Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2008

5 - 0 semalam ....Pakatan Rakyat terus diam

Jangan silap faham...Bukan keputusan bolasepak EURO semalam...Tetapi 'perlawanan' antara Kerajaan BN dan PRM - Pakatan Rakyat Malaysia tentang pemotongan gaji para menteri...Dengan keputusan setakat semalam, BN mendahului 5 dan PRM masih lagi kosong @ tidak bermaya..

Mana ada sebarang kenyataan ingin berjimat cermat dari Pakatan Kencing Rakyat ?

Mana ada sebarang langkah memotong elaun dan gaji dari kerajaan Pakatan Rompak Rakyat ?

Mana pemuda pemuda yang ingin sangat menteri dipotong gaji ????

Cakap memang mudah. Semudah menabur janji palsu @ tipu. Tapi Tuhan Maha Adil, sudah menunjukkan mana satu yang palsu dan mana satu yang tidak menipu...

Kerajaan Persekutuan sudah memotong 10% , Pahang sudah bahkan 30% gaji ( ini patut dicontohi ) , Melaka Sarawak dan Terengganu juga sudah mula memotong belanja gaji dan elaun para menteri sebanyak nilai peratus yang sama dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini....

Jika pembangkang' menjerit jerit ' beria ia meminta pemotongan gaji Menteri, BN tidak menunggu lama terus menunjukkan semangat 'jantannya' dengan memotong elaun dan gaji para 'Menteri'nya walaupun yang berkata kata sudah diam tidak ada bicara lagi sekarang ini.

Untuk mengelakkan ' lebih malu' maka ditunjukkan bukti bahawa mereka sudah dipotong gaji sejak 18 tahun yang lalu. Tetapi mereka di sini, bukan mewakili tindakan Parti PRM mereka.

Masalahnya sekarang dan dahulu berbeza...Yang melaksanakannya adalah PAS Kelantan, bukan Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang. Maka tindakan PAS tidak mencerminkan Pakatan Rakyat yang berkongsi antara tiga parti...

Jika dahulu Kelantan sudah dipotong, tentu sekarang boleh dipotong lebih banyak jika benar mereka ingin berjimat dan mengelakkan dari mengambil 'terlalu' banyak wang rakyat.Jika dahulu 25% mungkin boleh ditambah lagi 25% hingga gaji mereka akan menjadi 50% sahaja yang diterima setiap bulan. Bahkan lagi 'warak' jika semua mengambil 10 % sahaja gaji dan menyerahkan 90 % lagi kepada kerajaan agar rakyat 'tidak menderita' dengan gaji tinggi mereka hingga membebankan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Buktikan bahawa Pakatan Rakyat betul betul berkebajikan dan perihatin berbanding Barisan Nasional yang sudah lama menjaga kebajikan rakyat sejak 50 tahun dahulu sedari awal kemerdekaan.

Rasanya susah ingin dipotong buat masa ini...Sudahlah janji janji kepada ibu tunggal belum terjawab, janji pemberian RM1000 kepada anak Selangor ke IPT tidak ada cerita dari MB, bahkan air percuma nampaknya hanya di media massa yang menjadi 'wayangnya' dengan tiada keputusan muktamad setakat ini tentang perkara tersebut. Itu tidak lagi dihitung janji janji di negeri negeri lain yang belum sempat 'dianalisa' oleh akhbar Utusan dan blogger pembela negara sekarang ini....

Itulah jika nak bercakap jangan lantang sangat. Nanti Tuhan balas dan jatuhkan maruah kita dengan lebih teruk lagi untuk pengajaran semua yang ada di dunia.

Sebab itu sangkaan baik adalah sangat terpuji kepada Kerajaan, Pemimpin, dan sesiapa sahaja. Jangan diletak pertimbangan negatif di dalam mentafsir sebarang langkan dan tindakan kerajaan. Takut kita akan di'ajar' Tuhan seperti sekarang bagaiamana rasanya menjadi 'pentadbir' negeri.

Akhirnya apa yang kita dapat ?

BABI dan GEREJA KUIL juga yang menjadi habuan pengundi setakat ini...

Apa kata kita 'undi' lagi dan lagi dan ?????

3 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

haha.. undi dan undi dan undi, malaysia akan jadi the people republic of Malaysia, president: Lim Kit Siang, Prime Minister: Anwar Ibrahim

AIDC berkata...

Salam

Betulkah Anwar Agent Amerika ?
http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s

Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

mrf berkata...

aduh..pening2..apa nak jadi anakmuda kita..pemuda2 pas yang sebelum ini pernah menuduh polis tak boleh lagi dipercayai akhirnya mendikan polis tempat mengadu dgn membuat laporan polis berhubung rasuah politik tajol rosli di perak..

pemuda umno sila buat laporan sama berkenaan rasuah politik nik aziz yang mengatakan sesiapa undi pas akan masuk syurga..ntah gila ke apa oarng tua nik aziz ni..agaknya kalau hindu undi pas pon akan masuk gak syurga tanpa perlu mengucap 2kalimah syahadah..

Cari Blog Ini

Translate