Pengikut Blog Panglima

24 April 2018

BERNAMA - @Zahid_Hamidi : Puad Zarkashi must accept reality


Zahid: Zarkashi must accept reality

Last update: 23/04/2018
 

KUCHING, April 23 (Bernama) -- The decision not to put Jasa director-general Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi as Barisan Nasional (BN) candidate in Batu Pahat in the 14th general election (GE14) was based on an assessment of the political landscape throughout the country, including in Batu Pahat.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the Batu Pahat UMNO division head must accept the reality that the constituency was in a critical state with an erosion of support for BN.

He said by placing another candidate to contest in the parliamentary constituency, BN hoped it could wrest it back from PKR.

"...but if the district voting centre is temporarily closed due to protests and he wants to contest on any ticket, that is up to him," he said in a press conference held after his working visit to Sarawak at the VIP room in the Kuching International Airport here.

"...but (if that happens) he is not showing a strong party spirit even though he is a member of the UMNO Supreme Council and director-general of Jasa. This is a democratic country, it is up to him," he said.

He was commenting on speculations that Mohd Puad may be contesting as an independent candidate in GE14 after his name was not included as BN candidate in Johor.

Ahmad Zahid said he himself had once faced bigger pressures, but as a 'party man' his party spirit overruled everything else.

"If I was in his position (Puad), I will not leave the party, what more contest as an independent candidate," he said.

Zahid said in 2013, Mohd Puad contested in the Batu Pahat parliamentary constituency, but did not win, and he had also been made senator and Deputy Education Minister.

Commenting on the preparations of the GE in Sarawak, Ahmad Zahid said BN must be positive in its efforts to win the election, and although the state BN was currently facing some 'intra-party' problems, this was normal in any general election.

On the possibility of foreign agents entering the country with malicious intent, Ahmad Zahid said the government would continue to work to uncover if these agents entered the country using passports from countries with diplomatic ties with Malaysia.

"I am confident that although it may be difficult but it is not impossible, and in the end, the truth will come out. We know of one country in the Middle East which will employ any tactic to murder individuals from Palestine who are experts in certain fields, to prevent a Palestinian intifada or uprising," he said.

"We know that Palestinians are spread out all over the world as professionals and academicians, because their rights have been denied by a country which is their enemy," he said.

Ahmad Zahid said the murder of a Palestinian national in Sentul recently also occurred in European countries, committed on Palestinians who were earning a living there, and he was confident that police would charge those responsible for the murder case in Sentul.

Earlier, Ahmad Zahid presented a RM1-million contribution to four Chinese schools, namely Tadika Sekolah SJK Chung Hua Batu 7 Matang; SJK Chung Hua Batu 11, Matang; SJK Chung Hua Batu 35, Serian division; and SJK Chung Hua Syn San Too, Padawan near here.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1457319

16 April 2018

11 Dalil Kenapa Wajib Tak Undi Pakatan Harapan #GE14 #PRU14



Pakatan Harapan - 11 Dalil Wajib Baca Sebelum Tidak Undi Mereka




  1. Logo mirip Logo Illuminati 


http://druckeberger.blogspot.my/2010/12/makna-di-sebalik-simbol-pkr-bhg1-mata.html?m=1


http://matkritik.blogspot.my/2011/08/sehingga-kini-matkritik-masih-lagi.html?m=1


  1. Parti PKR DAP (Pakatan Harapan) Tolak undang-undang Islam 


http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pkr-tolak-hudud-kerana-kecewa-1.371345


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/04/26/pas-terima-hakikat-pkr-tolak-hudud/


http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/ada-sebab-dap-tolak-ruu-355-kata-guan-eng-1.573756


  1. Pakatan Gagal tunai janji Manifesto 


https://anginperubahan.blogspot.my/2018/04/lima-manifesto-pakatan-harapan-yang.html?m=1


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pembangkang-gagal-tunai-manifesto-2008-isu-kuil-1.787432


  1. DAP bakal kuasai Malaysia dan Bahaya kepada kedudukan http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pembangkang-gagal-tunai-manifesto-2008-isu-kuil-1.787432 elayu Bumiputera = huru-hara


