Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Julai 2008

Ezam - TROJAN HORSE - sudah membongkar nepotisme Pakatan Rakyat

Bukti: Surat MB S'gor minta derma - Malaysiakini

Jul 1, 08 11:50am
Kepala surat pejabat menteri besar Selangor digunakan untuk kerajaan Pakatan Rakyat mengutip sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pentadbirannya, kata Mohamad Ezam Mohd Nor.

Dalam aduannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pagi ini, bekas pemimpin kanan PKR itu mendakwa nombor faksimili yang tertera di surat itu juga menunjukkan ia dihantar dari pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bercakap kepada media lagi, ahli Umno itu berkata pembabitan adik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam syarikat besar milik kerajaan negeri itu menunjukkan amalan nepotisme.

Mengulas dakwaan dan siasatan kes liwat bekas ketuanya itu, Mohamad Ezam berkata "hanya penuduh, tertuduh dan Allah sahaja yang mengetahuinya."

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju tindakan mengaibkan seseorang dalam kes seumpama ini, tambahnya.


Bagi saya ; Ezam sudah berjasa dari hari ke hari dengan tindakannya memusnahkan reputasi Pakatan Rakyat @ Anwar Ibrahim sehingga mendesak kepada penafian dari adik Anwar sendiri dan Yahya Shaari tentang isu yang disebutkan.

Pelik benar kerana Yahya Shaari menafikan semua sekali perkara yang dibangkitkannya sehingga membingungkan kita kerana tuduhan dan dakwaannya sangat serius dan diterbitkan oleh seluruh media massa negara kita.

Begitu juga desakan MB Khalid turun juga tidak timbul lagi meskipun 200 ahli PKR mendesak dan membuat demonstrasi di depan rumah Anwar pada malam pemecatan terhormat Yahya Shaari itu. Apakah Yahya dijanjikan sesuatu atau diberi sesuatu agar menutup mulutnya ?

atau ada azimat dan jampi Anwar hingga mendiamkan semua yang menentangnya ?

Cuma benar atau tidak, Ezam telah menemui BPR dengan membawa letter head Kerajaan Selangor yang tertera di surat memohon sumbangan derma yang telah diakui oleh Khalid bahawa ia dimasukkan ke dalam akaun PKR hingga menimbulkan kekecewaan PAS seperti yang dilaporkan oleh Utusan...



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate