Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Jun 2008

BPR NAFIKAN DAKWAAN YONG !





Selepas didakwa menjadi mangsa kerana mengemukakan usul tidak percaya esok ( akan ) Yong disalahkan sekali lagi kerana siasatan akan dibuat sekarang adalah berdasarkan afidavit Datuk Wasli di Mahkamah yang tidak sama dengan keterangannya satu ketika dahulu.

Ini menjadikan Yong Teck Lee tidak dapat membuat apa apa mempertahankan diri kerana segala galanya telah terbukti dan telah pun dilaporkan secara meluas di media massa dan eletronik negara kita.

Kenyataan yang disebut pada hari yang sama Yong mencaturkan politik SAPP dengan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri, adalah refleksi kepada tindakan beliau selama ini yang pada hemat saya, mengandungi kisah silam yang akan memakan diri beliau sendiri.

Meskipun beliau 'memberi tamparan' hebat kepada kepimpinan PM namun saya yakin usaha menaikkan integriti di negara kita tidak akan terhenti dengan 'perbuatan biadap' orang seperti Yong Teck Lee ini. Kerana beliau nampaknya lebih pentingkan diri dari kemashlahatan penduduk Sabah yang tentu akan menikmati banyak lagi kebajikan dan kebaikan dari Persekutuan jika mereka terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Insentif 1 billion dan tawaran menjadi Senator serta jawatan nampaknya masih tidak memuaskan hati Yong dan itulah tepatnya kata kata PM bahawa : Yong tamak !

Justeru, episod kemelut politik Malaysia akan semakin mendebarkan dan kita tentu tertanya tanya apakah yang akan berlaku selepas ini selepas sekian banyak petualang petualang dari sama bangsa dan sama warganegara ingin merebut kekuasaan yang kini diamanahkan kepada YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Moga berkat Syeikh Abdullah Fahim akan membantu cucunya : Pak Lah membawa perjalanan negara kita ke arah Cemerlang Gemilang dan Terbilang !

2 ulasan:

Skullsplitter berkata...

A'kum,

Isu Yong ini semakin melarat walaupun another MP's (129) telah bersetuju untuk menyokong kepimpinan negara dibawah pemerintahan Pak Lah.

Tapi lebih sayu bila beria di TV3 tadi mengupas isu masjid di Selangor yang dihentikan operasi pembinaannya kerana ianya proposal kerajaan negeri sebelum ini. Bile difikirkan, kandang babi yang diluluskan BN sebelum ini boleh pula diteruskan. Kuil boleh pula ditambah. Mengapa rumah Allah ini tidak mendapat perhatian? Masyaallah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Di blog angin perubahan.blogspot.com ada cerita tentang pembesaran gereja kristian...

Kita sudah hampri kehilangan kuasa dan juga ketuanan Melayu Agama Islam.

agen agen barat sudah berjaya menipu PAS dan DAP dan menjadikan PKR jambatan mereka menghubungkan antara dua dunia berbeza.

Rasanya kerana kuasa semua manusia sanggup lakukan apa sahaj !!!

Apa kata suruh hj hadi buang serban dia ...malulah kat nabi !!!

Perangai macam ni tak layak tonjolkan diri pengganti Nabi..

tapi begaduh sama Islam dan menerima DAP yang jelas 'langkah mayat saya dulu' jika ingin buat negara Islam...

Astagfirullahalazim...

Cari Blog Ini

Translate