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/73-pimpinan/fikrah/790-dap-perintah-malaysia-selepas-pru14



  1. Pakatan Harapan Lemah Tanpa PAS 


http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/03/28/sukarnya-pembangkang-hendak-berpakat/


  1. Pakatan Harapan bawa pegangan songsang ancam Islam


https://m.malaysiakini.com/news/215301


http://www.pru14.tv/2018/03/11/pembangkang-sinonim-dengan-berfahaman-liberal-pluralisme-ethies-dan-orientalis/



  1. PH juga selalu berubah pendirian dan tidak boleh dipercayai


https://www.roketkini.com/2017/12/22/asalkan-bukan-dr-mahathir/


  1. Anwar tidak setuju Mahathir sertai PH


https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/penyokong-anwar-reformis-1998-tolak-pimpinan-mahathir/


  1. PH gagal tadbir kerajaan dengan cekap amanah dan penuh skandal


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/07/najib-jelaskan-5-kelemahan-utama-pembangkang/


  1. Ancaman kepada Melayu Islam dan Raja


http://tintaremajapurba.blogspot.my/2017/09/7-dalil-wajib-tolak-pakatan-harapan.html?m=1


  1. PH menggunakan fitnah untuk mempengaruhi rakyat


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/kes-terbaru-mp-pembangkang-fitnah-dulu-minta-maaf-kemudian.html




###Senarai kes fitnah dan minta maaf pembangkang###


1.Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf.


https://theflyingkick.blogspot.my/2015/11/akhirnya-akmal-nasir-now-kecut-perut.html?m=1


http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2014/08/08/shamsul-jamil/


2. Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/raja-nong-chik-42353

nurul-izzah-kemuka-kenyataan-maaf-kepada-



3. Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH isteri PM, Rosmah Mansor beli cincin bernilai RM24 juta. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi 'Rosmah beli cincin RM24 juta hanyalah gurauan'. Rafizi mengaku bersalah dan mohon maaf.


Kes Lain : 


https://m.malaysiakini.com/news/405203


http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/678450-saya-mengaku-bersalah-saya-minta-maaf-rafizi-mengaku-fitnah-kerajaan.html


4. Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. Masuk mahkamah, Tian Chua mengaku bersalah dan minta maaf kepada UMNO.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/11/29/tian-chua-mohon-maaf-kepada-rakyat-sabah/


5. Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf.


http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kes-selesai-pm-terima-permohonan-maaf-nizar-1.445259




Wallahu A'lam



Sent from my iPhone

10 April 2018

9 Mei tarikh pengundian PRU-14, penamaan calon pada 28 April - Politik - Utusan Online

9 Mei tarikh pengundian PRU-14, penamaan calon pada 28 April - Politik - Utusan Online

9 Mei tarikh pengundian PRU-14, penamaan calon pada 28 April


9 Mei tarikh pengundian PRU-14, penamaan calon pada 28 April
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah dalam sidang akhbar pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 10 April- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) manakala, tarikh penamaan calon pula pada 28 April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, tarikh 5 Mei pula diputuskan untuk hari pengundian awal dan tempoh berkempen untuk PRU-14 kali ini adalah selama 11 hari.

Mohd. Hashim berkata, sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017-UTUSAN ONLINE.



Sent from my iPhone

06 April 2018

Tun Mahathir Akui PPBM Tiada Cawangan Punca ROS haram @Astroawani

Banyak kesalahan undang-undang dalam notis RoS kepada PPBM - Tun M | Astro Awani

Banyak kesalahan undang-undang dalam notis RoS kepada PPBM - Tun M

Banyak kesalahan undang-undang dalam notis RoS kepada PPBM - Tun M
Dr Mahathir berkata PPBM akan mengemukakan rayuan kepada menteri dalam negeri dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat banyak kesalahan undang-undang dalam notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Antara yang didakwa kesalahan undang-undang yang dilakukan RoS dalam notis pembubaran sementara PPBM pada Khamis ialah ia tidak dihantar kepada individu yang patut menerimanya.

"Sebaliknya notis ini dihantar kepada individu yang namanya tidak terdapat dalam notis dan alamat yang dihantar berlainan dengan pejabat PPBM.

