...

Tindakan ini saya rasa adalah permainan kotor selepas permainan lucah lagi jelek oleh Raja Petra Kamarudin di Malaysia Today, selain Amin Iskandar di dalam mensabotaj Muzakarah / Muqabalah PAS UMNO yang semakin rancak dan hampir menemui titik kejayaannya kurang sebulan lagi.

Ini berdasarkan persepakatan yang telah tersebar melalui cakap cakap kedai kopi bahawa UMNO PAS akan membentuk kerajaan menggantikan DAP dan PKR di Perak yang telah menjadi contoh kepada ketidakstabilan perkongsian kuasa hingga ada yang telah melanggar batasan hingga menerima peluru hidup sebagai imbuhan.

Begitu juga pergelutan antara ahli PKR di mana kes kronisme KDEB, salah guna surat kepala Kerajaan Negeri bagi meminta derma serta pergaduhan antara ahli PKR isu surau telah menjelaskan kepada kita realiti dan situasi Pakatan Rakyat yang baru memerintah itu. Perkongsian 'dendam' tidak menjamin akan menghasilkan perkongsian kuasa yang mantap kerana masing masing berbeza ideologi dan tidak dapat menjadi badan yang baik bagi kepentingan penyokong mereka kerana titik pendapat dan idealisme yang sangat jauh berbeza, akan merosakkan pakatan mereka.

Husam Musa berkata di dalam blognya- klik sini - :

PAS sudah tentu tidak akan terperangkap dengan permainan ini. Biarlah UMNO ‘masak’ dan mendidihnya sendiri tanpa api dari lilin yang membakar diri sendiri.

Ia diucapkan setelah melihat keadaan PAS yang dirasakan kuat sekarang ini sedangkan PAS sebenarnya perlu bangkit selepas melihat bagaiman kerapuhan pakatan mereka yang hanya bermodalkan kata kata dan juga fitnah dan adu domba. Ia satu tindakan 'now or never' oleh PAS dan tentunya Husam Musa perlu menghormati ijtihad Hj Hadi dan sekelian Ahli Syura PAS sebelum lebih banyak lagi pendedahan demi pendedahan akan dikeluarkan dan dibongkar hingga menghapuskan terus nama baik PAS yang tentu -kuasa dua- keimanannya dari PKR yang menaja aliran muzik barat lagi ' menjilat' kemelayuan kita zaman berzaman.

Adakah UMNO kuat atau PAS ? adakah UMNO dengan ahli berjuta juta kuat atau PAS yang tidak sampai satu juta ahli lebih kuat dan hebat ?

Siapa perasan ? Siapa menjadi PM ? Siapa memerintah dari awal kemerdekaan hingga sekarang ?

Adakah PAS tidak akan tenggelam jika PKR tenggelam ? adakah kapal Pakatan Rakyat akan menenggelamkan PKR sahaja tanpa melemaskan semua yang ada bersama ?

Oh Husam ! anda silap dan sememangnya anda ada sikap tidak menghormati sesiapa sahaja selain Nik Aziz yang telah berjaya anda pengaruhi seperti Sultan Sharul Nizam ( seperti kata Sayuti Omar )

Sikap anda terlalu membenci akan memakan kredibiliti anda sendiri sebagai pejuang Islam ( kunun kununnya )...

Jadi, perpecahan semakin membesar jika dibiarkan dan perpaduan akan bercambah jika diusahaka.

Tidak usahlah mengatakan atau mengaitkan kembali sejarah lama kerana nama sama tetapi kapal PAS dan UMNO telah bertukar nakhoda dan terajunya.

Sejarah mengajar kita dan sejarah akan menjadi guru agar tidak ada lagi kesilapan sselepas kita sama sama telah silap.

Jangan lupa adakah PAS keluar dari Perikatan kerana PAS sendiri atau disebabkan oleh UMNO ??

Saudara/i pembaca fikir dan carilah jawapannya sendiri agar tidak terpedaya lagi denga cerita cerita dongeng lagi khurafat tindakan PAS keluar atau menarik diri dari Perikatan ( kerjasama membentuk kerajaan dengan UMNO ) 38 tahun lalu.

Ada google dan yahoo search engine kan? Gunalah dan fikirlah...

- Berdasarkan maklumat di atas ia adalah pandangan peribadi penulis dan terpulang untuk diterima atau ditolak. Berdasarkan kesediaan anda datang dan membaca blog peribadi saya ini !

Moga perpaduan Islam tidak akan digugat oleh Munafik, Fasiq, Kafir Harbi ataupun Yahudi.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate