Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mei 2008

Seruan Jihad Perang Alam Siber sudah berkumandang !

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia berkata dengan baik atau diam "

Perkataan yang baik hasil dari hati yang baik. Dan perkataan yang keji hasil dari hati yang buruk - mafhum Al Quran.

Firman Allah : Dan berjihadlah ke jalan Allah dengan sebenar benar jihad !

Jihad hari ini ialah membersihkan nama islam dari terus dicemari oleh Munafik dari Umat Islam sendiri atau Musuh Islam yang ingin meruntuhkan Islam dan ajarannya.

Selain membersihkan diri dengan zikir selawat baca al quran bersedekah dan sebagainya, kita juga perlu membersihkan dengan mata pedang pena kita agar kesucian Islam akan terbela.

Ada antara mereka digelar Kafir Harbi ( iaitu yang jelas memusuhi Islam ) dan ada Kafir Zimmi ( yang tidak memusuhi Islam ).

Mereka yang dikategorikan Harbi mesti diperangi jika mengikut asal hukum Islam. Manakala kafir zimmi seperti orang Islam yang lain, haram disakiti atau dianiayainya.

Antara cara berkesan menghentikan fitnah dan tohmahan liar ini melalui penyusunan strategi menjalinkan link link sesama penyokong kebenaran di bawah naungan lambang Sang Saka Bangsa.

Maka, sesiapa yang bersedia 'berjihad' sewajarnya merasa terpanggil mencurahkan tenaga, harta, masa dan kepandaiannya ke arah menjadi benteng hadapan pertahanan negara melalui senjata pena mereka, meskipun jauh dari negara secara geografinya.

Marilah wahai warga Malaysia Melayu Islam berpaksikan Alif Ba Ta warisan nenek moyang kita semua, menjalinkan usaha murni ini dengan menubuhkan Kelab Blogger Penyokong Kebenaran Sedunia dengan meletakkan jejak anda di ruang komen sahabat sahabat kita di mana sahaja mereka berada.

Dengan itu anda akan menjadi sebahagian kumpulan jaringan blogger hingga anda akan menjadi tumpuan ramai mencari bahan bahan jawapan isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Di tepi ini sebahagian link blogger peringkat 'otai' dan 'beginner' yang sudah bersedia 'bertempur' di alam maya.

Semoga anda di kalangan mereka yang sudah pasti ada jawapan jika ditanya, apakah sumbangan yang kamu berikan kepada Allah dan wasilahnya Rasulullah dan Pemegang Amanah sekelian rakyatnya iaitu Ulil Amri ( Pemerintah )...

Sekian,

Panglima Perang Cyber !

Pusat Dunia,
Baitullah Al Haram, Bumi.

4 ulasan:

Yusmir Yusop berkata...

Moga-moga Allah beri kekuatan kepada kita semua dalam menegakkan Alif Ba Ta.Amin.

Panglima Perang Cyber berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih dan pastikan lepas Alif Ba Ta ada Basmalah 100 pagi dan juga 100 petang...

Cheguman berkata...

Berkenaan Kelab Blogger Penyokong Kebenaran Sedunia.

Saya sokong penubuhannya tetapi belum sempat meneliti kaedahnya.

Cari Blog Ini

Translate