"Pada masa yang sama salinan tidak dihantar kepada pegawai yang sepatutnya malah saya tidak menerima notis ini, saya hanya menerima salinan faks yang dihantar oleh kakitangan kami," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya pada Khamis malam. Dr Mahathir juga mendakwa PPBM telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh RoS termasuk menjelaskan kenapa tidak menyerahkan minit mesyuarat.

Katanya sebagai sebuah parti baharu, PPBM belum mempunyai cawangan dan disebabkan itu mesyuarat cawangan tidak dapat diadakan.

"Ros mendakwa kami tidak menjawab apa yang mereka kemukakan sebenarnya telah kami jawab sepenuhnya, contohnya Ros telah diberitahu bahawa kami tidak mempunyai cawangan.

"Oleh itu cawangan tidak boleh menghantar minit mesyuarat kerana tidak ada cawangan jadi tidak ada mesyuarat tapi RoS tetap bertanya tentang minit mesyuarat," katanya lagi.

Dr Mahathir menjelaskan PPBM akan mengemukakan rayuan kepada menteri dalam negeri dalam masa terdekat berhubung notis tersebut.

Beliau juga menegaskan biarpun RoS telah membubarkan sementara PPBM, namun mereka akan tetap bertanding pada PRU14 nanti.

Pengumuman tentang logo yang bakal digunakan akan diumumkan dalam satu ceramah yang akan diadakan di Gelang Patah pada Jumaat.


Sent from my iPhone

21 Mac 2018

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM @Zahid_Hamidi | Astro Awani

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM | Astro Awani

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Program Turun Padang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada semua parti politik di negara ini, khususnya parti pembangkang untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis telah mengenal pasti individu atau kumpulan tertentu yang telah merancang untuk melakukan provokasi yang boleh menyebabkan huru-hara sewaktu tempoh berkempen nanti.

Menggelarkan tindakan itu sebagai 'surprised last-minute attack' atau SLMA, Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan pihak polis untuk mengambil tindakan dengan menahan mereka yang terlibat dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

"Kami telah kenal individu yang mahu lakukannya, kami telah kenal blog mana yang akan tularkannya, dan kita dah kenal pasti isu-isu yang punyai potensi untuk menjadi 'last minute bomb shelf'. "Ini bukan amaran... ini tindakan pasti akan sampai jika ada mana-mana individu atau organisasi yang cuba lancarkan 'surprised last-minute attack'. Kerana di dalam PRU yang lalu, kononnya ada 40,000 rakyat Bangladesh (diterbangkan) dari sana untuk jadi pengundi hantu.

"Tetapi jelas, tidak ada pun satu jumbo jet yang turun di mana-mana lapangan terbang, dan tidak ada seorang pun pengundi hantu dari Bangladesh yang mengundi," katanya ketika berucap di Program Turun Padang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat pengurusan tertinggi PDRM awal hari ini telah memutuskan agar elaun pegawai dan anggota yang bakal bertugas sewaktu PRU14 nanti dibayar lebih awal pada kadar 50 peratus.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama pegawai Polis pada Mesyuarat Pegurusan PDRM di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama pegawai Polis pada Mesyuarat Pegurusan PDRM di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR



Baki 50 peratus lagi, tambahnya, perlu dibayar dalam tempoh secepat mungkin sejurus selepas tugasan sewaktu pilihan raya umum tamat nanti.

Menganggap ucapannya itu sebagai 'wasiat terakhir' Menteri KDN untuk warga PDRM sebelum parlimen dibubarkan nanti, beliau turut mengumumkan agar kenaikan pangkat anggota dijalankan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

"Saya dah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian (Dalam Negeri) untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tidak seorang pun tertinggal kenaikan pangkat mengikut garis masa.


"Flexible-post (jawatan fleksibel) juga perlu diwujudkan supaya mana-mana pegawai, baik di formasi, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di Ibu Pejabat Polis Negeri, di balai-balai yang terlepas pandang, jangan lagi terlepas pandang," katanya lagi.


Sent from my iPhone

19 Mac 2018

TN50 ubah wajah Bagan Datuk | Berita Harian

TN50 ubah wajah Bagan Datuk | Nasional | Berita Harian

TN50 ubah wajah Bagan Datuk

SERDANG: Sembilan kluster menjadi fokus pembangunan di Bagan Datuk, Perak sebagai inisiatif menaik taraf seiring Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan peruntukan RM2.3 bilion, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan RMKe-11 itu adalah bagi kluster membabitkan jaringan perhubungan, pendidikan, perumahan rakyat, industri, pelancongan, keselamatan, kesihatan, sukan dan agama.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, apa yang dilakukan itu adalah demi manfaat generasi akan datang.

"Ini persediaan kita untuk 32 tahun akan datang menuju Transformasi Nasional 2050 dan pada waktu itu, saya pun tidak ada lagi.

"Apa yang kita buat bukan untuk diri kita tetapi untuk cucu-cucu kita. Ertinya, kita lakukan perubahan bukan untuk kepentingan diri kita saja, kita sediakan pembangunan ini untuk anak cucu kita.

"Ini adalah amanah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bukan untuk saya, tapi untuk pengundi, rakyat Bagan Datuk. Peruntukan ini untuk bangunkan kawasan ini. Ia adalah kebenaran dan bukan lagi impian," katanya pada majlis Aspirasi TN50 @Bagan Datuk di MAEPS di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan hasrat membina terowong dasar laut menghubungkan Semenanjung dari Bagan Datuk dengan Sumatera, Indonesia.

Beliau berkata, projek itu dirancang menerusi inisiatif swasta membabitkan pelaburan AS$20 bilion (RM78 bilion), yang dilihat dapat meningkatkan jaringan perhubungan antara kedua-dua negara serta Asia Tenggara.

"Secara dasarnya, ia sudah dipersetujui namun masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana perlu mendapat kelulusan kerajaan Malaysia dan Indonesia, kerajaan negeri, laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) selain wajib memenuhi protokol antarabangsa.

"Bagan Datuk dinilai untuk menjadi lokasi pilihan di Semenanjung kerana terowong itu mahu disambungkan dengan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat yang dijangka siap menjelang 2020.

"Kajian fizikal sudah mendapat kelulusan secara dasar tetapi masih memerlukan penilaian EIA manakala pelabur yang berminat perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Malaysia dan Indonesia," katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal RM250,000 untuk mencari dan mengasah bakat tempatan dari Bagan Datuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Sementara itu, antara pengisian kluster yang dinyatakan ke arah mengubah imej Bagan Datuk ialah peningkatan jaringan perhubungan menerusi pembinaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop, peluasan jalan empat lorong, naik taraf jeti dan jambatan pintasan Hutan Melintang fasa satu serta dua.

Bagan Datuk juga bakal mempunyai sebuah politeknik, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan serta sebuah perpustakaan digital.

Sektor perumahan turut diberi perhatian apabila 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 1,039 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan dibina yang dijangka siap pada 2021.

Bagan Datuk bakal mempunyai kilang pemasangan komersial susulan persetujuan sebuah syarikat automotif beroperasi di situ, manakala Taman Perindustrian Berat Negeri Perak (PHIP) dijangka turut bertapak di kawasan yang kaya dengan pokok kelapa itu.

Dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan, bangunan ibu pejabat polis daerah (IPD) Bagan Datuk akan siap dibina pada November 2021.

Ke arah menggalakkan gaya hidup sihat, sebuah kompleks sukan akan dibina dan dijangka siap pada 2021 manakala Masjid Tuminah Hamidi yang dalam pembinaan bakal siap tahun depan sebagai pengisian imbangan ukhrawi dan duniawi.

Menyedari keperluan masyarakat pelbagai kaum, sebuah krematorium akan dibina bagi kemudahan golongan India dan pembelian tanah untuk pembinaan tokong dibuat untuk manfaat kaum Cina di Bagan Datuk.

Antara projek yang sudah siap ialah kawasan riadah orang ramai seperti Bagan Datuk Waterfront, Jeti Bagan Datuk dan dua Taman Rekreasi Kanak-Kanak di Hutan Melintang.



Sent from my iPhone